Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.
Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu. Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
Selain itu, kerajaan negeri DAP @ Malayan Uniob Pulau Pinang juga telah mengusir 80 peniaga Melayu di Batu Feringgi.
Kira-kira 500 pekerja industri pelancongan di Batu Ferringhi di sini akan kehilangan mata pencarian berikutan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan arahan meroboh premis perniagaan milik 80 pengusaha yang telah dimajukan sejak 30 tahun lalu.
Notis mengosongkan premis yang beroperasi sepanjang pesisir pantai sejauh lima kilometer dari kawasan Hotel Rasa Sayang hingga ke Hotel Bayview Beach Resort itu dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut pada 16 Februari lalu.
Pengerusi Badan Bertindak Pengusaha Pelancongan Batu Ferringhi, Shahul Hamid Hameed Sultan mendakwa, mereka dimaklumkan oleh pegawai pejabat itu bahawa arahan tersebut datangnya dari pejabat Ketua Menteri yang mahu pengusaha mengosongkan premis perniagaan masing-masing dalam tempoh empat hari dari tarikh surat itu dikeluarkan.
"Tidak tahu apa yang kami hendak buat selepas ini setelah mata pencarian kami mahu dirampas. Kerajaan negeri kata mahu bantu, mahu tolong kami. Apa ini, mana janji-janji dulu? Tindakan ini benar-benar tidak adil, kejam dan satu penganiayaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kata Aspirasi : Semakin hancur Islam dan Melayu dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat @ Malayan Union Baru.
Dimanakah PAS yang kononya melaung-laungkan perjuangan Islam?. Memang betul menghormati agama lain, tetapi Islam mestilah kedudukannya lebih tinggi dari agama lain.
jgn persoal mana agama lebih tinggi, tp ingat kan mreka yg islam agama rasmi malaysia
BalasPadamFikir balik selama 50 tahun sIapa yang menindas orang Melayu?....
BalasPadamSiapa yang memperlekehkan Islam?...
Oi tok batin bongok, sekarang, siapa yang hina islam? Sebab apa Pas diam? janganlah jadi pembongok sangat.
BalasPadamIslam adalah agama yang datang dari "langit" dan agama yang sangat lengkap mencakupi semua bidang kehidupan umat Allah SWT. Tidak layak untuk dibandingkan dengan agama yang ada diatas muka bumi Allah ini. INi adalah agama yang terakhir diturunkan dan tidak lagi Allah menurunkan sebarang agama lain untuk umatnya.
BalasPadamMengenai dengan kata "lengkap; tadi, apakah agama yang direkawasa oleh manusia melebihi agama yang diturunkan oleh ampunya bumi dan langit itu? Lu fikirlah sendiri jika ingin mencium baun syurga setelah roh berpisah dari jasad kelak.