KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran Pas-Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menghormati keputusan parti.
Musryidul Am Pas itu berkata, parti telah membuat keputusan pada Muktamar Pas yang dibuat Ogos tahun lalu di Ipoh, Perak.
“Saya rasa cadangan itu lebih berbentuk peribadi. Keputusan telah dibuat pada Muktamar Pas di Ipoh. Kalau nak sebut benda lain yang berlainan dengan keputusan muktamar kena buat mesyuarat luar biasa (EGM).
“Saya tidak suka satu keputusan yang dibuat dalam muktamar tetapi kita sebut benda lain. Itu saya tidak suka.
“Kalau tentu nak buat benda lain selain daripada keputusan muktamar biar tentu. Biar ada perbahasan, biar ada dialog dan masukkan dalam mesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darul-naim, di sini, semalam.
Nik Aziz berkata, keputusan pada muktamar lepas telah dibuat yang mana Pas akan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).
“Kalau nak bertemu dengan UMNO, bertemu dalam perkara lain bukan dengan perkara bentuk kerajaan. Itu keputusan kita.
“Kalau nak buat benda baru tak boleh nak sebut, tak boleh buat dengan cara sambil lalu sambil dan kena ikut keputusan mesyuarat. Kepu-tusan muktamar mesti dijalankan,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, keputusan yang telah diputuskan pada muktamar lepas perlu dijaga.
Nik Aziz berkata, sekiranya ingin membahaskan masalah kerajaan dengan UMNO perlu adakan mesyuarat khusus.
“Jangan buat keputusan lain. Cakap lain, saya tak setuju, saya tetap dengan keputusan muktamar. Barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin.
“Sekiranya ingin membuat keputusan lain satu mesyuarat jawatankuasa pusat perlu diadakan bagi memperhalusi cadangan tersebut,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya kesemua Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi yang tetap berkeras untuk mewujudkan kerajaan perpaduan beliau terpaksa akur.
Katanya, cadangan itu bukan sahaja tidak membawa kebaikan malah bertentangan dengan dasar parti.
Nampaknya isu kerajaan perpaduan mendapat olahan pelbagai pihak. Ada yang pro dan ada yang kontra. Utusan melalui penulisnya juga mempunyai pendirian dalam konteks ini. Namun, tulisan itu lebih dilihat dari perspektif spin master untuk menimbulkan keraguan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.
BalasPadamSebagai antara pihak yang awal melaporkan perkara ini, suka saya tegaskan, apa yang saya faham dari kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah: menjadi pra syarat kepada unity government ini adalah persetujuan semua pihak tanpa perpecahan khasnya dari Pakatan Rakyat sendiri.
"Bagaimana hendak menubuhkan kerajaan perpaduan jika di kalangan Pakatan Rakyat pun berpecah atau tertinggal kerananya," kata Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Shamsuri kepada saya.
Ini bermakna, PAS akan pergi untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam keadaan semua parti dalam Pakatan Rakyat bersatupadu untuk bekerjasama demi kepentingan negara.
PAS akan pergi jika kerajaan perpaduan itu akan membawa bersama PKR dan juga DAP yang menjadi rakannya sekarang. Katalah apa yang hendak dikata kepada PAS, tetapi itulah syarat utamanya. Ini kerana, bagi kebanyakan pemimpin PAS, itulah amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu.
Kerana berpegang kepada amanah itulah juga maka ura-ura muzakarah PAS-Umno selepas keputusan pilihan raya 2008 lalu mendapat tentangan hebat pimpinan dan juga akar umbi Pas sendiri.
Jadi tidak berbangkit akan berlaku kembali perpaduan atas nama kerjasama antara Pas dan Umno untuk kepentingan Melayu. Ini kerana, Pas sudah terlalu banyak pengalaman dengan Umno. Umno hanya akan menghulurkan tangan untuk berpadu apabila dia tersepit sahaja.
"Pedihnya masih terasa," kata Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya di Kota Bharu 16 Mac semalam. Beliau mengulas apa yang dinamakan kerajaan perpaduan ini berdasarkan apa yang beliau faham iaitu Pas bekerjasama dengan Umno sebagaimana Pas menyertai BN dahulu.
Sebab itulah, apabila timbul isu ini, antara penentangan yang diterima adalah 'Apa perlunya Pas bekerjasama dengan Umno kini. Selepas Umno nak mati kita kerjakan, kita nak hantar ambulan pula'.
Turut ditimbulkan adalah, 'Kita sekarang hendak berperang di tiga bukit, parang sedang diasah, takkan kita hendak tumpulkan parang kita dengan kerajaan perpaduan ini. Teori betul tetapi masa sangat tidak sesuai.'
Bagi saya, isu ini mudah sahaja. Ia adalah persoalan masa juga. Masa yang kritikal kini adalah peralihan kuasa dari Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib. Tanyalah kepada siapa sahaja, mereka akan memberikan jawapan negatif kepada Najib. Jadi inilah masanya satu alternatif diberikan kepada Yang Dipertuan Agung untuk melantik PM baru.
Dalam masa yang sama, ramai kalangan pemimpin Umno sendiri melihat perkara ini dari perspektif mereka. Kenapa beberapa hari menjelang perhimpunan agung Umno, jelas sangat usaha besar-besaran dibuat untuk menyekat pemimpin-pemimpin tertentu.
Pemimpin-pemimpin yang menghadapi masalah itu pula dilihat yang rapat dengan Abdullah. Di sana ada Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria. Di sana juga ada Datuk Seri Azalina Othman Said. Selain itu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaludin juga menghadapi masalah. Yang pasti, semua mereka bukan rapat dengan Najib.
Jadi persoalannya, kenapa? Ini perlu dilihat dari perspektif jelas iaitu semacam ada usaha untuk menyekat mereka untuk memudahkan kerja dan laluan Najib nanti.
Nik Aziz sendiri berkata, jika benar BN mahu bekerjasama dengan Pas kenapa melakukan kerja sebagaimana yang berlaku di Perak baru-baru ini?
Ramai melihat, apabila bekerjasama dengan Umno bermakna bekerjasama dengan Umno yang dipimpin oleh bakal presiden Umno iaitu Najib yang terlalu banyak 'extra beggage' itu.
Sebab itu dari awal lagi, saya lihat, Pas tidak akan bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan jika Najib adalah pemimpin atau perdana menterinya. Ini kerana, pemimpin hendaklah orang yang diterima oleh semua pihak.
Sikap para pemimpin Pakatan terhadap Najib, dari awal lagi, telah ditunjukkan iaitu negatif. Presiden dan Mursyidul Am Pas secara terang telah mencadangkan agar Datuk Seri Abdullah kekal sebagai PM. Namun sebagaimana diketahui, agak sukar untuk Abdullah kekal kerana janjinya dan juga titah Yang Dipertuan Agung di Parlimen baru-baru ini.
Datuk Seri Anwar juga secara jelas menolak Najib yang beliau sifatkan sebagai 'menghulurkan ranting zaitun untuk perpaduan tetapi dalam masa yang sama menghunus keris ke arah mereka'.
Lalu datanglah cadangan alternatif iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang sejak akhir-akhir ini nampak sudah mula berfikir di luar kotak pemikiran biasa Umno.
Jadi ini sahaja pilihan yang ada, pada pandangan saya. Usahlah kita terpengaruh dengan spin master Umno ini. Usahlah cuba pecahkan Pakatan Rakyat. Para penyokong Pakatan pula usahlah terpengaruh dengan usaha untuk memecahkan mereka itu .
Kifli,
BalasPadamTidaklah...
Awak saje nak memutar belitkan fakta sebenar.
