Muda Mohd Noor | Apr 1, 09 3:57pm |
kemaskini 5.56pm Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah luar dugaan apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini. Mantan perdana menteri dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering. Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya. "Ia (masa) akan diketahui dalam sedikit masa lagi," kata Jamail Idris. Dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Ismail berdepan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Kehadiran Dr Mahathir, yang ingin berhasrat kembali kepada Umno setelah meninggalkan parti itu Mei tahun lalu, nanti kali pertama dalam pilihanraya kecil selepas membantu anaknya Datuk Mukhriz di Jerlun dalam pilihanraya umum lalu. Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno. "Mereka (ahli Umno) yang sebelum ini tidak mengundi parti itu, akan mengundi BN semula. "Sudah tentu kehadiran Dr Mahathir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN," katanya. |
Halaman
▼
Selamat Datang Che Det ke Bukit Gantang.....jangan tak mai
BalasPadamUji minda anda: Maksud ayat dibawah biasa dibaca semasa duduk antara dua sujud.Apakah perkataan yang sesuai untuk ruangan kosong dibawah?
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,perbetulkanlah aku, angkatkanlah darjat ku, kurniakan aku rezeki,______________, sihatkan akudan maafkan aku
ya, dia memang hebat encik.
BalasPadam