“PKR tidak senang dengan usul tersebut dan menggesa supaya ahli-ahli Pas menjalani pemulihan. PKR turut mengingatkan Pas mengenai kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.” – Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden PKR.
Juga, tidak mengejutkan sangat kalau PKR turut memerisai SIS. Semangat agama dalam PKR sama sahaja dengan semangat agama dalam Umno. Perkara ini telah dihidu semenjak sekian lama.
Namun kalau yang memerisai PKR adalah Tian Chua atau Sivarasa Rasiah, itu tidak terlalu menjolok mata tetapi apabila yang tampil adalah Mustafa Kamil, bekas orang kuat ABIM, lulusan UIA, terasa benar janggal dan peliknya.
Tahu, Mustafa Kamil kini adalah orang politik. Sentimen politik pemimpin dan penyokong PKR terhadap isu-isu sensitif seperti murtad dan Islam liberal perlu dicermati. Namun, Mustafa sebagai seorang Muslim sepatutnya lebih mencermati tuntutan agama yang dianutinya berbanding kepentingan politik partinya.
Aku tengoklah, ramai yang menjawab isu SIS ni tetapi tiada siapapun yang menjawab isu kouta 30% yang dihentam oleh MCA?
Apa pasai?
salam bro,
BalasPadamPR telah mula berpecah, membarah dan rebah.
http://kamalfarsya.blogspot.com/
BalasPadamSALAM JEMPUT SINGGAH