Halaman

Selasa, Ogos 25, 2009

Terkini - 9.15 pg : Lawatan Tan Sri Muhyidin

9.15 Pg : Tan sri Muhyidin melawat Pusat Undian SMK Sama Gagah dengan Tan Sri Koh Tsu Koon

9.00 pg : Lapan pusat mengundi DUN P.Pasir dibuka pagi ini

BUKIT MERTAJAM 25 Ogos — Sebanyak 39 saluran mengundi di lapan pusat pengundian pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir mula dibuka pukul 8 pagi ini.

Lapan pusat mengundi itu ialah di SJKC Lay Keow Permatang Pauh, SMK Sama Gagah, SK Permatang Pauh, SK Permatang Pasir, SK Bukit Indra Muda, SJKC Kubang Semang, SK Seri Penanti dan Sek Rendah Islam Al-Masriyah.

Seramai 20,290 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat yang baru setelah penyandangnya, Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63 daripada Pas meninggal dunia kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Berikutan kekosongan kerusi itu, Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, sebagai calonnya manakala Pas diwakili Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Salleh Man, 52.

Bagaimanapun, kedua-dua calon itu tidak mengundi di kawasan Permatang Pasir.

Daripada jumlah itu, 72.36 peratus adalah pengundi Melayu, 25.85 peratus Cina, 1.63 peratus India dan 0.16 peratus lain-lain keturunan.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan hujan di beberapa tempat petang ini. -

Sumber : Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan