Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu (Pakatan Rakyat) untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.
Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.
Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.
Kemaman – UMNO dan Barisan Nasional (BN) takut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana parti itu tahu, PAS akan menang besar sekiranya pilihanraya diadakan semula di negeri itu.
BalasPadamKetua Penerangan PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata, seorang Menteri UMNO/BN memberitahu demikian kepadanya ketika berada di Parlimen hari Khamis lalu (5 Feb). (Gambar - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfudz Omar makan bersama Ketua Penerangan PAS Terengganu Hj. Muhyidin Rashid, sebelum majlis penerangan semalam.)
“Pemimpin UMNO/BN tahu, dia tak mahu buat pilihanraya kerana dia (UMNO) tahu kalau buat pilihanraya kita (PAS) akan menang besar,
“sebab itu dia nak ambil penguasaan itu secara rampasan, kalau dia nak tunggu pilihanraya yang ke 13, pun dia tahu rakyat dah benci dah meluat (akan) tolak dia,”katanya dalam Ceramah Penerangan di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, semalam.
Menurutnya UMNO dan BN sedang menghadapi jalan buntu dalam menyelesaikan krisis politik yang dicipta oleh mereka sendiri.
Katanya, beliau mengingatkan Menteri tersebut, politik sepatutnya tidak mengheret semua pihak dan menganiayai rakyat Perak.
“Politik, politiklah juga, tapi jangan sampai yang teraniya ialah rakyat, tujuan kita berpolitik ialah untuk membawa kesejahteraan kepada negara, negeri dan rakyat, jangan sampai kita berpolitik akhirnya kita menyusahkan semua orang,
“apa yang berlaku di Perak UMNO telah menyusahkan semua orang, UMNO mengheret Tuanku Sultan dalam gelanggang politik, ini tidak baik bagi saya,”ujarnya.
Oleh itu, beliau menyarankan kepada Menteri tersebut yang dipercayai seorang pemimpin UMNO Perak supaya DUN dibubarkan dan berikan semula mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan.
Katanya, Menteri itu menjawab, sekiranya di bubarkan DUN Perak dan dibuat pilihanraya semula PAS akan menang besar.
Dalam pada itu, katanya, seorang Timbalan Menteri berbangsa India berkata PAS akan menang dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang kerana kaum India tidak akan memberikan sokongan kepada UMNO/BN.
“Dia kata, jangan bimbang, Bukit Gantang sure (pasti) you (PAS) menang, pasal orang India tarak, tak mahu kepada UMNO,
“malah dia kata, dia pergi ke Sabah dan Sarawak, jelas mesej yang diberikan oleh rakyat, BN akan tumbang sekiranya pilihanraya diadakan,”kata Mahfudz.
Katanya, Timbalan Menteri itu turut memberikan semangat agar PAS terus berjuang dan berkata PAS adalah parti masa depan untuk negara Malaysia.
Turut hadir dan menyampaikan ceramah dalam program penerangan semalam adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Hj Muhyidin Abd Rashid dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Hj. Hanafiah Ramly@Mat
Pakatan Rakyat pengecut - takut mengadakan sidang dewan secara terbuka sebab itu cuba menghalang Dr zambry dan EXCOnya dari menghadiri mesyuarat dewan serta menipu SPR mengenai surat perletakan jawatan ADUN bebas.
BalasPadamJadi siapa pengecut, jika berani adakan sidang ddewan secara adil dan dihadiri dengan semua ADUN,
Kita melihat si bacul pakatan rakyat ini melalui si Speaker haram jadah... yang menghantar peletakan jawatan adun secara tipu, menghalang dr zamry dan exconya, cuba mendapatkan perintah mahkamah, engkar titah sultan
sebab itu Raja Muda Nazrin menyebut tentang tindakan Radikal Pakatan Rakyat yang mahu memusnahkan institusi Melayu...
Kita bercerita soal PEMUSNAH BANGSA. Sabagaimana Raja Nazrin bertitah bahawa kini sudah ada usaha licik pihak tertentu untuk menghakis elemen yang menjadi tulang belakang kekuatan bangsa melayu. Agama islam, Institusi Raja-Raja, Bahasa Melayu, Budaya melayu, Hak istimewa melayu. Semua elemen ini tengah dipertikaikan dari masa kesemasa. Memang sah ketika melayu bergelut sesama sendiri, yang menyebabkan melayu itu menjadi lemah, ketika itulah usaha menghakis lagi kekuatan atau elemen kekuatan melayu itu diperhebatkan oleh pihak tertentu. Tentunya Kifli faham siapa yang dimaksudkan. Oleh itu janganlah kita menjadi individu atau sekumpulan orang melayu yang membantu menghapuskan melayu sendiri. Siapa agaknya yang memberi peransang kepada Nizar untuk memohon derhaka kepada sultan, jika bukan rakan seperjuangan beliau yang berada dikanan kiri beliau siang dan malam? Suara kasar dan keras Karpal Singh yang nak menyaman Sultan Perak berkumandang menunjukkan kebenciannya kepada bangsa melayu terjelma melalui suara bengis itu. Permohonan menggunakan nama Allah oleh Padweri Kristian, Buat tak faham mengenai Kontrak Sosial dari berbagai kalangan bukan bumiputera, Mengatakan melayu juga golongan pendatang spt merekadan berbagai-bagai lagi tusukan sembilu yang digembeling untuk melakukan penghakisan elemen utama yang menguatkan penyatuan bangsa kita. Tak fahamkah????
BalasPadamUMNO - Bapak segala PENDERHAKA
BalasPadamUMNO - Bapak segala PENDERHAKA
" Petikan ini saya petik daripada tulisan Ustaz Idris Hj Ahmad dalam Harakah Bil. 1420. Saya paparkan di sini untuk tatapan kepada pembaca yang mungkin ‘terlepas’ untuk membacanya. Walaupun begitu sedikit tambahan telah dibuat di penghujungnya.
1. Pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik sultan atas isu harta.
2. Pada tahun 1964 Tan Sri Ghazali Jawi(bapa Dato’ Sri Tajul Rosli) yang tidak mahu letak jawatan menteri besar Perak walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang jawatan itu dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya, dia tidak mahu lepaskan jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu mencukur jambang selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Tajul Rusli kata UMNO tidak pernah derhaka, tidak pernah ucap macam Nizar. (UM 21.2.09) Tindakan bapanya pada Sultan Perak apa pulak maknanya?
3. Pada tahun 1979, kes Dato’ Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan secara terbuka.
4. 1983, UMNO hendak meminda supaya kuasa YDA mengenai pengisytiharan darurat dikurangkan maka UMNO membelasah Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.
5. Pada tahun 1991 – dalam persidangan agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.
6. Dalam persidangan agung UMNO juga perwakilan UMNO meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh UM di muka surat depan. Apaka ini bukan derhaka?
7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO Kelantan. Kenapa polis tidak menembak gas pemedih mata? Apakah ini bukan derhaka namanya?
8. Pada 18 Jun 1993 pindaan perlembagaan persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah telah dikemukakan. Apabila Raja-raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.
9. Beberapa siri rapat umum haram UMNO di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Dr. Mahathir dan mengecam Raja-raja Melayu.
10. Sebab itu Ku Li denagn sinis berkata, “mana satu kah yang lebih merbahaya pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6.2.09?”. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh menyaman Sultan Perak tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang mana pemimpin UMNO sendiri yang memberikan laluan pada tahun 1993.(Star Online 17.2.09). Tiba-tiba sekarang orang UMNO pulak menjerit marah pada Karpal. Sepatutnya orang UMNO kena marah dan sumpah seranah pada pemimpin mereka kerana disebabkan pemimpin mereka lah maka martabat raja Melayu sebegitu rupa sehingga boleh dibawa ke mahkamah. UMNO ni memang BENGONG!!!
11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputra untuk menggantikan Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Dato’ Annuar Musa. Ini lagi memalukan. Apaka ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?
12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas Menteri Besar Perlis bahawa Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dan mempunyai bukti mengenainya (BH 11 Jun 1993).
13. Mohamad Taib (Mat Tyson) kata Nizar derhaka. Apakah dia telah lupa yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor dan adinda Sultan Selangor sekarang) kemudian kahwin lari di Thailand? Masa tu dia masih jadi MB Selangor. Ini kah perangai seorang MB dan kemudian bercakap tentang soal derhaka? Cakap berdegar-degar, jubor penuh taik!!!
14. 23 Adun Terengganu ugut untuk boikot angkat sumpah Ahmad Said selepas PR 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB. Manakala penyokong UMNO pula mengangkat kain rentang memaki Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong sebagai ‘binatang’ (NATANG). Apakah polis sudah buta sehingga tidak tahu siapa yang pegang kain rentang itu? Kenapa tidak tangkap mereka kerana menghina sultan? Kenapa polis boleh pulak tangkap mereka yang berdemo di hadapan istana Kuala Kangsar pasa 2.2.2009?
15. Shahidan Kasim pulak boikot perlantikan Isa Sabu sebagai MB Perlis. Tidak derhaka kah dia kepada Raja Perlis?
Kesimpulannya:
1. Orang UMNO memang tidak layak untuk bercakap soal derhaka kerana UMNO lah bapak kepada segala penderhaka.
2. Orang UMNO tidak layak bercakap soal banteras rasuah kerana tidak ada pemimpin UMNO yang bersih dari rasuah.
3. Orang UMNO tidak layak bercakap soal kebajikan pada rakyat kerana mereka lah yang paling banyak ‘menghisap’ darah rakyat.
4. Orang UMNO tidak layak bercakap soal bantuan kepada rakayat kerana mereka lah yang paling kuat ‘mentekedarah’ duit rakyat. Duit orang miskin pun dibahamnya!
5. Orang UMNO tidak layak bercakap soal nak jaga keselamatan rakyat kerana anak raja pun dibawanya lari. Orang biasa dibunuhnya. Orang asing dibomnya pulak.
Jadi, di mana selayaknya UMNO……… di dunia ini dihumban ke dalam penjara dan di akhirat nanti sudah tentunya ke NERAKA JAHANAM!!!!!!!
HIKAYAT PAK KADOK DAN SULTAN PERAK DARUL GAMUDA
BalasPadamCerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun
Bermula Kisah
--------------------------------------------------------------------------------
Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.
Si Kaduk
--------------------------------------------------------------------------------
Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya
Ayam
--------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam
Pertarungan Ayam
--------------------------------------------------------------------------------
Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:
Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
Rumah Hjh Hasmah, Kg Tua
Kekalahan
--------------------------------------------------------------------------------
Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.
Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.
Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.
Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan
Sumpah
--------------------------------------------------------------------------------
Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:
"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya..."
Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air
Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan
Tebus
--------------------------------------------------------------------------------
Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.
Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa
Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.
Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah
--------------------------------------------------------------------------------
Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.
Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam.
UMNO - memang tidak dinafikan melakukan kesilapan dan kesalahan disana sini semenjak ianya digelar pemerintah negara parti-parti lain dalan Perikatan dan kini Barisan nasional 50 lebih tahun yang lalu.
BalasPadamTatpi UMNO juga tidak dapat dinafikan akan jasa dan perjuangan yang telah dilakukannya semenjak tarikh 1946 lagi. Orang-orang islam yang dulunya lebih 70% miskin kini telah banyak berubah.
Orang melayu yang dulunya rata-rata buta huruf, kini telah ramai menjadi cendiakawan. Dan dalam hal membawa pembangunan kepada orang islam, ternyata UMNOlah parti yang sangat berjasa dalam negara ini. Sehingga kini apabila kita bercakap soal mempertahankan mertabat dan kesinambungan perjuangan islam diMalaysia ini, UMNOlah parti yang berada dibarisan hadapan.
Apa sebenarnya yang PAS telah buat dari segi kerja-kerja yang berkualiti dan berkuantiti?
PAS agaknya berpandangan untuk tidak melakukan banyak kesilapan, jangan buat apa-apa. Sedangkan tak buat apa-apa itu juga merupakan satu kesilapan yang maha besar.
Kalau mereka buat sesuatupun, hanya sekadar mengkritik dan mengadu dombakan sesama pejuang melayu.
Bungaraya, dok layan si bodoh ni awatnya? memangnya mereka ni taksub. jangan dilayanlah mereka ni.
BalasPadamHoi Kifli dah lebih 50 tahun merdeka ada lagi melayu bangsat macam hang ni....tolong la bukak mata n telinga..kau nak gadai future anak anak hang pada cina n keling ke? simple as that pun tak paham ke? kalau nak taksub sangat pun pakai la otak..jangan cakap ikut pakai lutut...
BalasPadamAha, pakai otak? Alahai, ini orang, susahlah encik. Dia saja yang betoi.
BalasPadam