Persoalannya kenapa DAP begitu membenci Dr Hassan... adakah kerana Dr Hassan mendedahkan kebiadapan DAP bersama PKR mengenai isu Arak di Selangor?... kita mengetahui bahawa tuduhan pihak DAP bahawa Dr Hassan pro kepada UMNO hanyalah untuk memburukan beliau semata-mata... ianya bukanlah isu utama... isu utama kerana kebaidapan DAP dalam isu Arak di Selangor!
DAP: Masalah Dr Hassan, bukan PAS
Masalah dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu, kata seorang ahli parlimen DAP.
"Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching.... (seterusnya klik di sini)...
Sumber : Malaysiakini
Memang setuju kalau dikatakan PAS telah dilembukan.
BalasPadamSekarang ini tiada orang boleh menegur DAP. Kalau ditegur, terus akan dicantas seperti yg mungkin akan berlaku kpd Dr Hassan Ali.
PAS sedarlah..sebelum terlambat.
Tubuhkanlah kerajaan Perpaduan di Selangor. Nescaya semua orang Melayu/Islam dan bukan Islam akan selamat dab aman.
Sekarang ni di Selangor, bukan melayu yg lebih selamat dan selesa berbanding orang melayu/Islam.