Halaman

Rabu, Oktober 28, 2009

Pembangkang Perak ‘Meroyan’ Lagi…



perak meroyan

IPOH, 28 Okt. – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang mula bermesyuarat hari ini bertukar kecoh apabila pakatan pembangkang memasuki Dewan persidangan biarpun sebelumnya ia dibuka dengan aman dan lancar.

Sejak awal persidangan berlaku, pakatan campuran cuba menarik perhatian dan menimbulkan kekacauan dengan harapan persidangan DUN kali ini akan gagal dijalankan apatah lagi usul yang dibentangkan melibatkan kepentingan Negeri iaitu Rang Undang-undang Bajet.

Tindakan tidak waras pembangkang semakin terserlah apabila mereka memasuki Dewan ketika persidangan ditangguhkan selama satu jam, iaitu melakukan persidangan haram dengan bacaan doa.

Apa yang jelas, tindakan mereka bukan sahaja tidak bermoral dan beretika malahan tidak memahami aturan Dewan Negeri yang mahu melakukan persidangan.

Berhubung hal ini, Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun menyatakan apa yang berlaku antara 10.20 hingga 11.20 pagi (masa persidangan ditangguhkan) adalah sesuatu yang tidak masuk akal apatah lagi ADUN pembangkang terang-terangan melanggar peraturan yang termaktub.

“Dari segi perundangan dan amalan dalam mana-mana persidangan sama ada di Dewan Negeri, Dewan Rakyat dan Parlimen sekalipun, persidangan hanya sah berlangsung apabila cokmar di bawa masuk dan diletakkan di hadapan Speaker dengan adanya rakaman untuk hansard dibuat,” katanya.

Menurut beliau apa yang dilakukan oleh para ADUN pembangkang yang bersidang ketika waktu persidangan ditangguhkan adalah sama seperti menyumbat gol ketika waktu rehat perlawanan bola sepak.

“Dewan hanya boleh disambung semula oleh Speakernya, Datuk R. Ganesan yang telah menangguhkan persidangan mengikut pertauran mesyuarat.”

Sememangnya, pakatan pembangkang masih tak duduk diam, sejak dari sebelum Pilihan Raya Umum lebih setahun lalu hinggalah ke hari ini, ada sahaja tingkah dan kelakuan mereka yang ditimbulkan.

Kegilaan pakatan campuran terhadap apa yang diidamkan sanggup menolak apa sahaja, termasuk mengenepikan kewarasan akal fikiran.

Sebenarnya kemelut politik di Perak adalah sesuatu yang amat serius apatah lagi ia bukan sahaja melibatkan perundangan negara malahan ia turut membabitkan sama kuasa Sultan sebagai pemerintah dalam negeri jajahannya.

Kegagalan untuk menerima hakikat bagi pakatan campuran yang ternyata telah hilang kuasa majoriti dan terlucutnya jawatan Menteri Besar menyebabkan kemelut yang berlaku selaku pakatan pembangkang di negeri tersebut ada sahaja tingkah mereka untuk merosakkan kesejahteraan dan keamanan.

Semua aspek perlu difikirkan. Lantaran itu, janganlah jadikan pentadbiran negeri sebagai mangsa dan landasan untuk terus berada di mercu kekuasaan demi pangkat dan jawatan yang sememangnya menjadi idaman.

ukankah sudah nyata ada cara yang lebih mudah bagi menyelesaikan permasalahan, malah dari segi perundangan telah terbukti pentadbiran pakatan capuran di Perak telah berakhir.

Bukan sahaja bekas Speakernya, Sivakumar malahan, jawatan Nizar selaku Menteri Besar sudah terlucut dengan sendirinya berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dan bukankah juga sudah jelas bahawa Datuk Dr. Zamri telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar?

Oleh itu, terimalah kenyataan agar pentadbiran yang licin dan terancang dapat dilaksanakan demi untuk kesejahteraan masyarakat termasuklah ahli-ahli dalam pakatan campuran sendiri!

Sumber : Klik Disini

2 ulasan:

  1. Nampaknya penat juga Dr Zambri yang jelas yakin dan tenang itu nak hadapi kerenah gila mereka ni sampai ke PRU 13 nanti.

    Namun mereka pun takkanlah tak penat nak leret gila gila tu memanjang sampai PRU 13 kelak.

    Cuma hamba percaya semakin gila, gila gila mereka tu rakyat akan semakin meluat.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ... tiada apa buruk yang berlaku... BN dapat memastikan peruntukan untuk rakyat perak dapat disalurkan///

    BalasPadam