Yang sebenarnya UMNO dan PAS nak bergabung menjadi satu parti melayu/islam.
Baik untuk orang melayu dalam UMNO dan baik untuk orang melayu dalam PAS. Dan ini tentunya kaedah menang-menang kepada kedua belah pihak. Cuma masalahnya sudah terbongkar rahsia tersebut seblum lagi Pak Hadi Awang memanggi mesyuarat tergempar dikalangan pemimpin parti PAS, termasuk Pak Nik Aziz.
Janganlah kita mengikuti contoh pergeseran antara Aisyah isteri Nabi dengan Ali sepupunya. Pertelingkahan dikalangan penganut islam berpanjangan akibat pergeseran dua tokoh tersebut. Saya rasa Pak Hadi Awang sangat menginsafi akan suasana tersebut.
Kita mengatur agenda politik negara, matlamatnya sudah tentu untuk kebaikan rakyat seluruhnya. Dan Pak Hadi sangat maklum akan perkara tersebut. Bila mana mengenangkan suasana politik negara dewasa ini, dimana orang-orang pandai seperti Kiflipun jadi emosi dan menampakan ketandusan pendirian, maka itulah antara sebab Pak Hadi mengambil langkah murni tersebut.
Okeylah tu. Bila Najib berjumpa Pak Nik Aziz nanti, setujulah dia tu. Perkara baik tentu Nik Aziz setuju. Masa ni PAS nak bagi syarat. Saya rasa dalam syarat tersebut, ISLAM mesti menjadi satu perkara utama dan bukan jawatan, pangkat dan kedudukkan. Itu semua duniakan?
Kifli,
BalasPadamKenapa nak bawa PKR dan DAP sekali?
Tahukah bahawa selama ini kedua parti tersebut membawa sial kepada pejuangan PAS?
MENGADU KEPADA KETUA PENYAMUN
BalasPadamTrend pemikiran anak-anak muda sekarang tak akan memberi sokongan kepada UMNO, walau apapun mahu dilakukan sekarang.
Bagi mereka tiada lagi pemulihan kepada UMNO yang terlalu banyak meletakkan bangsa Melayu terguris hati terutama dalam isu PPMSI dan kekebalan raja-raja. Apalagi membawa kelibat pimpinan yang mengkucar-kacirkan negara, sekalipun di mulut mengakui demi kepentingan bangsa, agama dan tanahair. Aduhai!
Perpecahan UMNO amat ketara sekalipun disembunyikan dengan pelbagai cara. Misalnya, malam tadi (18 Mac 2009) di TV1 calon Naib Presiden UMNO Dato' Seri Rais Yatim secara terbuka menyerang lawannya yang juga pesaing dalam merebut jawatan berkenaan.
Sekalipun Dato' Seri Rais Yatim tak menyebut nama lawannya, tetapi memberitahu beliau tak mahu pemimpin yang mencium keris kemudian meminta maaf. Apabila pengacara menyentuh bukunya sebagai 'gula-gula', beliau bingkas bersuara menafikan dengan menjelaskan ianya sebagai 'selimut bangsa'. (Selimut untuk menahan kesejukan atau selimut untuk dikebumikan?)
Lebih 150 penyokong Dato' Seri Mohd Ali Rustam pula menemui Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelah petangnya berikutan keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang diketuai Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddin.
Ketegasan dalam pimpinan UMNO juga dipersoal, dengan kesalahan yang sama tetapi hukuman berbeza-besza. Maknanya, UMNO menunggu kehancuran sekalipun pimpinannya mahu membersihkan dari segala gejala yang tak sihat. Sukar mahu mempercayai apabila senario dalam 'Ali Baba Bujang Lapok' Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee mahu dilestarikan oleh UMNO.
Tan Sri P. Ramlee secara sinis menerusi 'Ali Baba Bujang Lapok' apabila ketua penyamun (P Ramlee) dijadikan tempat mengadu oleh orang kaya (Kemat Hassan) dan (Shariff Dol). Akhirnya orang kaya Shariff Dol papa kedana di pasar pesara, dengan meminta sedekah. UMNO sedang menuju ke era yang difilemkan oleh Tan Sri P Ramlee menerusi watak orang kaya yang meminta bantuan 'ketua penyamun'.
Dalam masa sekarang UMNO memerlukan Marjina bagi menyelamatkan Ali Baba daripada ketua penyamun. Bagaimanapun dalam pimpinan UMNO sekarang Ali Baba(Rustam) sudah dikorbankan terlebih dahulu di Melaka, justeru Melayu akan terus hidup, sekalipun UMNO mati. Begitulah!
Sebelum ini , setiap kali PAS atau PAKATAN mendedahkan kepada rakyat betapa pemimpin UMNO adalah kaki rasuah , PAS ditempelak . Mereka kata inilah kerja pembangkang ! tidak ada kerja lain ! tuduh orang , tabur fitnah dan sibuk perihal orang lain .
BalasPadam.
Kini Lembaga Disiplin UMNO sendiri mengesahkan pemimpin UMNO terlibat dengan rasuah atau politik wang
Rasuah adalah suatu amalan keji dan dicela dalam Islam . Ia satu amalan yang bercanggah dengan integriti . Malah Rasulullah saw pernah menyebut :
الراشي و المرتشي في النار
Pemberi dan penerima rasuah , tempat selayaknya untuk mereka ialah Neraka .
Sekadar mengesahkan bersalah kerana terlibat dengan rasuah seperti Khairi Jamaludin tetapi masih boleh bertanding ke Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO atau masih boleh memimpin UMNO jerlas menunjukkan UMNO sebenar parti yang tidak sensitif dengan amalan keji ini . Bagaimana pelaku perbuatan yang keji masih diterima untuk memimpin sebuah parti sekali gus memimpin negara ?
Setelah disahkan bersalah , Ali Rustam biarpun tidak dibenarkan bertanding ke Jawatan Timbalan Presiden tetapi masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka . Persoalannya ialah apa beza antara keduanya ? bertanding Timbalan Presiden dengan Ketua Menteri tidak ada bezanya. Beliau masih memimpin dalam keadaan beliau telah disabitkan bersalah sebagai perasuah atau pengamal politik wang .
Ertinya UMNO masih menyimpan pemimpin yang telah disahkan terlibat dengan rasuah . Sungguh memalukan sebagai sebuah parti besar yang menerajui kepimpinan negara . Bagaimanalah negara mahu bebas dari rasuah . Sedang Rasuah samalah kejinya dengan dadah . Kalau dadah disebut najis apa kurangnya rasuah , samalah jijiknya dengan najis .
Tapi UMNO masih bermuka tebal , apabila Datuk Najib isytihar bahawa Ali Rustam hanya tidak dibenarkan bertanding tetapi masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka . Malang rakyat negeri Melaka berketua menterikan Ali Rustam malah lebih memalukan UMNO sendiri atau sememangnya UMNO tiada kemaluan !
Saya cabar UMNO pecat ahli yang terlibat dengan rasuah yang saya percaya ini bukan kes yang pertama melanda UMNO .
...... atau untuk lebih bermaruah , saya cabar Khairy Jamaludin menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kerana beliau telah disabitkan bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri sementara Ali Rustam meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri .
... atau mungkin UMNO dan ahlinya akan terus mempertahankan pemimpin mereka walaupun telah disahkan terbabit dengan najis rasuah ini ? saya harap tidak ! tetapi jika sebaliknya .... ia adalah episode malang bagi negara ini memiliki pemimpin seperti mereka . Hancur negara ...
Saya ulangi cabaran saya agar mereka lebih dilihat bertanggungjawab dan mempertahankan integriti dengan meletakkan jawatan segera . Negara kini mahu bebas dari dadah dan rasuah .
