Halaman

Khamis, Januari 15, 2009

PAS semakin jauh menyeleweng

Yang sudah terang lagi bersuluh... PAS dari dahulu memang tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam dan Hukum Hudud....

PAS tidak boleh hendak salahkan UMNO kerana kegagalan PAS sendiri mempertahankan Hudud di hdapan DAP dan PKR..

Dan paling memalukan apabila Haji Hadi menipu rakyat Malaysia bahawa DAP telah menerima hukum Hudud... Tetapi dinafikan sendiri oleh Karpal Singah dan mengugut pula untuk keluar dari Pakatan Rakyat...

Sangat rendah martabat pemimpin seperti ini...... jika hadapan DAP pun tidak mampu untuk berhadapan mengenai Hudud dan Negara Islam secara tegas inikan pula hendak memerintah negara. Jauh pulut dari panggang...

Takkan pemimpin seperti ini dapat diharap untuk melindungi Islam... Walaupun PAS sentiasa memusuhi UMNO tetapi UMNO sebaliknya sentiasa bersikap terbuka untuk menerima PAS.... dengan mengadakan muzakarah dan sebaliknya... begitulah ikhlasnya UMNO untuk bersama pemimpin Melayu dan Islam PAS bagi membincangkan kepentingan bersama.

Namun PAS lebih rela mengkhianati perjuangan, bangsa dan agama sendiri kerana mahukan semata-mata yang jelas tidak akan tercapai bersama Pakatan Rakyat.

PAS yang dikenali dahulu sangat berbeza dengan PAS yang dikenali sekarang... kalau dahulu jelas memegang teguh dan tegas perjuangan mereka tetapi kini PAS telah jauh menyeleweng dari matlamat perjuangan mereka.


6 ulasan:

  1. PAS sememangnya sejak "terlanggar" dengan nikmati dunia ini ( menjadi pemerintah di 3 negeri ), matanya telah mula kabur dan hanya melihat perjuangan Islamnya dengan 1 biji mata sahaja ( sebelah mata ).

    Perjuangan menjadikan pelaksanaan hukum hudud bukan boleh dibuat main-main, Kelam-kabut dan sembrono tanpa kajian dan penyelidikan rapi. Masyarakat islam di Malaysia kini, masyallah...sangat berkecamuk sekali. Pendekata telah jauh menyimpang dari kehidupan sebagai seorang islam sejati. Ini juga harus diambil kira dalam kita mahu melaksanakan hukum hudud.
    Jika dilaksanakan hukum hudud itu juga, maka kemungkinan besar alasan Mahathir dalam suratnya kepada Nik Aziz akan menjadi kenyataan.
    Saya bagi lagi satu contoh:-
    Katakan, katakan, contoh je...Di Selatan Thai dimana majoritinya Islam dilaksanakan oleh kerajaan Thai hukum hudud untuk mereka yang beragama Islam, tak kelam kabut masyarakat islam disana. Tentu ramai yang akan kerajaan tangkap kerana mereka belum lagi bersedia sepenuhnya. Maka ramailah yang akan kena hukum.
    Bukankah ini merupakan strategi yang baik bagi pihak musuh? dan jika kita melaksanakan di Malaysia sekarang, ia merupakan strategi yang bebal bagi kita sendiri.

    BalasPadam
  2. "Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Yang Maha Mengetahui bahwa gerakan, kebangkitan, protes, perlawanan dan peperangan, semua ini bukanlah untuk memperebutkan kekuasaan seseorang, bukan untuk meraup harta dan perolehan duniawi, bukan pula atas dasar kerakusan dunia, melainkan untuk mengembalikan ajaran-ajaran agama-Mu, untuk mewujudkan perbaikan di bumi-Mu, agar hamba-hamba-Mu yang tertindas merasa aman dan supaya ditegakkan kembali hukum-hukum-Mu yang diabaikan" - Imam Husan 'a.s.
    KUALA LUMPUR, 15 Jan - Jika seseorang pengundi membuktikan beliau mengundi Barisan Nasional (BN) dengan mengambil gambar kertas undinya menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera, rasuah RM1,000 akan diberikan kepadanya.Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, www.jeffooi.com

    Berikut ialah alih bahasa bebas bloggger Penarik Beca (penarikbeca.blogspot.com) kepada sebahagian dari posting Jeff bertajuk "Kuala Terengganu... Buy-election".
    "Perkataan "buy-election" bukan salah taip. Ia memang pilihan raya yang boleh dibeli dengan wang.


    "Saya kini berusaha menyumbangkan apa yang terdaya berkempen untuk Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terenggganu. Penduduk di sini menceritakan pelbagai taktik kotor, tetapi terserahlah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasatnya. Saya tetap memberi tumpuan kepada ceramah dan melawat para pengundi.

    "Selain dari makan malam untuk 80 meja yang yang ditaja oleh Gerakan, seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu yang melawat pasar dengan gerombolannya dikatakan sengaja membayar RM200 untuk sebiji betik dan memberitahu penjual buah berkenaan supaya menyimpan bakinya.

    "Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan BN membeli dan memaksa undi. Undi dibeli dengan harga dari RM300 hingga RM400 (lihat berita Malaysiakini "Anwar accuses government of vote-buying").

    "Tetapi penduduk tempatan memberitahu saya, tawaran telah meningkat sehingga RM1,000 bagi setiap undi.

    "Tersebar cerita bahawa seseorang pengundi dikehendaki menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera untuk mengambil gambar kertas undi yang telah pun dipangkah untuk calon BN sebelum beliau boleh mengambil sogokan RM1,000 itu.

    "Teknologi digunakan untuk memastikan seseorang pengundi benar-benar mengundi calon BN kerana sebelum ini pembangkang menyuruh para pengundi mengambil wang dari BN tetapi mengundi pembangkang.

    "Umno juga menganjurkan cabutan bertuah untuk menarik orang ramai menghadiri ceranmah-ceramahnya. Hadiah cabutan bertuah tersebut termasuk motosikal dan TV bersaiz besar.

    "BN juga menggunakan kekuatan kewangannya dengan membeli ruang iklan dalam akhbar bagi edisi Pantai Timur (tidak sampai RM2000 untuk setengah muka hitam putih). Untuk memastikan iklan-iklan kempen tersebut sampai kepada para pengundi dengan lebih meluas, tiga akhbar berbahasa Cina yang berlainan diberikan apabila seseorang membeli akhbar.

    "Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang saya kumpulkan sejak 20 jam lalu, sentimen para pengundi Cina memihak kepada calon PAS". _ harakahDaily

    BalasPadam
  3. Satu serangan peluru berpandu PAS/Pakatan Rakyat telah kena kepada sasaran. Kali ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, daripada menjadi Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu.


    Nah.... inilah padahnya kalau mengkhianati amanah yang telah diberikan apabila berkempen bagi pihak UMNO/BN dan menggunakan ugutan ke atas kaki tangannnya supaya mengundi UMNO/BN. Jangan ingat, apa yang dilakukan orang tak tahu atau tak ambil pusing. Walau pun pada mulanya, dia cuba nafikan dan cuba berdalih, namun..... ketegasan pihak PAS/Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan, telah menyebabkan dia membuat keputusan untuk menarik diri.


    Syabas kepada PAS/Pakatan Rakyat kerana berjaya menumpaskan perbuatan yang tak beretika ini. Syabas juga kepada Datuk Mat Razali Kassim kerana mengambil tindakan yang wajar dari terus membiarkan SPR dilanda kontroversi menjelang Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Sabtu ini.
    Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim yang menjadi kontroversi ekoran dakwaan PAS bahawa beliau meraih undi untuk calon Barisan Nasional (BN), menarik diri daripada mengendalikan pilihan raya kecil tersebut berkuatkuasa hari ini.
    Dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 8.20 malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan bahawa pihaknya telah menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya mulai hari ini.

    Setiausaha SPR, Datuk Ngah Senik berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat berhubung keputusan Mat Razali itu dan setelah memperhalusi pelbagai sudut permohonan penarikan diri itu, SPR bersetuju untuk menerima keputusan tersebut.

    Justeru kata beliau, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 3 (C) dan 5 (1) (a), Akta Pilihan Raya 1958, SPR melantik Wan Mustafa Wan Hassan sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru.

    Wan Mustafa merupakan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga salah seorang daripada enam penolong pegawai pengurus pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

    Bagaimanapun kenyataan SPR itu tidak menyatakan sebab beliau menarik diri.

    Dalam reaksi segera, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong berkata, pihaknya hanya mahukan seorang pengurus pilihan raya yang bebas dan kelihatan bebas.

    Ketika ditanya sama ada pihaknya menyambut baik perkembangan itu, beliau berkata, PAS akan menilai situasi tersebut.

    PAS yang semalam mendakwa Mat Razali meraih undi untuk calon BN hari ini menggesa SPR menangguhkan hari pengundian Sabtu ini jika perlu.

    Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu pilihan raya kecil kerusi Parlimen ini ditangguhkan sementara suruhanjaya memutuskan pengganti Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

    "Jika wujud implikasi undang-undang dalam pelantikan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang baru, SPR wajar menangguhkan pilihan raya kecil ini," kata Wan Abd. Muttalib Embong di Markas PAS Kuala Terengganu pagi tadi.

    Semalam, Mat Razali yang merupakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ketika dihubungi mStar Online menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan MBKT supaya mengundi BN Sabtu ini.

