Halaman

Jumaat, Julai 10, 2009

Mansuh PPSMI - pembangkang pakar cari masalah tapi tidak pakar selesai masalah

Begitulah tabiat pembangkang... di Malaysialah... buat tak betul, mansuh pun tak betul, senang kata hidup mereka ini hanyalah berpolitik bukan mencari penyelesaian isu pembelajaran anak-anak untuk masa hadapan.

Aku sebenarnya terfikir memang betullah Pakatan Rakyat memang pakar mencari masalah rakyat... tetapi yang pakar menyelesaikan masalah rakyat ialah BN... BN lebih fokus mencari penyelesaian berbanding pembangkang yang hanya pakar mencari masalah tetapi tidak pakar menyelesaikan masalah rakyat... kita melihat contoh seperti isu babi di Kedah dan isu penduduk Kg Buah Pala mereka hanyalah menuding jarai... dan menuding jari bukanlah menyelesaikan masalah rakyat...

begitu juga dengan PPSMI, aku pun tak tahu sebenarnya apakah agenda pakatan Rakyat dan gerakan pemansuhan PPSMI untuk mengukuhkan lagi penguasaan murid-murid dan pelajar dalan penguasaan bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , sains dan matematik.

Kalau setakat demonstrasi bukanlah meneyelesaikan masalah... sekali lagi mereka hanya menuding jari ke pihak lain.. sekarang demonstrasi dilihat menjadi satu trend rakyat Malaysia khasnya bukan Melayulah... seperti demonstrasi Isu Babi di Kedah dan demontrasi penduduk Kg Bbuah Pala di Penang....

... aku cuma nak tanya mereka... apa sebenarnya sumbangan mereka ini mengukuhkan penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, sains dan matematik... jangan hanya pandai berdemontrasi sahaja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan