Halaman

Isnin, Julai 06, 2009

Pertandingan satu lawan satu BN-Pas di Manek Urai

KUALA KRAI: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan persaingan satu penjuru antara calon BN dan Pas.

BN menampilkan bekas Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Tuan Aziz Tuan Mat, manakala Pas diwakili peniaga, Mohd Fauzi Abdullah.

Nama calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin jam 11.10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Kerusi DUN Manek Urai kosong selepas penyandangnya, Ismail Yaakob, 60, dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu. Jika ada pertandingan pengundian akan dijalankan 14 Julai.

1 ulasan:

  1. Selamat mengundi Penduduk Manek Urai..pilih yang terbaik sudah semestinya calon BN..

    BalasPadam