    Menurut Wan Abd. Muttalib, selain pertemuan pagi semalam di bangunan MBKT, Mat Razali juga dikatakan 'berkempen' untuk BN dalam tiga majlis berasingan secara berturut-turut iaitu Ahad, Isnin dan Selasa lalu.

    Jelas Mat Razali semalam, selaku Datuk Bandar MBKT, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi semalam.

    Kawasan Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira tujuh peratus merupakan kakitangan awam.

    BalasPadam
  4. Hoi!!! org tua bungarayaU artikel ni nampak sgt ko COPY & PAST dr blog org lain..

    Aku bukannya x kenal ko tu...

    Dah la aji,janganla nk malukan kaum pendatang cam ko tu,aku tau ko tu dr keturunan apa..

    Pasal benda yg ko postkan ni saja aku x nak comment..buang masa je layan org tua yg x pernah igt pasal lubang KUBUR ni...

    BalasPadam
  5. BRO,
    Bila pula aku cop dari orang lain?.
    Heheheh.Pemarah betul Bro. ni.
    Tengoklah Kifli tu. Masih boleh menulis dengan baik. Memang Kifli tu creatif dan kuat berusaha mendapatkan segala fakta. Dia tak sedar sebenarnya dia tengah berusaha memecahkan bangsanya.
    Apa yang PAS boleh buat selain mengacau urusan perjuangan? Kemenangan PAS kerana adanya orang-orang yang terlalu Taksub dan Golongan yang belum cukup kesedaran tentang kemungkin berlaku keruntuhan kuasa melayu/islam di Malaysia. Seburuk-buruk saya, saya welcome jika kedua pemimpin PAS dan UMNO bersatu semula. Bukan macam Bro.

    BalasPadam
  6. MEMO MCA/BN(UMNO) KEPADA PENGUNDI CINA KUALA TRENGGANU................Dibawah adalah terjemahan tulisan Cina diatas.

    “Kepada semua pengundi berbangsa Cina

    diParlimen Kuala Terengganu.

    Ingat tanggungjawab anda semua besar untuk memastikan Malaysia ini terus menjadi Negara secular yang tidak mengamalkan undang-undang Islam.

    Baru-baru ini PAS sekali lagi menegaskan akan teruskan agenda melaksanakan hukum Hudud. Hudud ialah undang-undang kuno (ketinggalan zaman) yang dibuat ketika Islam mula dinegara-negara Arab.

    Jika kemenangan Pas di kuala Terengganu ini terjadi maka semakin kuatlah PAS untuk meneruskan cita-citanya melaksanakan undang-undang Islam yang kuno dinegara ini.

    Kita tidak memusuhi Islam atau Melayu tetapi kita menolak Islam lama yang kolot pemikiranya. Kita perlu mengundi dan mempertahankan Barisan nasional. BN yang dipimpin Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kita kasihi yang yelah mencipta Islam Hadhari-Islam moden yang cukup liberal dan amat sesuai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Ramai orang Melayu terkeliru dengan kempen Pas yang mengatakan Islam Hadhari haram kerana tidak sama dengan Islam yang tercipta di Arab. Apa jua ugama harus berubah mengikut masa yang penting. Islam Hadhari menjamin hak asasi rakyat dan kemajuan Negara. Sebaliknya Pas ingin membawa kita kezaman kolot Islam seperti di Arab.

    Pas cuba berselindung dengan wajah Anwar dan PKR. Harap pengundi bukan melayu tidak terkeliru dengan imej Anwar. Dia hanya menggunakan Melayu untuk menarik undi. Sejarah Anwar ialah dia seorang yang ekstrem Melayu dan Islam. Ketika zaman mudanya dia sibuk membangkitkan semangat Melayu dan turut merusuh untuk mempertahankan bahasa Melayu, budaya Melayu dan hak Melayu saja. Dia juga merusuh kerana penduduk Melayu yang kononya kelaparan. Dia hanya tahu merusuh tetapi hanya untuk hak Melayu.

    Namun kini Anwar cuba muncul gunakan parti perlbagai kaum. Ingat ini semua palsu. Selepas mendapat kuasa, Anwar akan kembali menjadi ekstrim Melayu. Malah orang Melayu dalam negara ini akan menjadi terlampau berkuasa akhirnya bukan melayu akan tertindas dalam keadaan tidak mampu berkata apa.

    Pengundi bukan melayu di Kuala Terengganu penentu nasib rakyat dinegara ini. Sama ada Negara akan mundur di bawah undang-undang Islam dan ditadbir oleh golongan ekstrem Melayu atau kekal maju dan makmur dibawah Barisan Nasional.

    Undilah BN.TEMPAT ANDA ADALAH DI NERAKA JAHANNAM

    “YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH"

    BalasPadam