Halaman

Isnin, Februari 16, 2009

SETELAH 23 TAHUN, AKHIRNYA CALON ANAK TEMPATAN


Barisan Nasional (BN) telah memutuskan bahawa anak tempatan daripada UMNO akan dipilih sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon yang akan dipilih adalah daripada kalangan yang bergerak aktif di peringkat bahagian dan boleh diterima oleh rakyat.

''Nama calon tersebut akan ditentu dan diumumkan apabila sampai masanya. Kita masih mempunyai masa mencukupi untuk membuat tinjauan dengan sebaik-baiknya.

''Justeru, sebarang spekulasi bahawa orang luar akan dipilih sebagai calon BN pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang tidak akan berlaku sama sekali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup BN Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin menyatakan pihaknya mahukan calon tempatan dan tidak akan berkompromi dalam soal tersebut kerana sudah 23 tahun UMNO Bukit Gantang bersabar dengan arahan pucuk pimpinan parti yang meletakkan calon luar termasuk pada pilihan raya umum lepas.

Kesimpulannya UMNO perlu belajar dari kesilapan lalu, calon yang dipilih perlulah calon rakyat bukan calon pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan