Halaman

Khamis, Ogos 27, 2009

Al Fatihah buat Allahyarham Dr. Ismail Salleh

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, 62, meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur. Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini di dalam penerbangan Tiger Airways.

Tokoh akademik, aktivis ekonomi orang Melayu dan orang kurang upaya YB Senator Prof. Dato’ Dr. Ismail Md. Salleh telah kembali ke rahmahtullah jam 350am tadi, dilaporkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Beliau merupakan pakar ekonomi yang bermula sebagai tenaga pengajar IPTA, pernah menjawat Timbalan Ketua Pengarah ISIS selama hampir dua tahun (1993-94) dan kemudian menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dan akhirnya Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa Twintech sebelum dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada tahun 2007, mewakili golongan orang kurang upaya.– Utusan

3 ulasan:

  1. salam

    semoga Allah memberkati segala usaha nya dan meletakkan beliau bersama orang yang beriman

    saya pernah menjadi student beliau semasa beliau mengajar di UKM lama dulu... baik orangnya bersemangat melayu dan berjiwa Islam

    BalasPadam
  2. tokoh yang dikagumi
    al-fatihah

    BalasPadam
  3. Salam,

    Amat sukar mencari ganti tokoh yang gigih seperti Alayarham..... semoga roh beliau bersama dengan orang-orang yang beriman... Al Fatihah.......

    BalasPadam