Halaman

Khamis, Julai 23, 2009

Kasih anak dan ibu

Kasih anak dan ibu.. Hari ini ada berita anak telah menyelamatkan ibunya dari dihempap tiang elektrik di jalan Loke Yew, Kuala Lumpur dan malangnya anak itu telah meninggal dunia.

Di tempat lain pula ada berita ibu pula ,menyelamatkan anak dari kejadian kebakaran dan alhamdulilah anak-anaknya selamat.

Ada satu masa manusia ini akan bertindak melampaui kemampuan mereka tanpa mengira kesan dan akibat. Inilah yang dimaksudkan kasih sesorang terhadap seseorang khasnya keluarga mereka .

Ini adalah contoh yang baik.. Namun contoh yang tidak baik pun ada... Antaranya
Bagaimana anak melupakan ibu bapa mereka apabila telah berjaya. Begitu kita melihat ibu yang kejam mendera anak dan membuang bayi kecil yang tidak bersalah

Namun dengan kejadian kasih anak dan ibu ini... Masih wujud lagi.. Kasih sayang di negara ini...

1 ulasan:

  1. Contoh yang sdr berikan ini dapat juga dikaitkan dengan sikap setengah rakyat yang tidak mengenang jasa kerajaan BN sama seeprti tidak mengenang jasa ayah dan ibunya yang telah membesarkannya dari bayi hingga dewasa serta bongkok tiga. Adakah antara kita yang tergamak mengatakan itu memang tugas dan tanggungjawab seorang ayah atau ibu? Dihadapan ibu bapaknya? Bukankah itu diistilahkan sebagai kurang ajar atau biadab kepada kedua ibu bapaknya! Samalah juga bukankah itu diistilahkan sebagai biadab kepada kerajaan pemerintah negara yang selama ini bertungkus lumus menyekolahkan anak ibu pertiwi ini sehingga mencapai cvita-cita masing-masing. Setelah bergelar sarjana dan profesor dan berjaya dalam kehidupan, membiasing dan bertindak kurang ajar dengan mengatakan bahawa semua kejayaannya yang dimiliki adalah kerana usaha diri sendiri tanpa bantuian pemerintah. Atau mengatakan itu memang tugas dan tanggungjawab pemerintah. Sedarkah tidak semua kerajaan didunia ini yang baik seperti BN di Malaysia?
    Saya hidup dalam dunia kerajaan BN yang berusaha bertungkus lumus memajukan bangsa dan negara. Zaman Tun Abdul Razak saya berada dalam kelas menengah persekolahan. Zaman Tun Mahathir saya berada di menara Gading dan saya bekerjaya dizaman Tun Mahathir dan Tun Abdullah dan Datuk Seri najib ini. Saya diberikan Biasiswa oleh kerajaan untuk belajar hingga ke Universiti. Ayah saya tidak berkemampuan untuk menghantar saya ke Menara Gading kerana berada dalam garis kemiskinan. Perbelanjaan ke Menara Gaidng sangat tinggi. Kerana otak geliga, maka saya sampai ke menara Gading dengan bantuan biasiswa oleh kerajaan. Tidakkah saya berasa ingin membalas jasa kembali setelah saya bekerjaya. Dan hidup senang tidak seperti keturunan saya sebelum merdeka?
    Kenapa ramai orang melayu tidak mengenang jasa baik kerajaan yang selama ini sangat berusaha membangunkan minda mereka menjadi pintar dan berilmu? Ilmu apa yang sebenarnya mereka gali diperingkat Uni sehingga sanggup kurang ajar dan biadab. Fikirkanlah dengan masak-masak dan sebaiknya.

    BalasPadam