Halaman
▼
Selasa, Disember 16, 2008
Pembelian Eurocopter : PAC bersihkan nama kerajaan dari dakwaan penyelewengan 'Pakatan Rabun'
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) akhirnya memutuskan secara rasmi bahawa pembelian Eurocopter tiada unsur penyelewengan dalam pembelian helikopter tersebut.
PAC yang juga dianggota juga oleh YB Pakatan Rakyat secara sebulat suara bersetuju bahawa kerajaan telah mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec) ketika urusan pembelian 12 Cougar EC725 helicopter dari Eurocopter.
Percubaan pihak tertentu khasnya 'Pakatan Rabun' yang cuba mengaitkan isu pembelian Eurocopter dengan penyelewengan oleh pihak kerajaan gagal... sudah tentu ianya akan mengecewakan 'Pakatan Rabun' ini yang kekurangan isu pada pilihanraya Kecil Kuala Terengganu apatah lagi Isu Attantuya kini nampaknya telah senyap apabila Ab Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah.
Salam Aspirasi Bangsa,
BalasPadamSaya ada menulis artikel berkenaan isu Eurocopter ini. Jemput baca.
http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/11/penyelewengan-pembelian-eurocopter.html
Pemimpin Pembangkang mungkin menimbulkan isu ini untuk meraih sokongan. Mereka tahu yang kerajaan betul apabila membuat sesatu tindakan. Buat habis bores je. Sekarang yang 'tertipu' adalah mereka yang menjadi penyokong parti pembangkang. Percaya kepada tududhan-tudahan pihak pembangkang yang tidak berasas sama sekali. Bukankah malu bercampur dosa. Menuduh yang seperti ini sama seperti FITNAH yang besar DOSAnya dalam agama kita. Baik lah kamu masuk Kafir saje. senang.
BalasPadamPakatan Rabun atau PKR (Pembangkang) memang tak layak memerintah negara kerana awal-awal lagi menuduh dan memfitnah. Jika pembangkang memerintah, lagi banyak penyelewengan dilakukan.
BalasPadamdrpd:
http://suratrakyat.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan supaya Panel Penilaian Bebas diwujudkan untuk memberi nasihat kepada kerajaan berhubung pembelian helikopter Eurocopter EC725.
BalasPadamSaranan itu terkandung di dalam laporan siasatan pembelian helikopter Eurocopter EC725 yang diedarkan kepada Anggota Parlimen pada 4 Dis lepas.
PAC dalam kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini, berkata syor itu adalah bagi memastikan wujudnya 'nilai untuk wang' dalam pembelian helikopter berkenaan.
Menurut kenyataan itu, panel penilai bebas berkenaan hendaklah terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang berkaitan dan pelantikannya boleh diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
"PAC tidak dapat menentukan sama ada kos pembelian Eurocopter EC725 mahal atau sebaliknya jika dibandingkan dengan pembelian oleh negara-negara lain.
"PAC dimaklumkan bahawa keperluan ketenteraan adalah berbeza antara sesebuah negara dengan negara lain," menurut kenyataan itu lagi.
Kementerian Pertahanan sebelum ini berhasrat membeli helikopter Eurocopter itu bagi memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan negara serta untuk menggantikan helikopter NURI yang telah menjangkau usia perkhidmatan lebih 40 tahun.
Menurut kenyataan PAC, ia turut mengesyorkan supaya Kementerian Pertahanan dan agensi pusat berkenaan menjalankan rundingan harga dengan pembekal yang dipilih.
Bagi tujuan itu, kajian pasaran perlu dijalankan oleh kementerian untuk dijadikan sebagai asas dalam rundingan harga tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, PAC turut menyarankan supaya Kementerian Pertahanan atau TUDM memberi perhatian terhadap keperluan penerbangan ujian dan penilaian fizikal bagi perolehan pesawat pada masa depan.
TUDM juga, menurut PAC, perlu membuat pemantuan dan pemeriksaan yang rapi sepanjang proses penyiapan pesawat helikopter Eurocopter EC725 selain memastikan setiap bayaran dibuat selaras dengan kemajuan kerja yang telah dilaksanakan dan memastikan pemeriksaan sebelum serahan (PDI) serta Ujian dan Pentauliahan dilakukan sebalum pembayaran akhir dibuat.
Bagi memastikan dokumen kontrak perolehan helikopter itu mengandungi syarat-syarat yang boleh menjamin kepentingan kerajaan, PAC mengesyorkan supaya kementerian mendapatkan pandangan Peguam Negara sebelum ia ditandatangani.
