Halaman

Selasa, Mei 13, 2008

Tun perjelas punca kegagalan BN



Inilah antara yang ditulis Tun Mahathir di dalam Blognya, "saya mengaku bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional".

Beliau mengulas antara punca kegagalan BN pada Pilihanraya Umum yang lalu. Ikuti laporan penuh www.chedet.com

Demokrasi negara setelah 50 tahun- semakin matangkah pemimpin kita

Kebelakangan ini, DSAI nampaknya semakin yakin untuk menjadi Perdana Menteri Lompat negara yang pertama. Tidak habis-habis mengeluarkan kenyataan mengenai wakil rakyat BN akan lompat ke Pakatan Pembangkang.

Apa agaknya signifikan 50 tahun merdeka dan kematangan berpolitik. Nampaknya jika Anwar berjaya membawa ahli Parlimen BN lompat parti apa agaknya makna kematangan demokrasi di negara ini.

Kemudian setelah terdapat ahli Parlimen BN lompat maka pakatan Pembangkang jadi kerajaan Persekutuan. Selepas itu terdapat pula ahli Parlimen Pembangkang lompat ke BN dan BN pun jadi kerajaan Persekutuan. Walaupun Pembangkang memerlukan sebanyak 30 kerusi untuk mendapat majoriti mudah tetapi BN pada masa itu mungkin memerlukan seorang dua sahaja Ahli Parlimen untuk lombat bagi membentuk kerajaan.

Akhirnya rakyat yang mendapat susah kerana asyik bertukar kerajaan. Sebab moral dan prinsip bukan lagi pegangan. Hanya tawaran yang lebih baik akan menjadi pegangan samada jawatan Menteri ke duit ke, tiada siapa tahu walaupun alasannya untuk kebaikan rakyat.

Ini tidak mustahil berlaku. Nampaknya inilah akibat jika seseorang pemimpin gilakan kuasa.

Setelah 50 tahun demokrasi negara semakin caca marba, kelam kabut. Keputusan Rakyat tidak lagi dihormati.

Mungkin pemimpin-pemimpin parti politik ini perlu adil terhadap rakyat kerana rakyat memilih mereka. Oleh itu, jika terdapat mana-mana ahli Parti Poltik yang lompat maka rakyat akan buat keputusan dan Pilihanraya Kecil perlu diadakan. Sebab sistem demokrasi negara ini berteraskan kepada calon yang mewakili sesebuah parti politik.

Rakyat memilih calon dan parti, maka kuasa memilih mesti dikembalikan kepada rakyat. Pilihanraya Kecil harus diadakan dan rakyat harus memilih semula

Ingin tahu apa yang berlaku di Persidangan Dewan Rakyat ke-12?

Anda Ingin tahu apa yang sedang berlaku di Persidangan Dewan Rakyat, sila ke http://wiramalaysia.blogspot.com.

Blog ini banyak memaparkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat termasuk gelagat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. Blog ini juga mengetengahkan isu-isu yang dibincangkan oleh Ahli Parlimen sejak Sidang Parlimen ke-12 bermula.

Walaupun 2,000 laporan polis, saya tak berganjak’-Karpal

Setelah mengguris hati Melayu dengan mempertikai kuasa Raja-raja Melayu dan sebelum itu tentang negara Islam dan kini pula mula mencabar kesabaran Melayu dengan mengatakan "Walaupun 2,000 laporan polis, saya tak berganjak" sebagaimana laporan Utusan Malaysia Utusan Malaysia .

Kini karpal beralih pula mengenai isu pelantikan Menteri Besar Terengganu dan tindakan oleh 22 YB. Tetapi isu berkenaan telah selesai dan pihak berkenaan telah memohon maaf.

Tetapi isu Karpal Singh berlainan walaupun MB Perak telah mengadap Sultan Perak tetapi karpal masih berkeras lagi.

Sebenarnya selepas Pilihanraya Umum ke-12 bagi negeri perak, banyak perkara yang DAP hendak marah seperti pelantikan MB dan seterusnya kuasa MB Perak bertindak untuk memindah pengarah JAIP yang dihalang.

Rasanya ini juga isyarat kepada negeri-negeri lain agar jangan masuk campur urusan kerajaan negeri.

Namun apa yang dikesalkan ialah tindakan PKR untuk mempertahankan Karpal Singh walaupun secara jelas Karpal mempersoalkan kuasa Sultan.

Apa agaknya jenis Melayu yang ada di dalam PKR. Walaupun Tindakan ini terlalu jelas mempertikaikan Kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Lambang Ketuanan Melayu sebagai teras negara.

Inipun DAP dan PKR tidak memenangi negara ini dan telah mempertikaikan. Ini adalah isyarat yang jelas bahawa jika mereka menang untuk menjadikan Malaysian Malaysia pasti akan dilaksanakan.

PAS tidak mungkin mampu menghalang DAP dan PKR kerana penakut, takut hilang kuasa dan takut hilang pengaruh khasnya dari kaum bukan Melayu. Sebab itu apabila Karpal Singh baru-baru ini meminta PAS menghentikan rancangan untuk menubuhkan negara Islam, PAS tidak melawan dan tidak menentang Karpal Singh secara terbuka.

Jadi kita hendak ke penakut ini untuk memperthankan kuasa Melayu dan Raja-Raja?

Kerajaan kurangkan beban rakyat - 5 cara kawal harga beras

Kerajaan mengambil langkah utama untuk mengurangkan beban rakyat dengan mengawal harga beras untuk terus melambung tinggi.

Bukannya sesuatu yang mudah untuk menangani perkara ini kerana ianya adalah masalah global. Walau bagaimanapun kerajaan perlu bertindak menurunkan harga beras, jika tidak kerajaan akan diturunkan kerana beras makanan ruji utama negara 'Bread and butter' bagi rakyat negara ini.

Bukan setakat harga beras, kerajaan juga telah menyediakan perancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah bekalan dengan memperkenalkan Sabah dan Sarawak sebagai negeri jelapang padi kedua.

Namun prinsip kita kebanyakkannya sudah terhantuk baru tergadah, Pakl Lah dahulu ada menyebut untuk memperkasakan Pertanian di negara kita. Namun ramai yang anggap umpama kita mundur setapak dengan pendekatan ini.

Hakikatnya isu beras ini walau belum sampai tahap krisis namun kita lihat bagaimana rakyat negara ini mudah panik. Sehingga banyak nasihat walaupun dianggap baik, tapi itu bukan jawapannya untuk rakyat.

Rakyat tidak mahu dengar kenyataan seperti berjimat gunakan beras, gunakan beras segenggam sehari untuk kesihatan dan harga beras di Malaysia lebih murah berbanding negara lain seumpama mewajarkan sesuatu tindakan dibuat untuk menaikkan sesuatu harga.

Walaupun ia nasihat baik namun ia tidak berguna pada rakyat, kerana rakyat yang menghadapi masalah ini. Duit yang mereka ada atau dapat tetap sama awalupun harga beras dan makanan meningkat dan ini akan mengurangkan perbelanjaan mereka khasnya untuk golongan yang berpendapatan rendah.

Apa yang rakyat harapkan ialah tindakan aktif dari kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat. Apa yang rakyat dapat dan apa yang rakyat rasa itu amat penting.

Tindakan kerajaan memang sesuatu yang baik untuk mengawal harga baranag iaitu:

1. Menetapkan harga siling beras Super Special Tempatan lima peratus ditetapkan RM2.80 sekilogram, manakala Super Special Tempatan 10 peratus RM2.70 sekilogram, berkuat kuasa 1 Jun ini.

2. Beras Super Tempatan 15 peratus pula kekal sebagai beras yang dikawal harga di antara RM1.65 sekilogram dan RM1.80 sekilogram mengikut zon.

3. Mengapungkan harga beras import, termasuk beras putih Thailand di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

4. Kenaikan Harga Minimum Terjamin (GMP) padi daripada RM650 satu tan kepada RM750 satu tan.

5. Membenarkan pemindahan padi di antara negeri secara berperingkat.

Perdana Menteri berkata, semua keputusan itu kecuali harga siling beras Super Special Tempatan lima peratus dan Super Special Tempatan 10 peratus, berkuat kuasa serta merta.

Namun apa yang rakyat harapkan ialah pengutkuasaan dan tindakan. Tidak guna buat sesutu pelan tindakan diumukan sekiranya peniaga, pembekal, pemborang dan pihak kilang masih tidak di patuhi. Oleh itu penguatkuasaan amat penting supaya apa yang dirancang berjaya dan rakyat merasainya.

Selain itu akhir sekali ialah peranan rakyat untuk menjayakan misi yang dirancang kerajaan mendapat kerjasama dari rakyat. Buatlah macamana sekali pun kalau rakyat tidak beri kerjasama pun tidak berguna juga khasnya menjadi rakyat yang bertanggungjawab seperti melaporkan salah laku peniaga.