Halaman
▼
Khamis, Ogos 06, 2009
Jeff Ooi hina Islam - adakah PAS akan mempertahankan Islam dihina
Banyak pihak mendesak anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di negeri ini malahan di seluruh negara.
"Saya secara tegas menolak kenyataan Jeff yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris 2 Ogos lalu yang saya anggap bersifat peribadi tetapi boleh disalah ertikan pelbagai pihak.
"Saya yakin umat Islam di Pulau Pinang tidak dapat menerima kenyataan sebegini lebih-lebih lagi ia menyentuh sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," kata Abdul Malik.
Abdul Malik mengulas kenyataan Jeff, yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan anggota Jamaah Islah Malaysia (JIM).
Jeff dilaporkan berkata, MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri telah mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.
Jeff juga memetik portal JIM yang meletakkan sasarannya untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menggunakan sepenuhnya Undang-undang Syariah menjelang 2020.
.. Ke mana pemimpin PAS bila Islam dihina oleh sekutu meeka... mereka lebih sibuk perge ke pelantar minyak dari mempertahankan maruah Islam dihina sekutu mereka...
Pengajaran patut diambil seperti tindakan ekstremes Cina DAP, Jeff Ooi ini.. dalam orang Melayu dan Islam berkuasa mereka masih boleh mempertikaikan Islam... apatah lagi jika bukan Islam yang berkuasa.. semua ini agenda untuk menghakis masa depan melayu dan Islam yang patut ditentang oleh orang Melayu dan Islam sampai bila-bila...
SUDAH SEMESTINYA...YANG PENTING PADA PAS ADALAH KUASA....YANG LAIN KIRA BELAKANG....PERMATANG PASIR AKAN MENJADI BUKTI....
BalasPadam