Halaman

Isnin, Oktober 19, 2009

Bila EXCO PAS tumbuk tetamu raya

gambar hiasan


Adakah ini kesan dari penyakit gila babi atau gila talak... atau melepas geram akibat kalah di Bagan Pinang. Tiba-tiba timbul cerita panas apabila EXCO Pas tumbuk tamu raya. Katanya berlaku di rumah terbuka PAS Taman Melewar...

Cuba bayangkan pemimpin PAS yang kononnya warak, berjanggut dan lembut alih-alih menggenggam tangan dan melepaskan tumbukan dengan emosi marah yang meluap-luap.

Ianya diceritakan di blog MSO, macam biasalah cerita sensasi macam ni memang ianya biasa keluar dari blog MSO.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 2:30 tengah hari semalam. Mangsa berkenaan telah membawa anak dan isterinya untuk menghadiri rumah terbuka Pas itu. Mungkin dia juga ahli atau penyokong Pas. Atas rasa ingin menyemarakkan sambutan majlis itu dia datang dan bersalaman dengan pemimpin yang ada yang menjadi penyambut tetamu.

Selepas selesai makan dia keluar dan menunggu anak dan isterinya di luar, berhampiran pintu gerbang untuk masuk ke Dewan Fadzil Mohd Noor (al Fatihah) di mana tempat berlangsung jamuan. Ketika menunggu inilah Exco berkenaan datang menghampirinya sambil bertanyakan namanya dan sesuatu kemudian terus mengeluarkan kata-kata jelek dan hina "mu jahat...mu jahat".

Tetamu yang menjadi mangsa itu tercengeng dan bingung. Mulanya dia ingat Exco itu bergurau saja. Dalam keadaan tidak bersedia itu tiba-tiba penumbuk Exco berkenaan melayang ke muka mangsa berkenaan. Bayangkan bagaimana kalau mangsa itu tidak menepisnya dan segera membalas balik?

Tetamu yang tergaman dengan kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan minta penjeasan dari Exco berkenaan, kenapa melepaskan penumbuk kepadanya. Namun Exco itu tidak peduli terus memburukkan mangsa berkenaan dengan mengajak mangsa berkenaan bertumbuk.
Apa kenalah dengan PAS sekarang... mungkin inilah sebenarnya budaya samseng PAS yang terbawa-bawa sehingga ke rumah terbuka mereka. Mungkin memang benarlah mereka mengatakan memang dasar PAS, dari ahli sampai ke pimimpin mereka samseng.

Mungkin ini juga merupakan sejarah Malaysia yang pertama khasnya dari parti pembangkang apabila terdapat EXCO mereka menumbuk rakyat. Cuba bayangkan tindakan ini di buat dihadapan tetamu tentunya akan menggalakkan lagi kesamsengan anak muda di dalam PAS. Inilah contoh yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini.

Cuma menariknya sebagaimana MSO menulis " Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan!"

2 ulasan:

  1. Salam,

    maaf AM kurang faham jalan cerita yang ingin disampaikan.

    Mesti ada cerita disebalik cerita tersebut. Tak mungkin tiba-tiba exco PAS kata "mu jahat, mu jahat" pas tu, terus tumbuk orang. Dalam majlis raya pulak tu.

    Tak kiralah siapa orang itu, PAS atau UMNO, kalau boleh AspirasiBangsa perjelaskan dengan lebih detail cerita berkenaan. Cerita tergantung macam tu, kadang-kala siapa pun boleh reka.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  2. sila lihat posting asal dari blog MSO... biasalah cerita macam ni biasanya tidak akan disiarkan secara terbuka... apatah lagi cerita dengan lebih mendalam..

    BalasPadam