Halaman

Isnin, Januari 05, 2009

ISRAEL, OBAMA DAN PAKATAN RAKYAT SAMA SAHAJA..

Ramai yang tergamam melihat kekejaman Yahudi dan Israel Laknatullah terhadap pembunuhan rakyat Palestin.

Pada masa kemenagan Obama semua meraikannya... kini Bakal Presiden Amerika Barack Obama tidak akan mengubah pendirian Amerika Syarikat menyokong Israel walaupun rejim Zionis itu secara nyata telah bertindak kejam terhadap Palestin, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Israel sebenarnya memerintah dunia melalui proksinya kerana tiada calon presiden Amerika termasuk Barack Obama yang berani mengatakan bahawa mereka tidak menyokong Israel.

“Malah orang kanan Obama, Joseph Biden, secara terbuka telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Czarist. Jadi anda boleh bayangkan dasar luar negara Obama pada masa hadapan,” katanya pada satu sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini bagi mengulas kekejaman Israel menyerang Semenanjung Gaza sejak seminggu lepas hingga menyebabkan hampir 500 penduduk Palestin di situ terbunuh.

Czarist mengamalkan konsep penjajahan atau penaklukan dalam pemerintahan mereka, sama seperti konsep penaklukan yang diamalkan oleh rejim Israel terhadap Palestin ketika ini.

Mengulas mengenai tragedi di Palestin dan sokongan Amerika terhadap Israel, Dr. Mahathir berkata seluruh dunia perlu bersatu menyatakan pendirian dan tentangan terhadap pendirian Amerika yang masih tidak mahu berganjak daripada terus menyokong Israel walaupun dikutuk oleh semua pihak.

Hakikatnya begitulah... harapan rakyat dan masyarakat dunia melihat perubahan apabila Obama menjadi presiden namun ianya hanyalah mimpi ngeri yang menjadi kenyataan.

Dan hal ini juga boleh dikaitkan dengan Malaysia yang mengharapkan perubahan.. namun mimpi ngeri yang mereka hadapi...... seperti orang Melayu di Selangor, Perak, Pulau Pinang.... satu persatu hak dan keistimewaan Melayu dan Islam dicabut secara terancang oleh Pakatan Rakyat..

Kezaliman dan keangkuhan Pakatan Rakyat yang sama seperti Israel dan Osama yang menggunakan nilai universal seperti samarata dan keadilan telah mencabut satu persatu segala terancang hak dan keistimewaan kaum Melayu dan Umat Islam dan tidak dapat disanggah lagi kerana PAS yang diharapkan untuk mempertahankan Islam hanya mampu berdiam diri dan senyap seribu bahasa apabila diserang oleh DAP dan PKR.

Perjuangan PAS selama lebih 50 tahun untuk menubuhkan negara Islam menegakkan undang-undang Islam kini tinggal kenangan..

Sangat memalukan apabila bukan sahaja Hudud tetapi untuk mengusulkan pengharaman arak sahaja tidak berani... Suara yang suatu masa dahulu lantang untuk mengharamkan kilang arak dan tempat perjudian kini senyap seribu bahasa....


Jadi bagaimana wahai penyokong PAS dan pengundi Kuala Terengganu... adakah mahu bersekongkol dengan sibacul PAS ini....

3 ulasan:

  1. semoga Allah merahmati kita semua...

    BalasPadam
  2. Inilah perangai busuk org2 UMNO.
    Selama berpuluh thn PAS mmperjuangka islam.sikit pun kamu x nampak..inilah bangsa yg tlah di khatamkan hatinya dr menerima petunjuk drp ALLAH S.W.T..
    Tunggulah masa/saat kehancuran bagi kaum yg penuh dgn penipuan n kemaksiatan,
    Menyebar fitnah trhadap manusia yg ikhlas lg amanah di dlm menunaikan t'jwb trhadap yg tlah di amanahkan..
    UMNO n pengikutnya memfitnah kami sebagai sama dgn yahudi zionis laknatullah..ini satu tuduhan yg ammat berat dan sepatutnya tuduhan begini hanyalah boleh di timpakan kpd mereka2 yg siang malam n seluruh hidupnya di gunakan utk menyerang islam n para pejuangnya dgn seluruh kekuatan & instrumen yg ada seperti mana yg di lakukan oleh UMNO terhadap PAS..
    Sudahla kamu x mau bantu langsung di dlm menjayakannya KEWAJIPAN ini n hanya pandai mengkritik sahaja..
    UMNO N PENYOKONGNYA pasti akan menyesal di suatu hari nnti di mna harta bebda dan anakpinak tidak lagi membawa manafaat, malah ianya akn menjadi bahana n sesalan apabila ianya mula mendatangkan masalah n di pertanggungjawabkan di ats bahu yg tak mampu lagi memikul bebanan..
    NANTIKANLAH!!!

    BalasPadam
  3. Umno jangan tempah tiket ke neraka
    Siapa yang takutkan Allah sebagai Tuhan sekian alam, pastinya takut dengan azab api neraka yang tidak terperi sakitnya. Kita dari PAS terpanggil sekali lagi untuk membetulkan semula akidah ahli-ahli Umno terutama pemimpinnya yang kononnya Islam tetapi jahil dan buta dengan arahan dan perintah Allah.

    Kalau di Permatang Pauh isu liwat dan sumpah sudah seperti menjadi ratib bualan yang memualkan, kini di Kuala Terengganu isu hudud pula dimainkan oleh Umno seolahnya mereka tidak punya Tuhan bernama Allah yang maha perkasa.


    Isu ini dimainkan oleh Umno sebagai senjata politik bilamana heboh diperkatakan dalam debat Wacana Transformasi Politik baru-baru ini di Kota Bharu bilamana calon Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencabar Dato Husam Musa selaku Naib Presiden PAS untuk melaksanakan hudud diperingkat pusat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasainya kelak.

    Maka berbongdong-bondonglah gerombolan Umno memainkan isu ini didalam media sehinggakan calon UmnoBN untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu Dato Wan Ahmad Farid mendesak Mursyidul Am PAS Dato Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa apakah hukumnya ahli PAS yang mengundi calon DAP di Selangor, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain yang secara terang-terangan menolak hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

    Beliau berkata demikian bilamana Tuan Guru pernah mengatakan mengundi PAS mendapat pahala dan Dato Wan Ahmad Farid juga bertanya apakah mengundi BN itu satu dosa sedangkan BN banyak berjaya kepada rakyat dan negara yang membina hospital, sekolah dan masjid untuk rakyat.

    Lihat link youtube : http://www.youtube.com/watch?v=9lwJrSZQS9U

    Jawapannya sangat mudah, kebajikan yang dibuat kerajaan sekarang adalah tanggungjawab pemerintah dan ianya hanya kosmetik kepada rakyat. Persoalan pahala juga memang benar kerana PAS memperjuangkan apa yang Allah perintahkan dalam Al-Quran, hadis nabi, ijma ulama dan kias.

    Tolonglah Umno janganlah kamu derhaka lagi kepada Allah, tidak takutkah kamu semua dengan azab Allah yang akan dibalakan kepada manusia yang mendengar tetapi tidak mahu taat, janganlah ahli Umno jadi seperti yahudi bilamana sambutan tahun baru sibuk dengan bunga api dan mercun sedangkan umat Islam di Palestin dibedil, dibunuh dan disembelih saban hari semata-mata mempertahankan bumi suci, kiblat pertama orang Islam dimuka bumi.

    Umno sebuah parti sekular tidak pernah berubah walaupun sudah berumur 62 tahun ditubuhkan, terus-terusan menyesatkan rakyat. Makanya tak perlulah dipersoalkan lagi maka taubatlah semua ahli Umno selagi Allah berikan kamu peluang bernafas di bumi Allah ini ataupun kamu sedia dengan fatwa undi BN seperti membeli tiket kelas pertama ke neraka.

    BalasPadam