Halaman

Khamis, Februari 26, 2009

Kerana mulut badan binasa

Keceluparan YB Celaka ini di Sidang Dewan Rakyat benar-benar menguji kesabaran pergerakan Pemuda UMNO, setelah menuduh Pemuda UMNO sebagai celaka dan menuduh menghantar peluru hidup.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut. Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen tengahari tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan YB Celaka dan Celupar itu berkata ''Ini sudah boleh jadi rekod dunia apabila saya mendapat 100 laporan polis dan dua butir peluru.

''Mengikut Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri jika memiliki satu peluru, kalau didapati bersalah boleh dihukum mati mandatori. Jadi di mana Pemuda UMNO celaka dapat dua peluru ini," katanya.

Sehubungan dengan YB Celaka ini telah dikepung oleh pergerakan Pemuda menuntutnya untuk meminta maaf.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

"Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan,"

Kata Aspirasi : setakat ini YB Celaka ini telah 2 kali menerima peluru hidup, namun tidak mati atau luka atau sewaktu dengannya pun. Malah semakin celupar dan biadap. Sewajarnya Karpal celaka ini ditahan bawah akta hasutan kerana sengaja provokasi dan menimbulkan kemarahan di antara kaum.

4 ulasan:

  1. sudah terima 2 peluru hidup dalam sampul surat....dan yang ke 3 akan di terima dalam kepala celaka ini

    BalasPadam
  2. NEGARA memang memerlukan pemuda yang berani untuk mempertahankan maruah agama, nusa dan bangsanya. Tanpa keberanian sesuatu bangsa itu akan dilanyak dan dipersendakan sepanjang masa. Bangsa itu akan diinjak-injak. Pemuda yang berani juga adalah pahlawan negara. Mereka juga menjadi benteng kepada kesejahtraan negara.

    Tetapi keberanian itu bukan keberanian bodoh, gedebe atau samseng, sebaliknya keberanian bertatasusila dan bertamadun serta bijaksana.

    Keberanian beradat dan keberanian yang memiliki akal budi yang luhur nan terpuji. Keberanian yang berpijak di bumi nyata dan rasional.

    Singa dan harimau di dalam rimba juga berani. Tetapi keberanian itu tidak boleh diikhtiraf kerana ia meceroboh hak asasi orang lain. Berani mereka tidak berhati perut dan berani tidak disulami dengan ilmu-ilmu kemanusiaan dan lain-lainnya.

    Perompak, lanun dan kaki pukul juga berani. Tetapi keberanian itu tidak ada moral. Mereka berani kerana diupah dan diberi baksis sesen dua. Keberanian mereka bertongkatkan kepada perut. Mereka menggunakan keberanian untuk mengisi perut dan bukan menjaga agama, bangsa dan negara. Keberanian begitu bukan sejati. Keberanian kumpulan itu yang boleh membawa ketidakamanan kepada negara dan huru hara kaum. Ada kalanya keberanian itu membelakangkan undang-undang dan lebih bersifat bersultan di mata beraja di hati.

    Di parlimen petang tadi sekumpulan pemuda telah menunjukkan keberanian menyerang ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh. Mereka mengepung Karpal yang duduk atas kerusi roda sewaktu hendak memasuki ke Parlimen bagi menjalankan tanggungjawabnya.

    Kumpulan itu marah dengan Karpal Singh ekoran ahli parlimen itu mengatakan celaka kepada pemuda Umno di Parlimen semalam. Karpal berilusi bahawa pihak yang mengirimkan dua butir peluru hidup kepadanya baru-baru ini adalah pemuda Umno. Mungkin kumpulan pemuda seramai 10 hingga 20 orang itu kalangan Pemuda Umno sebab itulah mereka marah sangat dengan Karpal.

    Walaupun Karpal sudah menarik balik kata-kata itu atas arahan timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar namun kumpulan berkenaan tidak berpuas hati sehingga mengepung Karpal. Adalah hak pemuda Umno untuk mempertahankan maruah mereka. Tetapi caranya bukan seperti kumpulan berkenaan lakukan.

    Masih ada cara yang lebih lunak yang boleh memberi gambaran ketinggian pemikiran dan akal budi pemuda Umno. Ia sepatutnya dilawan dengan kenyataan akhbar saja dan bukan cuba beradu kekuatan fizikal.

    Lagipun apa yang diucapkan Karpal itu bukan pertama kali, sebaliknya sudah kerap berlaku perkataan-perkataan un parlimentarian disebut di Parlimen. Bukan saja dari kalangan pembangkang tetapi ahli Parlimen kerajaan juga galak melakukannya.

    Pun begitu belum pernah berlaku pertengkaran dalam dewan terbawa ke luar. Masing-masing masih menjaga kemuliaan dewan dan biasanya pertengkaran itu akan berakhir di Dewan saja.

    Pemuda Umno atau sesiapa pun boleh membantah dan mengecam Karpal sikapnya Pengerusi DAP itu sudah melampau. Tetapi apabila Karpal sudah diserang begitu maka ia menjejaskan imej Pemuda Umno itu sendiri. Tidak sepatutnya pemuda Umno yang sudah berusia lebih setengah abad tetapi masih lagi bersikap samseng dan kurang beradat.

    Pemuda Umno menuduh Karpal Singh tidak beradat terhadap apa yang Karpal lakukan. Sepatutnya sebelum mereka melemparkan tuduhan itu pemuda Umno perlu merenung ke dalam diri mereka. Apakah pemuda Umno golongan yang beradat dan menjaga tatasusila dan tidak pernah biadap?

    Sejarah yang dilalui oleh pemuda Umno dalam politik negara ini cukup banyak. Di sini saya suka bangkitkan kembali bagaimana sikap dan perangai pemuda tahan lasak yang dianggotai oleh pemuda Umno tahun 1960-an. Mungkin Khairy, Mukhriz dan Khir Toyo tidak pernah mengalami atau membaca sejarah kesadisan dan kejahatan induk mereka dalam pemuda Umno.
    Siapa yang membuat ugut, tekan, paksa, menahan dan menempeleng orang-orang Pas di Kelantan macam zaman Jepun pada tahun 1960-an kalau bukan puak-puak pemuda tahan lasak kalangan pemuda Umno?

    Sikap gedebe, samseng dan merasakan bumi ini hanya untuk Umno sahaja, timbul di jiwa pemuda Umno sejak lama dulu. Sikap samseng sesetengah pemuda Umno hari mewarisi dari sikap tidak tamdun itu. Bagi saya, apa yang berlaku di parlimen itu tidak menghairankan kerana itulah benih-benih pemuda tahan lasak Umno di zaman Senu Abdul Rahman dulu.

    Mangsa-mangsa kejahatan pemuda tahan lasak Umno di Kelantan dan Terengganu setengah masih ada sampai kini. Pemuda Umno boleh membuat penyelidikan dan kajian atas apa yang dilakukan oleh pemuda tahan lasak Umno ini untuk tujuan rekod bagi mengenalkan pemuda Umno dengan rupa diri mereka sendiri.

    Jika pemuda Umno hari ini bermaruah apa yang berlaku di parlimen siang tadi hendaklah dipertanggungjawab oleh Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein dan Naibnya, Khairy Jamaluddin serta seluruh Exconya. Kalau mereka benar pemuda berakal dan profesional mereka harus meminta maaf kepada Karpal Singh jika perlu. Mengepung dan menganggu orang kurang upaya (OKU) seperti Karpal itu sungguh mengaibkan. Aib! Kalau tidak mahu menghormati Karpal sebagai seorang ahli politik yang lancang tetapi hormatilah beliau sebagai OKU.

    Kecaman ke atas Karpal itu juga double standard. Misalnya apa yang disuarakan oleh Mukhriz Mahathir yang mengaitkan tindakan Karpal itu sebagai melanggari peruntukan 36 (4) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan kata-kata kesat semasa berbahas di Dewan, ingin ditanya apakah sebelum ini tidak ada kata-kata kesat demikian?

    Kenapa Mukhriz tidak pula mengecam dan mengeluarkan bantahan yang sama kepada ahli parlimen yang bersikap biadap dan melanggar peraturan dewan?. Inilah double standard kalau ianya dilakukan oleh pembangkang, apa lagi bukan bangsa Melayu semuanya menunjukkan belang merah tetapi kalau di lakukan oleh ahli Parlimen Melayu dibenar dan dibiarkan.

    Sepatutnya perbezaan-perbezaan itu tidak perlu wujud dan berlaku dari kalangan pemuda yang dikira sudah cerdik, profesional dan berfikiran global dan gloka ini?

    Begitu juga tentang kritikan Mukhriz kepada Karpal yang menyelar raja, dan mahukan Karpal memperakui kedaulatan raja-raja. Apakah Mukhriz lupa dalam hal ini bahawa bapaknya juga boleh disifatkan sebagai tidak menghormati isntisui raja-raja dengan apa yang dilakukan pada tahun 1990-an dulu.

    Peristiwa dan senario pindaan perlembagaan bagi mengurangkan imuniti dan kuasa raja menceritakan segala-gala siapa Mahathir dan apakah sikapnya ketika itu lebih baik dari Karpal hari ini. Tembelang dan kemuliaan raja-raja Melayu yang terpelihara selama ini terburai seluas-luasnya angkara Mahathir. Jadi kalau menyebut soal menderhaka kepada raja-raja, juaranya ialah Mahathir.

    Di sini bukan saya tidak setuju dengan tindakan Mahathir berkenaan untuk mengembalikan kuasa rakyat, (dan supaya raja tidak keterlaluan) tetapi cara Muhkriz melupai perkara ini sangat dikesalkan. Jangan kerana kesalahan itu dilakukan oleh keluarga kita didiamkan dan malang lagi cuba melindunginya dengan membesarkan kesalahan orang lain.

    Jika Mukhriz ikhlas dan benar-benar menyanjungi tinggi institusi raja-raja beliau juga harus ikut sama menyebut fasal-fasal yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri ke lima itu.

    Baik Mukhriz atau Khairy serta Khir Toyo yang bakal memimpin pemuda Umno perlu menjaga kewibawaan sayap Umno itu. Sudah sampai mereka mengawal dan menjaga pemuda Umno menjadi sayap yang mempunyai kelas dan mutu yang tinggi. Membentuk pemuda Umno mempunyai saksyiah yang tinggi dan berkeperibadian yang luhur. Perlu diingat perlawanan politik di zaman ini bukan lagi dengan kekuatan fizikal, tetapi keampuhan akal fikiran.

    Juga jangan sesekali cuba mencari kekuatan dengan menggunakan nama raja dan istana sebaliknya berjuang dan berlawanlah dengan kudrat dan kebolehan diri sendiri. Itulah baru dikatakan pemuda yang berani, bijak dan berwawasan dan berdiri atas keyakinan diri sendiri

    BalasPadam
  3. Mungkin keberanian pntar, bijaksana dan tidak samseng pada pandangan Kifli ialah spt suasana yang berlaku selepas sembahyang jumaat di Perak dimana pemuda yang memakai jubahpun boleh baring atas jalan raya Atau rakyat yang berdemonstrasi jalanan dengan memecahkan semua yang ada dihadapan mereka termasuk harta awam dan harta orang lain itu dianggap satu kebijaksanaan oleh Kifli.
    Begitulah kalau kita telah begitu taksub kepada perjuangan yang tidak bersandarkan rasionaliti.
    Perbuatan provokasi biadab dan tidak berlandas budaya ketimoran oleh Karpal Singh dianggap Kifli sangat bermaruah. Itu yang cuba dipertahankan dalam komen beliau diatas ini. Perbuatan Speaker DUN Perak dan Bekas MB Perak yang mempertikaikan Keputusan Sultan dalam perlantikan MB baru juga dianggap bermoral.
    Bukan ini kita sudah terbalik kot. dan Buta dua-dua belah mata sehingga tidak dapat membuat pernilaian yang adil dan saksama?
    Sekalipun kita berada dipihak pembangkang, tapi yang bernama mempermalukan kaum bangsa kita hendaklah kita bersatu sama.

    BalasPadam
  4. Orang semacam si tua ni saja nak cari pasal. Dia selalu menyalahgunakan undang-undang.

    BalasPadam