Halaman

Sabtu, Ogos 08, 2009

Siapa yang Najib tangkap guna ISA?

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Kerajaan tidak akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik sebaliknya ia hanya akan dikenakan terhadap mereka yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian itu adalah jelas menerusi tindakannya pada hari pertama menjadi Perdana Menteri apabila mengumumkan untuk membebaskan 13 tahanan ISA.

''Sampai sekarang ini bebas, termasuk kumpulan Hindraf kerana kita tidak gunakan ISA sebagai alat politik. "Lepas saya jadi Perdana Menteri, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia ditahan oleh kerajaan di bawah akta ini, jangan bimbang, tak ada.

''Kita hanya akan gunakan untuk orang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Kalau tidak buat barangkali peristiwa letupan bom di Jakarta dan Mumbai boleh berlaku di negara kita," katanya.

"mmmm... Yang pembangkang berdemonstrasi.. siapa ahli politi yang ditangkap ISA sebenarnya di zaman Najib.... jawapannya tiada.."


Menurut Najib, ISA tidak perlu digunakan terhadap orang politik kerana kerajaan ingin mendapatkan mandat memerintah daripada rakyat menerusi pilihan raya.

''Kita hendak menang dalam masa pilihan raya. Kita tidak takut, Barisan Nasional (BN) akan lawan kerana kita berada di atas landasan yang benar, berjuang untuk kepentingan rakyat," tegas.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perhimpunan haram Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lalu, Najib berkata, kumpulan terbabit tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana beliau telah mengumumkan ISA akan tetap dipinda.

''Akan dipinda. Tunggulah dulu apa pindaan kita, kenapa gatal sangat hendak buat demonstrasi jalanan.

''Kalau parti pembangkang hendak main politik, lantak mereka. Saya boleh sediakan stadium, kalau tidak cukup, Stadium Nasional pun kita boleh bagi, bertempiklah sampai Subuh.

''Tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ini merosakkan kepentingan rakyat. Kalau kepentingan rakyat terjejas, kita akan pertahankan, ini pendirian kerajaan BN," tegasnya.

2 ulasan:

  1. Salam,

    ISA amat ditakuti oleh pemimpin pembangkang kenapa ?

    Kerana dulu ada juga yang terlibat dengan JI pengganaas di Malaysia, macam Nordin Mat Top, tapi Nordin Mat Top sempat lari ke Indonesia, jadi ada saudara mereka yang bersama pengganas ini pernah kena ISA, sebab itu mereka takut kena lagi.....

    Kalau tidak kerana ada ISA, sudah lama Malaysia menjadi macam Indonesia.....

    BalasPadam
  2. Salam bro,
    Mohon izin CnP serta link-kan dari blog bh untuk posting esok ~ bRAVEhEART

    BalasPadam