Hendak ketawa pun ada tengok gelagat pemimpin Pakatan Rabun ini.. kalau menyalahkan orang tanpa usul periksa, itu memang kepakaran pemimpin Pakatan Rabun ni...
Ni kisah MB yang 'BENGONG' ini semalam menyalahkan JKR... sedangkan jabatan itu bercadang menyerahkan laporan berkenaan selepas ia dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri pagi ini dan diumumkan oleh menteri berkenaan...
Terdahulu, Abdul Khalid dilaporkan berkata keputusan membenarkan penduduk pulang dicapai selepas menerima kajian awal geoteknikal JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).
Beliau bagaimanapun berkata belum meneliti sepenuhnya laporan tersebut.
Semalam kerajaan Selangor melahirkan rasa kecewa dengan sikap Kementerian Kerja Raya yang enggan membenarkan JKR menyerahkan laporan tersebut semalam sehingga menghalangnya memaklumkan kepada penduduk dalam satu pertemuan yang dijadualkan jam 10 pagi ini.
Aku rasalah yang paling bodoh ialah MELAYU UMNO sebab MELAYU UMNO ni dah lah sombong bodoh dari PM ke TPM ke MENTERI
BalasPadamMELAYU UMNO semua nya tak sedar diri....JERANTUT: Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menolak ketetapan dibuat dalam Persidangan Meja Bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI.
Presidennya, Mohamad Sabri Mohamad Arsad, berkata tujuh pilihan itu menjadi semakin keliru dan menyukarkan semua pihak untuk membuat pilihan.
"Kita mahu bahasa Melayu dijadikan bahasa teras untuk memudahkan pelajar mempelajari kedua-dua subjek itu tanpa kekangan bahasa.
"Dua subjek itu membebankan dan ditambah pula dengan masalah bahasa akan menjadikan bebanan berganda kepada pelajar, sekali gus menyebabkan mereka terus keciciran," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Mohamad Sabri berkata, tujuh pilihan disediakan itu seolah-olah tidak memberi peluang dan ruang untuk rakyat memilih kerana semuanya turut menjurus ke arah mahu mengadakan pengajaran dalam bahasa Inggeris.
Katanya, antara masalah dikenal pasti ialah kemahiran guru dalam bahasa Inggeris untuk mengajar dua subjek berkenaan adalah terhad dan ia bakal memberi masalah kepada murid.
"Perkara ini menjadi lebih kritikal di pedalaman, malah keluarga di bandar juga menghadapi masalah sama jika bahasa Inggeris bukan bahasa harian mereka.
"Jadikanlah pemansuhan tulisan Jawi di sekolah rendah pada 60-an sebagai iktibar kerana kesannya kepada generasi sekarang menyebabkan mereka tidak boleh menulis dan membaca jawi dengan lancar sehingga akhbar jawi terus ditutup," katanya.
Mohamad Sabri berkata, peratusan pelajar yang dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang juga masih rendah, berbanding mereka yang berada di negara ini.
"Jika kita mahu menghantar pelajar ke luar negara, mereka perlu menghadiri kelas khas atau persediaan seperti diamalkan sebelum ini dan mampu berjaya cemerlang di luar negara.
"Jadi, alasan pengajaran dalam bahasa Inggeris itu untuk menyaingi dan selari dengan keperluan global adalah tidak patriotik sekali," katanya.
Beliau juga menyokong pendapat Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan yang mahukan bahasa Melayu kekal dalam subjek berkenaan.
tepat tak ungkapan yang aku lampirkan pada perenggan atas tu???,itulah bahananya bila korang pilih calon yang salah jadi wakil korang dalam parlimen,dlm kepala hotak budak menteri tu penuh dgn bala bencana.......
Alhamdulillah! Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia(GAPENA) dah kembali ke jalan yang benar. Taubat Nasuha. Amaran Ketua Duanya Dr. Abd.Latif Abu Bakar kepada Menteri Hishamuddin sehingga 15 Mac 2009 untuk ubah kembali secara totalnya PPSMI dalam Bahasa Melayu. Inilah betul-betul anak jantan! Nampaknya Dr Awang Sariyan sudah ada kawan!
BalasPadamMenariknya amaran ini diberi belum sampai sebulan "perosak bangsa" Dr. Mahathir memberi ceramahnya dalam majlis anjuran GAPENA. Dalam majlis itu Dr. Mahathir tetap dengan "idea jahatnya" mempertahankan dasarnya membuang Bahasa Melayu dari pengajaran Sains dan Matematik.
Begitu juga amaran dari GAPENA ini untuk Hishamudin tidak sampai seminggu selepas Mesyuarat Meja Bulat memutuskan 7 pilihan kaedah PPSMI untuk dilaksanakan. Kononnya Hishamudin tidak hadir dalam rundingan itu untuk memberi kebebasan untuk bersuara.
Bermula hari ini umat Melayu mesti bersatu mengembalikan semula Bahasa Melayu ke landasan yang betul. GAPENA dan pejuang Bahasa Melayu mesti nyatakan dengan tegas bahawa pengajaran Sains dan Matematik mestilah secara total dalam Bahasa Melayu. Bukannya dengan pilihan-pilihan tertentu.
Persetan politikus-politikus Melayu(UMNO) yang penakut dan hanya pentingkan isi perut dan projek.
Cuba lihat kaum India. Mereka begitu berani membela kaum mereka yang di tahan dalam ISA (Hindraf). Sanggup kayuh basikal ke Parlimdden. Begitu juga kaum Cina. Mereka tetap pertahankan bahasa ibunda mereka dan menolak PPSMI. Memang benar apa yang diperkatakan Dr. Abd Latif, umat Melayu sekadar "pak turut" , penakut dan menikus.
Kadang kala kita perlu bersikap "kurang ajar" untuk memperjuangkan kebenaran. Itu saranan Musa Hitam kepada umat Melayu. Jika Bush boleh dilontar kasut, tidak mustahil Menteri UMNO bakal terima nasib yang sama dari umat Melayu!
Semua NGO Melayu dan parti politik dan individu Melayu perlu bertindak sekarang dengan lebih pantas. Kita sudah tidur lena selama 6 tahun ! Beberapa langkah untuk bertindak. Antaranya :
1) Tubuhkan badan induk untuk kumpulkan semua NGO Melayu. GAPENA ketuai badan induk ini.
2) Kumpulkan tandatangan bantahan. (sasaran 1 juta)
3) Sebarkan poster, handbill , sticker kepada umum.
4) Menyeru guru agar mengajar Bahasa Melayu dalam Sains dan Matematik.
5) Kumpulkan semua cerdik pandai Melayu.
6) Buat demonstrasi aman. ( pikul keranda!)
7) Buka laman web.
Hey! Umat Melayu! Kita tidak boleh harapkan UMNO untuk membela bahasa Melayu. Menteri-menteri UMNO lebih agungkan Bahasa Inggeris. Lihatlah semasa di wawancara. Mereka hantar anak-anak mereka ke sekolah swasta bukan SK dan SMK bahkan ke luar negeri.
Tanyalah Hishamudin dan TPM Najib di mana anak mereka sekarang belajar?
Mereka tidak layak untuk bicara mengenai bahasa Melayu dan umat Melayu. Hanya layak bicara projek, projek dan projek!