Halaman
▼
Isnin, April 06, 2009
Undilah calon tidak menderhaka!
Undilah calon yang tidak menderhaka! Calon macam inikah kita hendak pilih sebagai pemimpin!
Tun Mahathir menggesa pengundi menyokong calon BN Ismail Saffian - yang kemudian tampil berdiri di sebelahnya dan tangannya dijulang oleh tokoh Umno itu - Dr Mahathir turut membidas calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya "patik mohon derhaka" kepada Sultan Perak.
Dengan mengakui kesilapan BN meletakkan "calon luar", Datuk Azmi Zabidi yang juga bendahari Umno, pada pilihanraya umum lalu, Dr Mahathir berkata: "bukan tidak ada bakat di sini, ada."
"Saya tidak mahu mengata sangat kepada parti lawan, ... tidak payahlah, semua sudah tahu, siapa dia parti lawan, semua sudah tahu, ... ada yang derhaka pun ada," katanya, disambut jeritan para penyokongnya.
"(Mengajuk kata-kata Mohammad Nizar:) 'saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," katanya di depan kira 2,000 orang.
"Mujurlah dia tidak ada tombak nak sula. Inikah orang nak jadi pemimpin kita?
"Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar."
Nak pilih pemimpin yang derhaka?..... Kalau berani derhaka pada Sultan, itu tak tahu lagi kalau PAS ada derhaka pada tuhan!...
MMMMM.... membenarkan orang kafir yang menolak negara Islam menghina Al-quran.... macamana?
BN menang, Dato Mukhriz jadi menteri Pelajaran..Ba..ba..ta..ta budak rasuah KJ.Dato Hishammudin jadi Menteri Kewangan Ke II...
BalasPadamBye..bye...bye...UMNO
Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menyertai semula Umno dan beliau dijadualkan membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Sungai Petani, Kedah.
BalasPadamMungkin sekarang Mahathir telah nyanyok dan lupa, maka Pakatan Rakyat ingin ingatkan kata-kata beliau sendiri semasa musim prk Kuala Terengganu.
“Ahli UMNO akan bertanggungjawab terhadap kehancuran UMNO dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia”. - Inilah kata-kata Mahathir merujuk kepada jika calon umno menang dalam pilihanraya kecil itu.
Rakyat perlu diingatkan kembali kepada luahan hati Tun Dr. Mahathir pada 19hb Mei 2008 apabila beliau mengumumkan keluar daripada UMNO. Antara lain bekas presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri berkata:
“Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukanlagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia.UMNO yang ada sekarang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.
Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.
Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.
Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup. Yang didengar hanyalah media arus perdana.
Oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.”
Keadatangan Mahathir dan berkempen di Bukit Gantang menambahkan kebencian pengundi Melayu kepada UMNO. Luka lama di tahun 1998 berdarah kembali. Kecamannya kepada Anwar dan Menteri Besar Perak DS Nizar, membuka pekong di dadanya sendiri. Apatah lagi ianya disiarkan secara lansung dalam TV1 jam 11 pagi tadi.
BalasPadamDalam pilihanraya taun 1999, orang Melayu telah menolak UMNO. Dikala itu Mahathir adalah PM Malaysia. Tuduhannya kepada Anwar sebagai berdolak dalik, sebagai peliwat mengingatkan kita kepada kata-katanya yang berdolak dalik. Tektik dalam pemerintahan regim UMNO-BN yang pernah diterajuinya, mula dikeluarkannya dalam pilihanraya Bukit Gantang. Melayu takkan lupa terhadap apa yang pernah diucapkannya dan apa yang pernah dilakukkannya. Mahathir tidak pernah mengenang budi terhadap orang yang pernah membantunya.
Dato’ Harun yang pernah membawanya kembali kepangkuan UMNO, Dr. Ghaffar Baba, Dato’ Hussein Onn, Tengku Razali, Tun Pak Lah dan ramai lagi pemimpin-pemimpin UMNO yang bersama beliau, menjadi kecaman dalam permaianan politik kotor Mahathir.
Umno merasakan telah mendapat senjata baru dalam PRK sekarang ini. Tetapi perkiraan mereka sangatlah meleset kerana kemarahan rakyat terhadap penyelewengan UMNO, tambah bersemarak dengan kehadiran Mahathir. Mereka sebenarnya lupa bahawa Mahathir yang digunakan sebagai senjata kali ini adalah penyokong yang membawa rebah… Syabasy Mahatir kerana almarhum Ust. Fadil Mohd Nor pernah mendoakan agar Mahathir panjang umur agar dapat melihat sendiri akibat daripada perbuatannya selama memerintah Malaysia dan balasan-balasan Allah yang menimpa beliau.
Bukit Gantang hari ini menerima tetamu seorang hipokrit darjah tertinggi - the return of mahazalim - yang tiba-tiba melakukan serangannya kepada calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
BalasPadamMalah sebelum ini beliau menyatakan, kesilapan-kesilapan, strateji buruk dan kecuaian yang berlaku pada 5 Feb lalu di dalam rampasan kuasa tersebut, yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengakibatkan krisis politik berlaku di Perak.
"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegasnya di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.
"Umno-BN terlalu cuai dan dan tidak menunggu persidangan dewan tetapi sebaliknya meminta Sultan melucutkan jawatan menteri besar," tambahnya, merujuk kepada keputusan Sultan Azlan Shah menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatannya.
"Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada peruntukan sedemikian di Perak atau Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Dengan pusingan 360 darjah, pagi ini beliau mengikut rentak korus pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang lain menuduh Nizar sebagai penderhaka dengan beliau lupa bahawa beliaulah sebenarnya bapa kepada penderhaka raja-raja kerana peranan besar beliau dalam menghakis kuasa serta martabat raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.
Ini termasuk membuat pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Yang DiPertuan Agong pada 1983, menubuhkan Mahkamah Khas untuk mendakwa raja-raja termasuk YDP Agong dan menghina institusi raja melalui media kawalan Umno dan BN.
Naib Presiden PKR, Azmin Hj Ali berkata,
"Saya ingin meminta kepada rakyat Bukit Gantang supaya bertanyakan hal-hal ini kepada Dr Mahathir
"Saya mahu tengok adakah dia berani menjawab pertanyaan daripada rakyat Bukit Gantang dan rakyat akhirnya akan tahu bahawa dia lah Bapa Penderhaka Raja-Raja Melayu sebenarnya bukannya Pakatan Rakyat yang difitnah selama ini," tegas Azmin lagi.
Ahli Parlimen Gombak itu juga mendedahkan sikap hipokrit Umno bahawa parti itulah yang memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya parti itulah yang membinasakan agama.
Ini dibuktikan oleh pembelian 20 peratus kepentingan dalam syarikat arak Filipina, San Miguel oleh anak Dr Mahathir, Mirzan.
Antara isu lain yang disentuh Azmin termasuklah isu pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu dan penjelasan mengenai pemberian tanah kepada rakyat miskin Melayu, Cina dan Orang Asli semasa tempoh sepuluh bulan pemerintahan Pakatan Rakyat.
Azmin juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan pengundi P059 Bukit Gantang supaya keluar awal untuk mengundi kerana cuaca hujan pada sebelah petang.
"Saya juga memberi amaran keras kepada hantu-hantu yang berniat untuk datang ke Bukit Gantang membuang undi. Kita sudah bersedia untuk menangkap hantu-hantu ini kerana saya ada sedikit pengalaman menangkap mereka semasa di Lunas dulu," tegas beliau.
OLEH : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
BalasPadamSejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak.
Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan
PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti yang PR kemukakan adalah bukti-bukti yang boleh diperolehi secara mudah dari rekod-rekod awam ( public record ) dan rekod rasmi. Apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhaka Umno menuduh Dato’ Seri Nizar yang tidak derhaka sebagai penderhaka.
Dato’ Seri Nizar telah memfailkan saman ( semakan kehakiman ) ke atas Dato Dr Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah bahawa Dato Seri Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Memandangkan beliau masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah maka Dato Zambri tidak berhak memegang jawatan tersebut.
Semasa pendengaran saman tersebut pada 2/4/2009 ( khamis) yang lalu, pihak Peguam Negara telah bermatian-matian membantah saman Dato’ Seri Nizar tersebut di atas alasan Dato Seri Nizar sebenarnya mencabar keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak dan keputusan Sultan, menurut Peguam Negara , tidak boleh dipertikaikan atau disemak oleh Mahkamah.
Pasukan Peguam Nizar berhujah bahawa Dato Seri Nizar tidak pernah berniat jauh sekali mencabar keputusan Y.M Sultan Perak . Peguam Dato’ Seri Nizar juga bersetuju bahawa kuasa Sultan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Namun bagi mereka yang mahir dalam undang-undang pentadbiran ( administrative law ) , mereka tentu arif bahawa undang-undang membenarkan Mahkamah bertanyakan kepada mana-mana penjawat awam seperti Dato Zambry atas kuasa apakah beliau layak memegang jawatan tersebut di bawah Undang-Undang Tubuh Negeri Perak di dalam keadaan Nizar mendakwa beliau masih lagi Menteri Besar yang sah.
Pada 3/4/2009 ( Jumaat ) iaitu pada jam 3.50 petang ,Y.A Hakim Dato Abdul Aziz Abdul Rahim menolak bantahan Peguam Negara dan memutuskan permohonan Dato Seri Nizar bukan permohonan yang remeh ( not frivolous ) sebaliknya permohonan tersebut mempunyai merit dan asas yang kuat. Mahkamah menolak hujah Peguam Negara bahawa Dato Seri Nizar mencabar keputusan Sultan kerana berdasarkan saman yang Dato’ Seri Nizar failkan di Mahkamah adalah jelas Dato Seri Nizar tidak menyaman Sultan atau mempertikaikan keputusan Sultan.
Keputusan Mahkamah tersebut secara jelas dan terang menunjukkan bahawa sejak dari awal Nizar tidak pernah mempertikaikan keputusan Sultan . Keputusan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan tidak berasas Umno bahawa Nizar adalah pernderhaka.
Keputusan Mahkamah membuktikan secara jelas bahawa isu derhaka yang Umno mainkan selama ini adalah satu politik jahat , politik murahan dan politik putar belit Umno Beginilah politik Umno dulu, kini dan tak tahu sampai bila.