manek urai:HARUSSANI TIDAK CERDIK POLITIK ISLAM:umno pas
Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat menyatakan Mufti Perak mungkin tidak terdedah kepada sistem politik Islam.Saya menyokong kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di atas kerana terbukti Mufti Perak masih tidak faham akan kemungkaran politik yang dilakukan BN yang akhirnya menyebabkan rakyat menderita.Apa lagi yang BN tidak buat bunuh rakyat (memali), menindas rakyat (roboh rumah, masjid, surau), dera rakyat dengan tarik royalti minyak di Terengganu, mengamalkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan macam-macam lagi.Menurut Tuan Guru Kalau betullah PAS menjadi punca perbalahan, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.Ini kerana PAS katanya, meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam (Umno).Sepatutnya Harussani datang bermuzakarah dan berbincang dengan pemimpin PAS kalau beliau kurang arif tentang politik. Sudah acap kali kita melihat Harussani diperkudakan oleh BN Perak untuk kepentingan politik BN/Umno.
PAS juga membandingkan diri mereka sebagai Nabi Muhammad SAW, Nauzubillah min Zalik, sedangkan jauh sifat nabi SAW dengan PAS ini. Inilah kekelirauan yang dari dahulu PAS sengaja menimbulkannnya,
PAS hanya menimbulkan cerita lama yang sebenarnya kebenarannya telah diketahui. PAS wajar sebutkan rakyat mana yang derita di bawah BN sedangkan rakyat dibawah BN sentiasa dipelihara dan diberikan kemakmuran yang secukupnya. Istilah Rakyat menderita yang digunakan PAS adalah tidak tepat sama sekali.
Berapa ramai orang PAS yang mewah kini, bekerja dengan kerajaan, mendapat kontrak dengan kerajaan, gaji yang diberi kepada YB PAS, anak ahli PAS juga menerima biasiswa pendidikan, bersekolah-di sekolah kerajaan dan tidak pernah kerajaan BN melarang. Hanya PAS sahaja yang melatih anak mereka melalui PASTI dengan menanam sifat kebencian kepada kerajaan.
hakikatnya politik PAS tiada kena mengena dengan politik Islam... tetapi politikl PAS ialah politik kepentingan perut pemimpin mereka.
PAS telah banyak berbohong kepada rakyat, PAS perlu bertaubat!..
Sumber : KBO Online
kalau jadi ahli PAS tak bagi nafkah untuk anak bini pun cerdik ISLAM. muka macam tabib cina pun depa kata syahdu... asal ada sikit janggut dan buh lebai atas kepala... buat dosa pun depa sokong...
BalasPadamPAS membandingkan diri mereka sebagai Nabi Muhammad SAW, Nauzubillah min Zalik, sedangkan jauh sifat nabi SAW dengan PAS ini. Inilah kekeliruan yg Pas lakukan dilihat boleh memudaratkan daya pemikiran dan perpaduan orang2 Islam masa kini.
BalasPadamUmno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar
BalasPadamKUALA LUMPUR - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."
Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.
"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.
Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.
"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.
Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.
Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.
"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya.
Ulama2 PAS kuat putar belit.Begitulah Islam PAS.
BalasPadamASSALAMUALAIKUM...MEMANG SAH PUAK PAS NI DAH NYANYOK...JANGAN DOK LAYAN SANGAT DENGAN DEPA NI...MUFTI HARUSSANI BOLEH DEPA KATA TAK CERDIK, DEPA INGAT DEPA CERDIK SANGAT...MUNGKIN DEPA PERASAN CERDIK SEBAB KAWAN BAIK DEPA LA NI DAP KAFIR HARBI...TAKPA...ALLAH MAHA BESAR...HANYA DIA YANG TAHU MANA YANG CERDIK, MANA YANG BODOH...
BalasPadamPAS DAH MENYIMPANG JAUH. SEPATUTNYA DIHARAMKAN TERUS
BalasPadamAsalamualaikum kepada saudara dan saudari yang didalam parti pas.ingat lah yang bercakap dan mengeluarkan pandangan itu adalah mufti yang telah dilantik oleh ketua agama kerajaan negri perak yang mendapat kepercyaan umat islam Perak keseluruhanya. jaganlah bila kata-katanya yang tak sehaluan denagan parti pas kamu kata dia tak cerdik dan sebagainya.Tok guru pas dan kawan-kawanya bukan nya mufti hanya ahli politik aje, yang mempuyai kepentingan politik dan peribadi. berfikirlah dengan menggunakan hukum akal yang waras.sebelum mengeluarkan kenyataan kepada mufti perak.Janganlah taksub sangat kepada perjuangan politik sempit PAS.
BalasPadam