PAS melalui Setiausaha Agungnya, Dato' Kamarudin Jaffar menegaskan Speaker Dun Perak, V Sivakumar mempunyai peruntukan kuasa besar berdasarkan kedudukan Dun dalam sistem perundangan negara. Ini bermakna kuasa speaker adalah lebih besar dari kuasa Sultan.
Untuk itu katanya keputusan memanggil sidang Dun Tergempar pada 3 Mac lalu adalah sah dari segi kuasa Speaker yang diperuntukan dalam perlembagaan.
Beliau juga mendakwa, kenyatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang DUN tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan.
Katanya "Di sinilah kuasa yang terdapat pada Speaker Dun atau Dewan Rakyat.Sebenarnya saya telah membaca tulisan peguam kanan di negara ini kesimpulan mereka jelas speaker Dun atau Dewan Rakyat ada kuasa besar dalam tentukan keputusan dan uruskan dewan,"
Sehubungan itu, tiada siapa termasuk TPM atau Setiausaha Dun Perak boleh untuk buat apa-apa kenyatan atau tindakan arahkan polis dan mengarahkan bangunan ditutup, Bagi Kamarudin, perbuatan itu bercanggah dengan perlembagan negara, negeri dan bercanggah dengan iktiraf ketelusan institusi Dun dan speakernya,
"Maka oleh sebab itu tindakan Setiausaha Dun dan TPM adalah menghina kuasa Speaker Dun dalam hal ini,"katanya.
Begitulah 'bengongnya' YB PAS ini, jika S/U Agung PAS pun 'bengong', jadi anak buah dan penyokongnya lagilah 'berbengong-bengong' (istilah baru) ...
Nampaknya dalam isu ini bermakna, pandangan PAS adalah Speaker Perak lebih Mulia dari Sultan Perak walaupun Speaker membelakangkan titah Sultan Perak. Sebab itu kamarudin menyatakan "Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang dun tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan"
Kerana sesiapa menghina Speaker maka telah menghina perlembagaan, tetapi bagaimana kalau Speaker dan pemimpin Pakatan Perosak Rakyat menghina Sultan, tidakkah seperti menghina perlembagaan kerana sultan pun sebahagian dari perlembagaan negara.
Mulianya Speaker dari Sultan, Sultan dan ulama' boleh dihina dan Speaker tak boleh... inilah demokrasi ala PAS..
Lebih malang lagi apabila tiada 'sekor' penyokong PAS pun mempertahankan Sultan Perak. Bahkan menghina dan memperkecilkan sultan Perak.
Patutlah penyokong PAS 'bengong' sehingga hari ini kerana dipimpin oleh mereka yang juga 'bengong'...
Dalam berita berkaitan juga , juga menunjukkan kedangkalan pemimpin Pakatan Pembangkang. Mahkamah Tinggi di sini hari ini meluluskan permohonan injunksi Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya untuk menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengadakan sebarang persidangan DUN
Firoz Hussein ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, mahkamah meluluskan permohonan injunksi itu selepas mendengar hujah-hujahnya yang merujuk kepada Seksyen 44 Akta Relif Spesifik.
Kata beliau, mengikut seksyen itu, satu perintah boleh diberikan terhadap seorang penjawat awam dan dalam kes ini, Speaker DUN Perak iaitu Sivakumar adalah penjawat awam.
''Oleh itu, kami menggunakan undang-undang tersebut dan turut meneliti undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan yang memberi imuniti kepada Speaker dan prosiding DUN.
''Dalam kes membabitkan Speaker DUN Perak, imuniti tidak boleh diguna pakai kerana beliau membuat keputusan di luar sidang DUN," katanya.
Selain itu, kata Firoz, sidang DUN yang diadakan oleh Sivakumar juga tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
''Sultan tidak pernah memberikan perkenan kepada Sivakumar untuk mengadakan sidang DUN sedangkan jika mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, hanya Sultan sahaja yang boleh memanggil DUN bersidang.
''Itulah undang-undang yang termaktub dalam Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ia sangat jelas dan tidak boleh dibantah. Jadi tidak timbul persoalan bahawa Speaker mempunyai kuasa memanggil sidang DUN.
''Ia juga sangat mudah sebagai contoh di England, Speaker hanya boleh memanggil 'House of Command' atau 'House of Law' bila mendapat perkenan Ratu (England)," ujarnya.
Menurut Firoz, perintah injunksi menghalang Sivakumar mengadakan sebarang persidangan DUN itu berkuat kuasa tanpa had masa.
Biar senyap sikit si Speaker ni.....
Memang betullah Parti Melayu hanya satu iaitu UMNO, dulu kini dan selamanya yang akan mempertahan dan memperjuangkan hak bangsanya.
UMNO, MELAYU DAN ISLAM SEHATI SEJIWA.
betul kata saudara, pas memang bengong. nak kuasa punya pasal, pas anggup jadi bengong dan gadai maruah.
BalasPadampas kata ibrahim ali tak dak maruah . depa lagi teruk.
selama ni pas dok nampak salah orang saja. bila rasa diri dah confirm masuk syurga walau pun buat benda-benda tak elok, inilah jadinya.
depa riak dan takbur. walhal nik aziz pernah cakap sultan macam khalifah masa krisis perlembagaan awal 1990an dulu (kalau berpihak pada dia lah).
masa tu pas baru dapat kelantan kerana bersekongkol dengan semangat 46.
la ni, tak tau pula apa dia nak cakap.
mulia apa...orang tak penah dok tempat tinggi..itu la rupanya...mankuk!!!!!
BalasPadamSudahlah Tu PAS. Lebih baik dan mulia kehidupanmu diatas muka bumi ini jika kamu menyemarakkan pengajaran mengaji, bina semula pondok-pondok kamu dan ajar anak-anak kita mengenai kifayah, fardhu ain dan sifat-sifat mulia sabagai makhluk Allah SWt.
BalasPadamBawa kemajuan di Kelantan dan Kedah dengan usaha yang berlipat kali ganda. Kurangkan aktiviti politik yang banyak unsur fitnah dan adu domba ini.
Jadikan diri anda semua terutamanya si Kifli dan "bro" tu menjadi tenaga kuat lahir dan bathin bagi membina bangsa dan umat islam kearah kecemerlangan. Jangan menyibuk nak mengata orang siang dan malam. Dahlah tu.
Asuah anak anda baik-baik untuk menjadi khalifah umat yang cemerlang dimasa depan. Jangan jadi rempit dan penghisap dadah atau spt Elizabeth dan Nasha Aziz yang gemar bertelanjang bulat hatta ketika memasak didapur rumah. Malu kat orang.
Ini tidak..ikut menyibuk spt Karpal dan Anwar memanjang. Apa yang kita dapat? Anak-anak kita hidup tak keruan.
Salam ziarah,
BalasPadam1. Inilah akibatnya kita memilih bukan dari kalangan bangsa kita Melayu dan Islam yang tidak mempunyai sifat adab dan kesopanan apabila berkuasa di Tanah Melayu.
2. Malah kita semua nampak bahawa kuasa itu telah mengaburkan kita akan kewarasan berfikir, tugas pemimpin terhadap rakyat, tugas rakyat mengingatkan pemimpin.
3. Kita sebenarnya tidak akan melihat sebarang perubahan besar melainkan orang-orang tertentu sekiranya berlaku sebarang pertukaran pemerintah. Hasilnya tetap sama. Kita begini juga..
MEMANG BTUL NAZRI, INILAH PADAHNYA MELANTIK SPEAKER DARI BUKAN MELAYU, PENGARAJARAN KEPADA MELAYU SEMUA...
BalasPadamNAH MAIK KO PAS, DUDLU BANGGA SANGAT DENGAN SI KELING, SEKARANG SIKELING NI PIJAK SULTAN, SEKOR PUN PENYOKONG PAS TIADA NAK PERTAHANKAN SULTAN.
inilah masalah puak puak yang tak paham undang2 dan perlembagaan...Ha!!!ni baca elok2
BalasPadamAgus : "Kerajaan Nizar Nak Sidang Atas Pokok Pun Dikira Sah!"
Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.
Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.
Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.
“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.
Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.
Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.
“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.
“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.
“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.
Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.
UMNO telah hilang akal. Pupus jiwa. Tiada nilai kemanusiaan langsung. Zalim muktamad. Ganas
BalasPadamInilah ungkapan yang paling sesuai untuk UMNO selepas menyaksikan peristiwa bersejarah seakan Yahudi. Mentaliti berpatah balik jauh ke belakang, ke zaman tanpa tamaddun. Tak berapa sesuai lagi mengaku Islam. Undang-undang sudah tak wujud. Perlembagaan jadi kertas tandas. UMNO memang haprak. persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di bawah pokok sena hari ini.
UMNO memperkudakan pasukan keselamatan demi kuasa politik haram yang dirompak sebulan lalu. UMNO sekali lagi merogol perlembagaan negara dengan menghina Dewan Undangan Negeri dan ahli-ahlinya. Speaker DUN dihalang daripada menjalankan tugasnya seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Samseng resmi dan samseng tidak resmi pak yed UMNO berkeliaran macam anjing gila sepanjang pagi ini. Samseng resmi yang tak beruniform mengiringi samseng tak resmi melakukan provokasi terlampau. Mujur penyokong kerajaan pilihan rakyat banyak bersabar. Kalau diikutkan hati, memang layak berperang saja hari ini.
Melayu tua yang dah dekat nak masuk kubur pun tumpang sekaki menunjukkan kebodohan diri. Entah apa yang dipertahankannya, sebenarnya dia sendiri pun tak tahu. Mujurlah Melayu yang bodoh macam tu dah tak berapa banyak yang berbaki kat dunia ni.
Pasukan keselamatan bertukar jadi pasukan penjenayah. Dakwaan ini bukan cakap kosong. Ada ribuan foto dan video membuktikannya. Pasukan penjenayah ini hanya buat bodoh saja semasa samseng-samseng UMNO berasak-asak menghalang Dato' Seri Nizar dan ADUN dengan cara merbahaya. Cawangan Jenayah Khas bukan setakat menyusup untuk mencari maklumat atau membuat pengecaman bakal mangsa tetapi turut sama bertindak samseng menghalang dan cuba mencederakan rombongan ADUN. Memang bullshit!
Kalau ibarat di gelanggang, UMNO sah bukan jantan. Mungkin lebih teruk daripada pondan tua. Bacul. Pengecut. Tak berani berdepan beradu kekuatan. Menang hanya kerana pukul curi. Tak ada maruah langsung. Bila dicabar berentap, UMNO angkat geng. Habis semua lembu yang boleh dicucuk hidung, terheret jadi perisai UMNO. Yang sanggup jadi lembu itu pun satu hal. Elok-elok lahir dari perut manusia, tiba-tiba nak jadi lembu. Lembu original di kampung diberi nama kuning, tompok dan bedul. Di bandaraya Ipoh, berberapa ekor lembu di beri nama Abd Rahman, Ahmad Kamal, Zambry, Tajol dan Zulkifli.
Apa pun, alhamdulillah Dewan Undangan Negeri Perak selamat bersidang di bawah sepohon Sena yang rendang, 150 meter dari pintu masuk bangunan SUK. Peristiwa bersejarah di bawah pokok Sena itu bertumpang simbolik dengan kehadiran Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Hj. Mahfuz Omar. Macam cerita Laksamana Do Re Mi pun ada juga. Teringat negeri Pasir Dua Butir dan menteri pertahanan bernama Fasola yang lebih kurang dengan UMNO.
UMNO mungkin sekali lagi diisytihar haram
BalasPadamKuala Lumpur: Pemilihan UMNO bulan ini menanggung risiko diisytiharkan tidak sah, malah seluruh parti itu berkemungkinan menjadi pertubuhan haram jika sekumpulan ahli parti meneruskan hasrat mereka mengambil tindakan mahkamah.
Dua tokoh veteran Umno, Mazlan Harun dan Kadar Ninam Shah mengugut untuk mendapatkan perintah mahkamah menghalang pemilihan itu berikutan kegagalan kepimpinan parti bertindak ke atas lebih 1,000 aduan sogokan wang membabitkan pemimpin dan perwakilan UMNO.
Tindakan mereka boleh membawa kepada apa yang berlaku pada tahun 1988 apabila 11 ahli UMNO memohon kepada mahkamah untuk membatalkan keputusan pemilihan parti kerana disertai oleh perwakilan tidak sah.
Hakim kes itu bagaimanapun mengisytiharkan seluruh parti itu sebagai pertubuhan tidak sah, memaksa UMNO dibubarkan.
Tindakan Datuk Mazlan, anak bekas Menteri Besar Selangor dan Datuk Kadar, anak bekas pengerusi tetap UMNO, Sulaiman Ninam Shah, kini boleh membawa kepada UMNO Baru menerima nasib sama.
Pada sidang media bersama, Mazlan dan Kadar mendesak pucuk pimpinan dan Jawatankuasa Disiplin UMNO menangani segala aduan rasuah dan politik wang secara berkesan sebelum Perhimpunan Agung bermula.
