Halaman

Rabu, April 15, 2009

Muhyiddin : 'Kenyataan saya tepat'

Semalam banyak laporan akhbar Cina memetik ulasan pemimpin-pemimpin Cina mengenai rasa tidak puas hati terhadap kenyataan TS Muhyiddin yang mengulas mengenai kekalahan BN di Bukit Gantang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dimaklumkan oleh Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat bahawa kenyataannya mengenai kemerosotan undi BN daripada kaum Cina pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini adalah tepat dan tidak mengelirukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataannya itu bagaimanapun mungkin sengaja diputarbelitkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina.

Tegasnya, perbuatan itu adalah serius yang sekali gus menyebabkan imejnya dipandang buruk oleh masyarakat Cina.

''Saya bercakap dengan Tee Keat dan dia menyatakan tiada sebarang kesalahan dengan kenyataan itu.

''Saya telah nyatakan dengan jelas dan tepat tapi jika ada pihak yang memutarbelitkan, ia perbuatan serius," katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas Menteri Pelajaran di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi beberapa pemimpin MCA, Gerakan serta DAP yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya dalam ruangan Wawancara di Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Mereka mendakwa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang bermaksud kaum Cina di negara ini tidak menghargai segala sumbangan Barisan Nasional (BN) dengan mengundi parti pembangkang pada pilihan raya kecil baru-baru ini.

Menurut Muhyiddin, mereka sepatutnya melihat kenyataan berkenaan dalam konteks keseluruhan dan bukan sekadar memetik daripada beberapa ayat.

Jelasnya, dalam kenyataan itu, beliau hanya menganalisis keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan ia tidak mencerminkan sokongan pengundi Cina di seluruh negara.

Beliau menambah, analisis sedemikian dibuat oleh BN pada setiap pilihan raya dan kadang-kala hasil yang diperoleh terpaksa dinyatakan secara terbuka walaupun ia agak sensitif.

''Dalam analisis itu, ternyata sokongan pengundi Cina di Bukit Gantang merosot berbanding pilihan raya umum 2008.

''Itu sebab saya kata seolah-olah sumbangan BN tidak dihargai mereka dan kita perlu tahu kenapa pemikiran kaum Cina sebegitu," katanya.

Memang betul dan tepat ulasan TS Muhyidin, analisis beliau adaleh mengenai PRK Bukit Gantang bukan di tempat lain.... Kaum Cina kini lebih bersifat perkauman dan tidak boleh tersentuh pun mengenai mereka...

Wawancara saya diputarbelit, kata Muhyiddin
Jimadie Shah Othman | Apr 14, 09 3:22pm
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ada kemungkinan akhbar-akhbar berbahasa Cina telah memutarbelitkan wawancaranya dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Sepatutnya, tegas beliau, mereka perlu membaca kandungan wawancaranya itu secara keseluruhan untuk memahami kontaks.

education minister handing over 140409 muhyiddin yassin and hishammuddin hussein"Jangan ambil satu bahagian begitu sahaja. Malangnya, ada orang yang tidak faham bahasa saya dan sengaja memutarbelitkannya untuk menaikkan kemarahan orang Cina," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, beliau telah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai perkara itu.

"(Datuk Seri) Ong kata tidak ada apa-apa masalah berhubung kenyataan (wawancara) itu.

"Mungkin surat khabar Cina yang melaporkannya secara putarbelit. Tapi saya tidak tahu, saya tidak baca surat khabar Cina.

"Cuma ada orang beritahu saya (mengenai laporan tersebut)," katanya selepas majlis penyerahan tugas menteri pelajaran di Putrajaya pagi tadi.

Wawancara Muhyiddin itu - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin - Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin - Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. 

Semalam, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat dilaporkan berkatla pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN.

Mengulas lanjut mengenainya, Muhyiddin berkata: "Kalau tak faham bahasa, kita boleh hantar (mereka) ke sekolah untuk membahasa bahasa (Melayu).

"Bahasa saya jelas, bila ada orang mula putarlbelit, ia akan menjadi perkara negatif terhadap saya," katanya sambil menegaskan bahawa mereka perlu membaca kandungan wawancaranya itu secara keseluruhan untuk memahami kontaks.

Muhyiddin juga berkata, analisisnya dalam wawancara tersebut hanya dibuat dalam kontaks pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan mungkin DUN Bukit Selambau.

"Tapi tempat-temnpat lain berbeza...," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan