Halaman

Jumaat, Jun 12, 2009

Jangan Melayu umpama melukut ditepi gantang...

Malaysia dan Singapura banyak mempunyai sejarah lama samada dari aspek ekonomi mahupun politik. Dari aspek ekonomi memang tidak dapat dinafikan, ekonomi Singapura yang pesat serta Johor yang rancak membangun memberi limpahan ekonomi kepada rakyat Johor.

Terkini pula cadangan untuk membina jambatan ketiga telah disepakati oleh Singapuran dan Malaysia. Bagi Rakyat Johor setentunya mengalu-alukan jambatan baru ini kerana memberi peluang ekonomi apatah lagi ianya dibuat di kawasan yang agak ketinggalan kerana 'tersembunyi' sebelum ini iaitu di kawasan Pengerang, Kota Tinggi dan Mersing. Limpahan ekonomi pastinya akan memberi banyak manfaat ekonomi kepada kawasan tersebut.

Dari segi ekonomi memanglah dialu-alukan tetapi dari segi sosial dan politik langsung tidak dialu-alukan. Politik melayu singapura merupakan tragis kepada bangsa Melayu keseluruhannya. bagaimana Melayu Singapura disingkirkan secara terancang oleh PAP. Walaupun Melayu Singapura adalah bangsa asal tetapi kini dari segi bahasa, budaya dan politik mereka telah ditukar kepada yang baru...

Inilah akibat jika Melayu tidak berwaspada kepada agenda tersembunyi 'kaum mereka ini'. Agenda mereka tidak pernah sunyi untuk 'tikam Melayu dari belakang'. Agenda perpaduanMelayu dan Islam kini telah ditentang oleh proksi mereka seperti DAP, PKR, MCA dan Gerakan. Kenapa mereka menentang? apakah buruknya kerajaan Perpaduan?..

Ini adalah negara Melayu dari dahulu kini dan selamanya.. jangan biarkan ianya tanah ini dijajah seperti singapura. Melayu yang tidakbermaruah dan dipijak oleh kerajaan Singapura. Sejarah Melayu telah dipadam...cerita kecerdikan hang nadim dan ikan todak hanyalah lagenda semata-mata. Jangan Melayu umpama melukut ditepi gantang...

1 ulasan:

  1. Saya sangat setuju dengan penulisan dalam blog ini. Itulah sebabnya kenapa dalam kebanyakan drp penulisan saya, saya sentiasa mengingatkan seluruh umat melayu islam agar sedar dan benar-benar tahu akan sejarah masa silam kita. Jangan kita anggap orang lain itu semuanya ikhlas dan jujur serta berbaik sangka dan setia seperti kita. Mereka sebenarnya sentiasa menunggu masa untuk mengambil negara ini dari tangan kita. Akhirnya kita akan menjadi satu bangsa yang hina kerana tinggal disebuah negara yang dulunya kita yang punya, tetapi kini kita hanya umpama melukut ditepian gantang.

    BalasPadam