Halaman

Jumaat, April 03, 2009

THE NEW PRIME MINISTER

Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar, hari ini Dato' Seri Najib sah menjadi Perdana Menteri ke-6. Tahniah dan syabas kepada DS Najib dan terima kasih kepada Pak Lah khasnya kerana menjadikan peralihan kuasa ini sebagai tradisi BN dan seluruh rakyat Malaysia umumnya kerana sentiasa mendoakan kemananan dan kesejahteraan negara ini.

Terima kasih juga kepada DS Najib kerana bersabar dan tidak terburu-buru ketika negara dilanda krisis kepercayaan dahulu. Tidak seperti Anwar Ibrahim!

Terima kasih juga kepada Tun Mahathir kerana menunaikan janji dan kembali semula bersama UMNO.

Namun apa yang penting kini semua rakyat Malaysia mesti kembali bersatu padu, UMNO dan BN pula mesti bekerja keras dan mendengar rintihan rakyat supaya BN dan UMNO dapat dikembalikan kepercayaan rakyat.

Di Bukit Gantang angin perpaduan dalaman UMNO dan komponen telah dirasai, angin perubahan sokongan rakyat juga semakin baik. Terkini di program BN dihadiri lebih 6 ribu orang yang terdiri dari kaum Cina walaupun dalam keadaan hujan lebat yang menunjukkan sokongan mereka semakin baik kepada BN.

Moga angin perubahan dan perpaduan ini terus bertiup dan menjadikan BN semakin kukuh, dihormati dan diseganai kawan mahupun lawan!

Hidup BN, Hidup UMNO, Hidup Bangsa Malaysia bersatu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan