Halaman

Ahad, Jun 07, 2009

Sampai bila kemurahan hati Melayu?

Oleh AWANG SELAMAT

Awang tidak menduga tulisan dalam ruangan ini minggu lalu bertajuk Melayu dikhianati? menjadi panas. Agak aneh, hampir 90 peratus daripada kandungan tulisan itu yang memetik kenyataan pemimpin kaum Cina, mendiang Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T Sambanthan, menimbulkan rasa tidak senang hati pihak-pihak tertentu.

Ada portal berita iaitu Malaysiakini memainkan isu tersebut secara berlebihan, yang tidak sukar untuk menelah agenda tersirat. Agak memalukan apabila Malaysiakini secara jurnalistik gagal memahami kandungan tulisan Awang, yang kemudiannya ghairah mendapatkan komen beberapa pihak yang memang diketahui motif mereka.

Sebagai penjelasan, Awang paparkan kenyataan Tan Siew Sin dan V.T Sambanthan pada minggu lalu untuk renungan kita semua betapa pemimpin bukan Melayu ketika itu amat menghargai pengorbanan dan tolak ansur masyarakat Melayu.

(Mesej yang cuba Awang sampaikan ialah pihak-pihak bukan Melayu tidak wajar membuat tuntutan keterlaluan dan bersikap terlalu rasis, yang keadaan tersebut makin ketara dan membimbangkan selepas pilihan raya umum ke-12).

Itu bahan sejarah yang dinyatakan sendiri oleh kedua-dua tokoh bukan Melayu itu. Ia bukannya daripada kata-kata Awang. Kenapa perlu takut kepada fakta sejarah? Yang menyatakan "orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati menerima bukan Melayu sebagai warganegara" adalah Tan Siew Sin sendiri. Sebagai balasan kemurahan hati orang Melayu, kata beliau, MCA dan MIC (yang menaungi kaum Cina dan India ketika itu) bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu.

1 ulasan:

  1. Jadi, melayu jangan terlalu bermurah hati lagi sekarang.

    Mereka yang tidak bertanggungjawab ini, hanya mementingkan tembolok mereka saja. Kenyataan diputarbelit.

    BalasPadam