Cara yang terbaik yang Kifli harus lakukan ialah mencari bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan setiap pemimpin dalam UMNO, PAS dan PKR. Mungkin juga DAP, MCA dll lagi. Zaman sekarang ini undang-undang hanya dapat dilaksanakan dengan bukti konkrit. Jika tidak kita hanya menuduh berdasarkan persepsi sahaja. Walaupun ianya satu keperluan untuk memenangi hati rakyat, namun mungkin jika tidak benar ia terangkum dalam istilah dosa. Dan jika ini dipermainkan oleh PAS, sungguh malang sekali sebab PAS itu kata orang berjuang untuk islam. Mana mungkin PAS mencanai fitnah sana dan sini.
BalasPadamSaya juga tidak suka kepada perlakuan rasuah. Oleh itu saya juga tergolong seperti anda. Jika mana-mana pemimpin yang didapati terbukti melakukan rasuah, mesti jangan dilantik atau pilih sebagai pemimpin. Samada dalam UMNO atau mana-mana parti sekalipun. Bukan hanya setakat Ali Rustam sahaja. Malah jika yang bersabit rasuah juga harus diambil tindakan.
Tetapi bukankah UMNO telah menyediakan badan yang bertindak untuk memerangi perlakuan sedemikian? Dan telahpun menjalankan tugasnya dengan lancar.
Memang ada orang yang tak pernah cukup. Kadang sambal dirumahpun tak cukup dimasak isteri. Kerana terlalu lapar, kita beli satu tin sambal udang dikedai melayu ditepi jalan.
Persoalan tak pernah cukup ini kerap disuarakan dengan lantang oleh pihak pembangkang. Mungkin kerana mereka kelaparan sebab tak pernah mengalami menjadi pemerintah negara.
Kif,
Saya cakap terus terasg, dari penglihatan saya sejak 1979 lagi, ramai mel;ayu yang "kelaparan: ini sebenarnya adalah manusia dan pendengki dan pemfitnah sahaja. Sememangnyalah mereka bijak dalam berhujah. Jika tidak taklah dikatakan pemimpin dan barua pembangkang. Memang itu tugasnyapun.
DSAI Selar Cubaan BN Peralat Agensi Persekutuan
BalasPadamKetua Pembangkang DSAI menyelar cubaan Kerajaan Persekutuan BN memperalatkan pegawai awam untuk menjatuhkan Kerajaan PR Negeri Selangor di bawah sebuah program bernilai RM52 juta ringgit yang bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pembangkang.
Beliau, yang juga Ketua Umum Keadilan, berkata program "People Centric' atau Mesra Rakyat itu dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Selangor di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Beliau mengemukakan dokumen minit mesyuarat mengenai program itu yang membabitkan beberapa agensi persekutuan seperti SPR, Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dan polis.
Menurut minit mesyuarat itu, program berkenaan mensasarkan objektifnya sebagai memastikan BN kembali berkuasa di Selangor pada pilihanraya umum ke-13 menerusi beberapa tindakan bagi mendorong rakyat membenci PR dan memastikan BN kembali memegang majoriti 2/3 di Parlimen.
Beliau memberitahu Parlimen "Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan BN sengaja mahu menjatuhkan kredibiliti dan imej kerajaan negeri Selangor. Saya tidak menyokong kakitangan kerajaan yang diheret dalam isu ini...mereka tidak boleh diperalatkan hanya kerana politik lemah pihak atasan mereka."
Beliau mempersoalkan pembabitan badan seperti SPR dalam mesyuarat itu serta penggunaan agensi seperti ICU untuk memenuhi agenda politik BN.
Semasa ditanya oleh Lim Kit Siang (Ipoh Timur) siapa yang memberikan ICU misi menjatuhkan kerajaan negeri PR, beliau berkata, mesyuarat2 ICU selalunya dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri . Ini bermakna kerja Najib.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Amirsham Abdul Aziz yang bertanggung jawab terhadap ICU enggan memberi penjelasan terhadap isu itu walaupun didesak berulang kali oleh wakil2 PR.
Program untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor pertama kali didedahkan pada minggu lalu di sidang DUN Selangor. Adun Kampong Tunku, Lau Weng San ketika itu berkata mesyuarat mengenai program berkenaan telah diadakan pada 26 Febuari lalu di Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.
Fahami idea dan cadangan kerajaan perpaduan
BalasPadamSemalam Buletin utama menyiarkan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang kononnya tidak bersetuju dengan idea dan gagasan Unity Goverment Tuan Guru Abd Hadi Awang. Mengulas isu kerajaan perpaduan ini, Mursyidul Am meminta apa-apa pun keputusan mesti diputuskan dalam mukatamar yang akan datang.
Nik Aziz dilaporkan sebagai berkata “Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga. “Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam,” katanya melalui laporan harakah.
Saya rasa kenyataan Tuan Guru Nik Aziz ini adalah betul dan tidak bercanggah pun dengan idea dan kehendak Tuan Guru Presiden, kerana Tuan Guru Presiden tidak pernah membelakangkan parti.
Pagi ini, saya cuba membelek kembali surat Khabar siasah bilangan 0137 dan 0138 yang menjadi punca tercetusnya idea ini.
Isu ini timbul bermula daripada cadangan Siasah agar semua parti politik mengambil pendekatan politik damai dalam menghadapi krisis politik dan ekonomi yang semakin meruncing.
Siasah telah bertanyakan kepada beberapa orang tokoh pembangkang mengenai cadangan politik damai. Antara tokoh pembangkang yang memberikan pendapat selain daripada Tuan Guru Presiden ialah Tuan Hj Mohamad Sabu, Dr Dzulkifli Ahmad, Datuk Mahfuz Omar dan Shamsul Iskandar.
Cadangan ini ditimbulkan ekoran tindakan BN yang merampas kuasa di Perak dengan membelakangi perlembagaan. Tindakan ini seolah-olah membalas dendam amaran ketua umum PKR sebelum itu bahawa terdapat 40 ADUN BN yang akan melompat kepada Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru di pusat.
Oleh yang demikian perlu wujud persefahaman supaya kerajaan BN dan Pakatan Rakyat tidak menggangu gugat antara satu sama lain sehingga PRU 13. Demikian juga, hak rakyat untuk memilih dan demokrasi akan turut dihormati.
Dikhuatiri politik kotor ini akan berterusan dan kesannya rakyat yang terpaksa tanggung. Sementara itu Pakatan Rakyat juga perlukan ruang yang kondusif untuk membuktikan kebolehan mereka memerintah.
Selain itu kemelut ekonomi yang melanda negara juga akan dapat diatasi secara bersama.
Dalam wawancara bersama siasah, Tuan Guru Presiden sendiri menyatakan bahawa sebarang usaha pembentukan kerajaan perpaduan perlu melibatkan semua parti.
Oleh itu “unity government” memerlukan persetujuan rakan-rakan lain dalam pakatan dan ia tidak bertentangan pun dengan keputusan muktamar yang mahu kita terus bersama pakatan.
Apa yang penting sekali ia masih diperingkat cadangan dan bukannya suatu keputusan. Saya merasakan presiden tidak akan lupa mengenai hal itu. Jika ditolak pun, tidak menjadi masalah kepada presiden.
Lontaran ini juga perlu mendapatkan respon semua parti supaya masing-masing memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti. Selepas itu ia dibawa untuk dibincang diperingkat parti masing-masing.
Dalam wawancara tersebut Presiden turut menegaskan bahawa penyertaan PAS ke dalam BN suatu masa dahulu satu sejarah hitam dan ia tidak akan diulangi.
Apabila ditanya kemungkinan PAS akan ditipu seperti dahulu, presiden menjawab “ Kita diajar oleh Islam, kita tidak boleh disengat sebanyak dua kali dalam satu lubang. Penyertaan kita dalam BN suatu sejarah hitam, yang pahit, yang tidak akan diulangi InsyaAllah. Dan kita menganggap PAS mempunyai tanggungjawab dalam menegakkan Islam yang mempunyai akidah perjuangan kita. Tetapi dalam menangani isu negara yang bersifat majmuk kita dibenarkan bertahalluf dengan semua pihak.
Tahalluf ini bukan sahaja dalam konteks pembangkang ia termasuklah bertahalluf dalam konteks mentadbir sebuah negara yang lebih besar. Tanpa kita masuk BN dan tanpa BN masuk kita, dengan suasana yang lebih terbuka yang memberi ruang untuk memikul tanggungjawab bersama bukan untuk menghabiskan masa berbalah dalam hal-hal yang kecil-kecil”
Ahli PAS perlu memahami dan menghayati kata-kata Presiden dalam wawancara tersebut, “PAS sebuah parti Islam. Kita mesti berbalik kepada prinsip Islam yang tercatat dalam Al-Quran. Islam mendahulukan perundingan, mendahulukan perbincangan, mendahulukan kerjasama sebelum pertembungan. Sekiranya tidak ada jalan, untuk selesaikan masalah melainkan pertembungan maka terpaksa kita hadapi pertembungan itu. Tetapi cara pertembungan cara yang terakhir, bukan cara yang awal. Apa yang berlaku hari ini adalah sikap yang terlalu bermusuh sehingga benda yang perlu kita bincangkan pun tak boleh nak bincang.
Ini merugikan masa kita sendiri dalam melayari perjuangan ini dan perbincangan ini bukan mesti dalam kerajaan bahkan boleh bincang antara kerajaan dan bukan kerajaan. Sebagai contoh isu Palestin dengan cara yang cepat boleh bersidang dan mengeluarkan keputusan sebulat suara. Ini bukan masalah Palestin, ini masalah negara kita, banyak hal lagi yang boleh dibincangkan.
Kalau takut nak buat kerajaan perpaduan boleh buat dialog yang boleh kita bekerjasama dalam titik perpaduan yang boleh selesaikan masalah secara bersama. Tetapi yang sebaik-baiknya kita sama-sama memikul tanggungjawab bersama. Bukan kerana gila pangkat, gila nak kan jawatan, ini adalah amanah yang sangat besar yang kita tak mahu mengambil sikap menebuk bahtera semata-mata kerana nak menyelamatkan diri dan kemudiannya menghancurkan semua”.
Diharap kita semua memahaminya, dan perwakilan boleh membahaskan dengan masak lontaran dan idea tersebut dalam muktamar akan
datang.
“YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH"
Apapasal ye apabila ada ura-ura nak berbaik TGNA asik bangkitkan kes tahun 1959 ye! Orang sekaran taun 2009. Lima puluh tahun yang lalu..zaman Lee Kuan Yew??.
BalasPadamSedangkan sekarang ramai samada dari UMNO, PAS ke Atas Pagar ke amat gembira bila ada dikalangan pemimpin sesema Islam berbaik..bersatu..walaupun berlainan Parti. Berikan komen yang membena dan bukan memusnahkan.lihat parti Orang Cina..mereka sekata jika kepentingan bersama di ganggu..PELIKkan org Islam macam ini.
Nik Aziz tu nak jadi Presiden pon cuma dapat satu (1) undi je..tapi banyak cakap..tak malu ke..? ..
BalasPadamUlarmak ni suka buat Fitnah.. Ada ke HHA yang buat..UMNO yang di fitnahkan buat rancangan..karut betul guru macam ini..adakah dia ingat surga tu dah pasti..dan hj hadi x dapat masuk syurga??/
BalasPadam