1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?
Sumber: Blog Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.

PAS TIDAK BERTERIMA KASIH & TIDAK MENGHORMATI ORANG YANG BERJASA
BalasPadamPada 16 April 1985 Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hamzah telah menegur pucuk pimpinan PAS dalam memonya kerana telah melupakan jasa UMNO/BN yang pernah memberikan nikmat hidup sewaktu Kerajaan Campuran tahun 1974-1977. Apabila PAS keluar, mereka mula memaki hamun UMNO/BN dan berpura-pura lupa seperti ‘Kacang lupakan kulit’. Menurut Ustaz Abu Bakar Hamzah, sikap para pemimpin PAS adalah sikap orang yang tidak mengenang budi & sebagai orang yang berbudi rendah serta tidak layak bagi orang yang mengakui Ulamak memimpin Ummah Islamiyah. Nabi SAW memerintahkan kita agar menjadi manusia yang tahu bersyukur dan berterima kasih. Sabda Nabi SAW yang bermaksud, “Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (yang membuat kebaikan kepadanya) ia dianggap tidak bersyukur kepada Allah”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya). Tapi bagi orang PAS, jelas bertentangan dengan hadis tadi, mereka mendakwa cukuplah bersyukur kepada Allah dan tidak perlu berterima kasih kepada makhluk. Maka jelaslah sikap demikian menggambarkan sikap orang bermazhab JABBARIYAH iaitu menganggap semua perkara adalah datang langsung dari Allah, sementara makhluk tiada hubungan langsung. Tapi bagi AHLIL SUNNAH WAL JAMA’AH menganggap walaupun Allah sebagai penentu kepada segala kejadian, namun makhluk juga ada kaitan sebagai mengadakan sebab-sebab yang diizinkan Allah jua.
http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