Halaman

Sabtu, Jun 06, 2009

Kerajaan Perpaduan- Hadi terima Husam tolak

Aku dulu mugkin membenci Hadi tapi aku akui mungkin tentang kerajaan perpaduan ini ada pengecualiannya. Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun katanya, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.

‘‘Ia perlu difahami secara terperinci supaya kita dapat melaksanakannya dengan baik, gagasan tersebut adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan.

‘‘Terpulang kepada maklum balas parti-parti politik tetapi ia mesti diteliti dengan perbincangan yang mendalam kerana saya percaya ia dapat menyelesaikan masalah negara,” katanya.

Manakala Calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Husam Musa berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu.

Beliau berkata, cadangan itu dilihat tidak sesuai kerana tidak mahu Pas menjadi 'kuda tunggangan' UMNO sekiranya ia dilaksanakan.

Ini kerana, beliau khuatir pembahagian kerusi di antara Pas dan UMNO kemungkinan tidak adil.

''Kita mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi (sama taraf dengan UMNO)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Tambah Husam, sekiranya kedudukan kerusi Pas dengan UMNO tidak setaraf, Pas mungkin tidak ada sebarang peranan terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu.

Sebaliknya, beliau lebih sedia untuk mengadakan kerjasama dengan parti di bawah pakatan pembangkang kerana ia dilihat taraf semua parti adalah sama.

Kenyataan Husam yang juga Naib Presiden Pas itu dilihat bertentangan dengan pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai cadangan itu.

Ini kerana, Abdul Hadi ketika sidang media sebelum itu masih menaruh keyakinan terhadap cadangan kerajaan perpaduan termasuklah mengadakan rundingan dengan semua pihak termasuk UMNO.

Menurut Abdul Hadi, usaha itu menunjukkan Pas mengamalkan dasar yang terbuka selaras dengan prinsip demokrasi.

Bagaimana seorang Presiden hendak membuat kerja dan keputusan sekiranya Timbalan beliau tidak sependapat dengan beliau. Jadi jika  Husam menang akan ada 2 ketua dalam satu nakhoda. Hadi membuat lain dan Husam membuat lain.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan