Halaman

Jumaat, Jun 12, 2009

PKR dan DAP persoal hala tuju PAS

Kita biasa dengar dengan kata-kata hikmah ini "jika kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal".. ini adalah kata orang. Aku tertarik dengan laporan berita Malaysiakini yang melaporkan..

Pemuda Pakatan debat halatuju PAS

Tiga Ketua Pemuda parti komponen Pakatan Rakyat akan berkongsi pentas 16 Jun ini untuk membincangkan halatuju PAS ekoran isu-isu yang timbul selepas muktamar parti itu minggu lalu.

Mereka ialah Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.

Seorang lagi panelis ialah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya lagi, empat persoalan utama yang bakal dibincangkan dalam majlis tersebut ialah:

bullet button Dengan pimpinan baru yang dipilih, ke manakan PAS ingin menuju selepas muktamar?

bullet button Mengapakah Presiden PAS ingin mengutarakan tentang konsep kerajaan perpaduan?

bullet button Apakah persediaan untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan telah dijalankan dalam Pakatan Rakyat?

bullet button Bagaimana hubungan di antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat?


Kini hala tuju PAS didebatkan oleh parti jiran-jiran mereka, iaitu DAP dan PKR. Maksudnya oranglain pula mencampuri urusan rumahtangga kita. Jiran kita datang ke rumah kita dan menyuruh kita membuat itu dan ini mengikut kehendak mereka. Agaknya dimana maruah kita? sampai jiran kita pula mencampuri urusan kita. Tapin ini perumpamaan yang berlaku kepada PAS pada hari ini.

Nampaknya PAS dilihat kini umpama orang dungu oleh sahabat mereka iaitu PKR dan PAS yang tidak pernah dibuat oleh UMNO kepada komponen BN dan begitulah sebaliknya.

Tidak cukupkah ini namanya PAS sebagi kuda tunggangan..

2 ulasan:

  1. Sepatutnya PAS mesti persoalkan beberapa perkara penting mengenai PKR dan DAP.

    contoh

    Mengapa ramai pemimpin PKR bermasaalah.

    Mengapa PR diketuai oleh pemimpin PKR yang bermasaalah.

    Mengapa setelah Karpal Singh katakan yang Anwar telah banyak menyusahkan negara,Anwar masih lagi jadi pemimpin pembangkang.

    Mengapa DAP masih kerjasama dengan Anwar yang dikatakan banyak meyusahkan negara.

    Mengapa pemimpin2 bermasaalah seksual masih dikekalkan.

    Mengapa DAP sebagai pejuang press freedom,bertindak sebaliknya keatas beberapa akhbar tempatan.

    Mengapa PKR pasang proxi2 Anwar kontrol Nik Aziz.

    Mengapa kontrak najis tak ditenderkan.

    Mengapa Anwar sengaja ujutkan banyak pilihanraya2 kecil tanpa hiraukan perasaan rakyat.

    Kenapa rasuah di Penanti tidak di ambil tindakan sampai sekarang.

    Kenapa kerusi2 kuat PAS mesti di beri ke parti lain.

    Dan lain2

    BalasPadam
  2. Karpal sekarang cakap Hadi memalukan PR.

    Karpal mahu Hadi minta maaf kepada PR.

    Karpal kata DAP akan senantiasa kritik pemimpin PAS bila mereka keluar kenyataan mengandungi isi bangsa dan agama.

    ---------------------------
    Maknanya Hadi kena ikut telunjuk Karpal baru DAP puas.Jadi anjing tambatan.Tak boleh bincang isu 2 agama,bangsa.

    Apamacam PAS.Inikah geng kamu,sampai perkara tak berkaitan dengan DAP pon kena dapat kelulusan DAP.

    PAS jangan jadi bacul.Jangan jadi hamba Karpal dan Anwar.

    BalasPadam