Spesifikasi helikopter yang akan dibekalkan itu juga perlu dinyatakan dengan jelas dan terperinci di dalam kontrak tersebut.
PAC juga berpendapat bahawa pembelian pesawat Eurocopter itu perlu dibuat selewat-lewatnya 2011 memandangkan Nuri hanya boleh digunapakai sehingga 2015 sahaja.
"Ini bermakna keputusan pembelian perlu dibuat selewat-lewatnya 2011 kerana proses penyiapan pesawat adalah tiga tahun dan latihan penerbangan selama setahan," katanya.
Pada masa sama, PAC mengesyorkan supaya kerajaan menimbang semula keputusan penangguhan pembelian helikopter Eurocopter memandangkan helikopter Nuri sedia ada mempunyai beberapa kekangan.
KEPADA BUNGA RAYAU DAN WARITARAKYATMARHAEN INI BENAR BUKAN FITNAH MACAM YANG ENGKO LAMPIRKAN DI SINI............Percubaan pihak tertentu untuk mempalitkan isu rasuah terhadap pemimpin kerajaan negeri dan anggota keluarganya ternyata tersasar apabila tiada kes yang mampu diketengahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas siasatan dilakukan.
BalasPadamBegitu juga kes yang cuba dibabitkan menantu Menteri Besar, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman semalam disahkan BPR telah ditutup kerana tiada asas yang mampu diketengahkan.
Pengarah BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussen dilaporkan berkata dakwaan mengenai penyelewengan kuasa oleh Ariffahmi yang juga Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditutup setelah didapati dakwaan itu tidak berasas.
"Dari segi perundangan, kes berkenaan tidak ada kesalahan dan semua dakwaan itu tidak betul menyebabkan kes berkenaan ditutup," katanya.
Ariffahmi ketika dihubungi melahirkan rasa syukur kepada Allah swt kerana telah melindunginya daripada musibah dan membersihkan namanya dari tuduhan tidak berasas sebelum ini.
"Terima kasih di atas sokongan dan doa beterusan Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri serta kawan-kawan yang mengikuti kes ini.
"Saya memang menghadapi kes ini dengan tenang dan yakin ia akan selesai dengan baik.Terima kasih kepada pengarah dan pegawai BPR yang memberi layanan baik semasa siasatan dilakukan.Image
"Saya tetap komited dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri iaitu ubudiah, masuliah dan itqan yang mana ia memberi panduan manual kerja kepada saya untuk dunia dan akhirat," katanya.
Beliau juga memanjatkan doa supaya Allah swt memberikan hidayah, kemudahan, keberkatan dan kekuatan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.
Menurut beliau dengan selesainya kes tersebut, membolehkannya bekerja dengan lebih gigih bagi menjayakan misi dan agenda PMBK.
Katanya juga beliau mengalu-alukan sebarang teguran bagi kebaikan PMBK yang diterajuinya sekarang.
Sebelum ini ada beberapa kes yang cuba dibabitkan pemimpin kerajaan negeri dan pegawai dengan membuat laporan kepada BPR serta polis, namun belum ada yang mampu diketengahkan ke peringkat pendakwaan.
Begitu juga dengan siasatan polis terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataan pernah cuba dirasuah tauke balak ketika baru mengambilalih teraju pentadbiran kerajaan negeri, namun ia senyap sepi sehingga sekarang
Kepada Kifli yang bestari,
BalasPadamAnda kena tunggu lagi banyak tuduhan. Spt yang berlaku kepada YB-YB Pakatan rakyat di Perak yang menerima Rasuah berbentuk punggung wanita. Yang nyata sehingga kini belum menarik diri dari jawatan masing-masing.
Saya teruja melihat anda sungguh-sungguh prihatin dengan segala bukti dan fakta-fakta kepada setiap perkembangan yang berlaku.
Bagaimana agaknya jika semua yang anda harapkan menjadi sebaliknya?
Umpamanya semua yang anda sokong selama ini adalah sebenarnya melakukan rasuah setelah ditentukan mahkamah. Mahu lari dari menyokong PAS?
Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat” (QS. Al-Baqarah: 7).
BalasPadamIslam adalah agama nasihat, sabda Rasulullah SAW. Kerana itu, setiap manusia sangat dianjurkan untuk sentiasa memilih isi nasihat yang baik dan menggunakan cara penyampaian yang baik . Sekali lagi ini menunjukkan Islam adalah agama yang menjunjung tinggi keyakinan bahwa nasihat bukan hanya berpeluang besar dalam mencegah orang untuk melakukan kemungkaran, tetapi juga berpeluang memperbaiki perangai manusia yang telah rosak.
Nasihat diumpamakan perahan kepada santan kelapa, yang diambil hanya santan atau kebaikan sahaja. Kerana itu mendengar nasihat berarti mendapatkan kebaikan dari ucapan seseorang, oleh itu wajarlah nasihat hanya didengar dari yang ahlinya bagi memastikan yang diperolihi adalah "mutiara" bagi penyuluh jalan hidup. Seterusnya mencapai kemulian yang diharapkan.
Sabda Rasulullah . “Tolonglah saudaramu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi”. Lalu, salah seorang bertanya, “Wahai Rasulullah, tentu saya akan menolongnya jika dia seorang yang dizalimi, lalu bagaimana saya menolongnya jika ia melakukan kezaliman?” Rasulullah menjawab, “Kamu menahannya atau menghalanginya dari kezaliman, maka hal itu adalah cara untuk menolongnya” (HR Bukhari).
Cara yang paling baik untuk menahan seseorang dari melakukan kejahatan tentunya dengan memberi nasihat. Cara itu bukan hanya boleh menumbuhkan benih cinta dan kasih sayang antara pihak yang dinasihati dengan pihak pemberi nasihat. Tetapi juga mencegah timbulnya rasa sakit hati bagi orang yang terlanjur melakukan kezaliman.
Namun begitu harus diingat kadangkala nasihat secara keras dan nasihat dengan lembut tidak mampu mencegah seseorang dari melakukan kejahatan atau memperbaiki kerosakan perangainya. Ini disebabkan mereka itu tergolong dalam kelompok yang disebutkan dalam Al-Quran, seperti ayat diatas iaitu sebahagian manusia yang sudah ditutup rapat hati, telinga, dan matanya.
KUALA LUMPUR, 15 Dis - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta agar kerajaan mengamalkan dasar dan tindakan yang lebih telus dalam pelaksanaan rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BalasPadamBeliau yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata demikian dalam perbahasan rang undang-undang SPRM di Dewan Rakyat hari ini.
"Lembaga Penasihat yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong seramai tujuh orang merupakan jumlah yang sedikit dan tidak mewakili segmen utama dalam masyarakat, sebagai contoh mempelbagaikan segmen dan bidang iaitu segmen agama,"katanya kepada sidang dewan.
tegasnya, ini disebabkan jenayah rasuah itu sendiri bukan sekadar kesalahan dari sudut undang-undang bahkan juga merupakan kesalahan dari segi agama.
Beliau turut mengulas pelantikan lima orang ahli jawatankuasa aduan dalam SPRM oleh menteri yang dianggap tidak bebas.
"Ia tidak sepatutnya dilantik oleh menteri bagi memastikan ia benar-benar bebas," ujarnya.
Dalam pada itu, Nasharudin sempat menempelak Umno-BN yang kini sedang giat memberikan habuan wang kepada penduduk terengganu menjelang Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari akan datang.
"Kita lihat kini rakyat Terengganu dibayar royalti sebanyak RM400 juta, rasuah kah ini? kerana rasuah merupakan suapan untuk tujuan tertentu.
"Sinonimnya keadaan ini berlaku sebaik sahaja PRK diumumkan di Kuala Terengganu seolah-olah ianya merupakan rasuah berskala besar kini telah diterima umum sebagai norma sebaik sahaja tibanya pilihan raya kecil," katanya lagi.
Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan ia merupakan perilaku kerajaan pusat yang sering menyalah gunakan kuasa dalam PRK seperti mana sebelum ini.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membacakan rang undang-undang SPRM buat kali kedua.
Beliau berkata, kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan keupayaan BPR sedia ada dengan menambah 5,000 anggota dalam tempoh lima tahun bagi membantu BPR mempercepat proses penyiasatan dan memberi perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat.
Aku cuma harapkan ko si bunga rayaU xlah di kalangan mereka yg telah di khatamkan hati n akalnya dr menilai kebenaran..Apa yg dinyatakan oleh bro kifli mmg hujjah bernas lagi sahih drp al-quran n hadis,tp macam biasala umno tu umno la jugak..
BalasPadamBUTA PERUT BUTA HATI DRGIL LAGI LIAR...