Pakatan Retak...... PR semakin goyah...
Selsema Babi berjangkit Pakatan Rakyat!
Beza antara DAP, PAS dan PKR... DAP dianggap tiada otak oleh PKR!
Gooi Hsiao Leung Kedah PKR State Committee Member/ Kedah PKR Deputy Youth Chief berkata:
"Namun demikian, seruan DAP untuk meninggalkan Pakatan adalah dibuat secara tidak rasional dan terburu-buru tanpa mengambil kira pertimbangan kebangsaan perjuangan politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat."Manakala albanjari online berkata :
"..rasanya pemimpin-pemimpin kita ni kadang-kadang dan sesetengahnya lebih cetek akalnya dari budak sekolah. Kalau tak faham erti perbincangan, musyawarah, diskusi, baik tak payah berpakat, lagi baik tak payah jadi pemimpin"kata MB kedah yang berlagak pula:
"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.
Memang patutpun DAP keluar dari Pakatan pembangkang...cuma di Kedah PAS ni berlagak la... depa banyak kerusi DUN..
perkara ini tidak boleh dipandang sepintas lalu sahaja disebabkan ianya berkemungkinan hanyalah mainan politik daripada pihak PR disebabkan ketiadaan isu dimanik urai..mereka sengaja mewujudkan isu ini supaya dapat dijadikan modal dimanik urai bahawa PAS tidak kisah dan sanggup melihat DAP keluar daripada PR demi untuk menegakkan pendirian mereka...mereka akan menjadikan isu ini dimanik urai disebabkan pengundi dimanik urai terdiri daripada masyarakat melayu..
BalasPadamMereka bila2 masa pun boleh menarik balik kenyataan yang dikeluarkan oleh DAP kedah dengan alasan tidak dapat perkenan daripada DAP Pusat...so berhati-hatilah sebab puak PR ni DAP,PKR dan PAS selalunya tiada penderian dan cakap sering berubah-ubah.
Assalamualaikum..Allah Maha Besar...Apa yang nak dihairankan, memang dah terbukti pakatan rakyat memang rapuh. Baru 18 bulan 'berkahwin' takkan dah nak mintak 'cerai' kot...Jangan la macam tu, orang baru kahwin mana boleh gaduh-gaduh, bawak-bawak bincang la...cuba la mencontohi Barisan Nasional, gaduh sikit-sikit dalam rumah tangga biasa la umur 'perkahwinan' BN dah lama...padan laaaa...ini baru 'kahwin' dah gaduh besar....TAK PATUT....INILAH DIA PAKATAN RAKYAT, CERAI BERAI DAH JADI BIASA....
BalasPadamPAS Kedah memang terkenal dengan keangkuhan mereka dalam PR. MB Kedah dengan KM PPinang dah lama tak sebulu. Isu balak Kedah KM PPinang memang tak setuju dan bantah habis-habisan. PAS Kedah pun pernah kata," tak ada PKR dan DAP pun PAS Kedah boleh menang dalam PRU12 yang lepas".
BalasPadamKita tengok sapa yang kena.....
PAS sudah buat satu kesalahan besar terhadap DAP khasnya kaum cina. Sepatutnya PAS kena berbincang dengan DAP terlebih dahulu sebelum bertindak dengan perkara yang ada kaitan kaum cina.
BalasPadamTindakan PAS membiarkan rumah potong babi itu dirobohkan sepatutnya tidak berlaku. PAS sepatutnya tahu membalas budi kerana kaum cina lah yang banyak menolong PAS. YB MB PAS sudah lepas tangan dan berdaleh memberi alasan yang tidak logik langsung.
PAS jangan anggap sudah kuat berkuasa dan boleh buat apa yang dia suka sesuka hati nya. PAS kena ingat, kekuatan PAS cuma bergantung kepada kaum cina dan india sahaja. Jika PAS gagal menurut kehendak kami, kami akan berhenti menyokong PAS.