"Kami tidak akan teragak-agak bertindak termasuk kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang atau menangguhkan mesyuarat pemilihan agung jika pihak
yang terbabit masih enggan atau tidak dapat menyelesaikan masalah aduan rasuah yang telah dibuat oleh ahli parti sendiri," kata Mazlan.
Beliau berkata kebanyakan ahli Umno di akar umbi kesal dengan keputusan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi bahawa jawatankuasa disiplin parti tidak perlu lagi menyiasat atau mengambil tindakan terhadap 45 daripada 90 aduan rasuah politik.
Mazlan berkata secara keseluruhan, UMNO telah gagal menangani lebih 1,000 aduan rasuah politik yang "membayangkan pemimpin-pemimpin Umno tiada kekuatan semangat politik untuk membersihkan amalan rasuah yang semakin berleluasa di kalangan ahli serta pemimpin parti itu sendiri."
"Sehubungan itu, adalah perlu bagi kami memilih jalan mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah untuk menangguhkan dulu mesyuarat pemilihan agung Mac ini," jika keadaan ini berterusan, kata Mazlan.
Kadar berkata langkah mendapatkan injuksi mahkamah adalah untuk mempertahankan kewibawaan Umno yang semakin hilang kepercayaan rakyat.
Menurutnya, beliau dan Mazlan telah membuat laporan kepada Badan Pecegah Rasuah, pada 5 Ogos 2008 dan sebulan selepas itu berserta bukti rakaman video serta dokumentasi yang mengaitkan pemimpin tertentu UMNO kepada rasuah politik.
Agensi itu yang kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengambil sebarang tindakan. .
Sebaliknya Perdana Menteri mengumumkan semua kes rasuah Umno ditutup dan tidak perlu membuka kes rasuah pemimpin parti. Langkah itu sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan membabitkan kesungguhan pemimpin tertinggi parti membanteras rasuah di dalam Umno.
Prinsip demokrasi ada dalam Al-Quran? - malaysiakini
BalasPadamSubhanallah,Masya Allah,Allahu Akbar!!
Terpegun saya,menitis air mata. Betapa manusia sememangnya perlukan perancangan untuk hari yang mereka tidak ketahui perjalanannya. Maha suci bagi Mu Ya Allah yang mengaturkan sebaik-baik perancangan. Semalam dan hari ini merupakan 2 hari yang berbeza. Saya tak mahu ulas lebih lanjut. Anda baca,fahami sendiri...
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحاً قَرِيباً
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya;
surah al fath: ayat 18
Tengku Razaleigh: Panggil pilihan raya selesaikan krisis politik Perak
BalasPadamBN perlu kembali kepada rakyat tunjuk keyakinan
Oleh G. MANIMARAN
DUN BAWAH POKOK... Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri, yang dipanggil Speaker N. Sivakumar, dengan dihadiri kesemua ADUN Pakatan Rakyat diadakan di bawah pokok selepas dilarang memasuki bangunan SUK di Ipoh semalam. Ia merupakan detik baru krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu. Krisis baru ini tercetus ketika hampir genap setahun selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan 8 Mac 2008.
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Sambil menyifatkan krisis politik Perak semakin kelam, bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menegaskan, segala tindak-tanduk bercanggah dengan Perlembagaan demi kepentingan politik peribadi perlu dihentikan.
Justeru beliau turut menggesa agar kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membuat pilihan baru mereka bagi menyelesaikan krisis berusia lebih sebulan itu.
Bekas Menteri Kewangan itu menambah, "mereka yang secara acuh tak acuh mengingkari Perlembagaan bagi manfaat politik secara langsung memusnahkan lagi asas-asas negara ini bagi kepentingan politik mereka."
"Ini perlu dihentikan," kata beliau, yang telah beberapa kali mempersoalkan isu itu sebelum ini, dalam tulisan terbaru blognya.
"Situasi politik di Perak menjadi semakin kelam dari sehari ke sehari, dengan ego dan reputasi sudah berakar berumbi dalam kedudukan-kedudukan yang tidak harapan," kata beliau.
"Terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi (ini) buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.
"Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru)," katanya.
Pandangan yang sama diutarakan oleh Majlis Peguam lewat petang semalam.
Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak termasuk beberapa insiden membabitkan soal perundangan dan kehakiman semalam.
"Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).
"Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif - pilihan raya baru.
"Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Ambiga.
Krisis politik tercetus apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasarudin Halim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), komponen Pakatan Rakyat tetapi kembali ke Barisan Nasional (BN) beberapa hari kemudian.
Ia disusuli keputusan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang mengumumkan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Perkembangan itu membawa kepada kedudukan ADUN di Dewan Undangan Negeri Perak yang seimbang - 28 bagi Pakatan Rakyat dan BN manakala wakil Bebas - Behrang, Changkat Jering dan Jelapang - menyatakan sokongan kepada BN.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik ADUN BN, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih mempertahankan beliaulah Menteri Besar yang sah.
Ia membawa kepada beberapa kes difailkan di mahkamah dan tindakan Speaker memanggil sidang tergempar DUN, yang diadakan di bawah pokok selepas ADUN Pakatan Rakyat dilarang memasuki bangunan SUK semalam.
Dalam tulisannya, Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang memberitahu, langkah BN mengambil alih Perak telah mencetuskan rantaian reaksi mengenai soal ketidaksahihan yang menyebabkan kemungkinan Perak berakhir dengan ketiadan sahih.
"Salah satu negeri yang paling maju menjadi sebuah negara yang gagal," katanya.
"Satu pembohongan membawa kepada banyak pembohongan. Setiap tindakan buruk menuju ke arah kemusnahan khususnya pembohongan atau pelanggaran yang berkaitan dengan sesuatu yang paling asas.
"Ini adalah prinsip yang kita ajar kepada kanak-kanak. Ia adalah mudah tetapi kebenaran univeral yang dipertunjukkan di Perak sekarang," katanya.
Nik Aziz Cadang Tiada Pertandingan Dalam PAS
BalasPadamTuan Guru Nik Aziz Nik Mat mencadangkan agar tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi PAS tahun ini. Saya fikir cadangan ini timbul kerana beliau merasakan wujudnya pelbagai aliran pemikiran dalam parti, khusus selepas PRU12.
Terdapat satu pihak yang ingin melihat PAS kekal dalam Pakatan Rakyat manakala satu lagi pihak yang inginkan PAS mengkaji semula kedudukannya dalam gabungan itu. Dalam usaha menguasai parti, kedua-dua kelompok ini diramal akan meletakkan calon bagi bersaing jawatan-jawatan utama.
Atas semangat untuk mengelakkan pertembungan yang boleh melemahkan PAS itulah maka Nik Aziz membuat cadangan tersebut.
Pendapat saya ialah biarkanlah pertandingan tersebut. Ia adalah satu proses memilih pemimpin yang baik dan memberikan suara kepada ahli-ahli PAS untuk memilih pemimpin mereka.
Saya percaya pemimpin-pemimpin PAS yang telah melalui proses pertarbiahan tahu apa yang terbaik untuk ummah dan parti.
Kifli kata demokrasi kata dalam Quran.
BalasPadamTapi nak buat apa si PAS ni sibuk-sbuk buat parti politik, bertanding dalam pilihanraya dan perintah kerajaan.
Parti PAS pun tak da dalam Quran, jadi yang nak samakan PAS dengan Islam apa pasal...
Masya Allah!!!
Inilah umat Islam yang semakin jauh dari ajaran Islam, apatah lagi dengan tok gurunya songsang, sekejap negara islam sekejap tidak, sekejap hudud sekejap tidak, depan orang Melayu lain, Cina lain, inikan munafik namanya.
Nik Aziz tidak mahu panjangkan isu penggunaan perkataan Allah
BalasPadam04/03/2009 11:41am
KOTA BAHARU 4 Mac. — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu memanjangkan isu penggunaan perkataan Allah bagi agama lain kerana khuatir ia boleh mengelirukan rakyat dan umat Islam.
Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana beliau mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan dari sudut lain. “Bagi mengelakkan ia boleh mengelirukan orang ramai, lebih baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar yang mahu menteri besar itu memberi penjelasan lebih lanjut mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama, bagi mengelakkan kekeluruan umat Islam mengenai isu itu.
Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor sebagai menyifatkan tidak salah untuk orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.
Beliau dilaporkan berkata dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman berzaman lagi.
“Saya mempunyai pandangan berbeza dari sudut lain, manakala orang lain berpandangan lain dari sudut mereka faham. Bagi mengelak kekeliruan, baik saya tidak ulas panjang tentang isu itu,” kata Nik Abdul Aziz. — Bernama