Halaman

Jumaat, Mei 29, 2009

Detik bersejarah - laporan audit oleh firma asing diumumkan kepada awam

Syabas Najib, inilah mungkin antara nilai 1Malaysia yang cuba diterangkan oleh Najib. Nilai Perkhidmatan beteraskan rakyat.

Walaupun dikenakan syarat-syarat tersebut, Lee masih menyifatkan pengumuman laporan tersebut sebagai satu detik yang bersejarah.

Pengerusinya Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk Lee Wah Beng berkata "Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana laporan audit oleh firma asing diumumkan kepada awam secara keseluruhannya,"

Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pengerusinya, Datuk Lee Wah Beng berkata, beliau sendiri akan membuat laporan kepada SPRM jam 8 pagi esok.

Ditanya apakah antara perkara yang bakal dilaporkan, beliau meminta media membacanya sendiri kerana laporan itu tebal.

Menurutnya, orang ramai boleh mengakses laporan PKFZ itu di lamanweb pka-report.com selama dua minggu.

Lee berkata, ianya boleh diakses selama dua minggu sahaja kerana ia membabitkan sewaan server dari luar dan melibattkan kos yang tinggi.

Bagaimanapun, laporan tersebut diedarkan kepada media tanpa sebarang lampiran.

Mengulas lanjut, Lee berkata, perkara itu memang diarahkan oleh Menteri Pengangkuta sendiri, Datuk Seri Ong Tee Keat, seperti yang ditulis dalam blognya (www.ongteekeat.net)

Beliau berkata, ini adalah pertama kali di Malaysia laporan audit luar didedahkan kepada umum.

PKFZ merupakan zon bebas komersial dan perindustrian bersepadu seluas 1,000 ekar yang menawarkan kemudahan untuk pengedaran kargo antarabangsa dan sebagai pusat penyatuan setempat. Ia terletak bersebelahan Pelabuhan Barat di Pulau Indah, dan boleh diakses melalui Lebuhraya Kesas.

Semalam, Ong berkata beliau telah mendapatkan lampu hijau Kabinet untuk mendedahkan keseluruhan laporan tersebut.

Laporan audit tersebut disediakan oleh Pricewaterhouse Coopers (PwC) yang dilantik oleh PKA untuk mengkaji kedudukan PKFZ, termasuk aspek kos perbelanjaannya.

Pengarah Urusan PwC, Chin Kwai Fatt turut hadir di sidang akhbar tersebut dan rakan kongsi PwC Lim San Pin, untuk mengesahkan bahawa laporan tulen dan diumumkan sepenuhnya.

Bagaimanapun Lee berkata, pada kebiasaannya PwC tidak memberi kebenaran laporan mereka diumumkan kepada awam dan oleh itu, firma audit tersebut mengeluarkan laporan tersebut dengan tiga syarat.

1- Pembaca tidak dibenarkan mengguna atau bergantung kepada laporan tersebut untuk membuat sebarang kesimpulan;

2- PwC menyediakan laporan itu untuk PKA. Tugas mereka adalah untuk PKA sahaja dan PwC tidak tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak yang lain.

3- PwC tidak wajib menjawab soalan soalan mengenai (laporan tersebut).

Walaupun dikenakan syarat-syarat tersebut, Lee masih menyifatkan pengumuman laporan tersebut sebagai satu detik yang bersejarah.

"Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia di mana laporan audit oleh firma asing diumumkan kepada awam secara keseluruhannya," katanya lagi.

Rasanya kalau PAS berani ke buat laporan Politik Wang dalam pmilihan mereka kali ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan