Halaman

Isnin, Oktober 12, 2009

Tun Mahathir - Anggota Umno Perlu Ubah Sikap


Tidak akan mencapai apa-apa... mungkin itulah yang di maksudkan Tun Mahathir terhadap UMNO jika sikap mereka tidak berubah...

Menurut laporan Bernama, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan anggota Umno agar mengubah sikap sekiranya mahu pindaan perlembagaan parti yang bakal dibuat pada perhimpunan agung parti minggu ini mencapai matlamatnya.

Bekas presiden Umno itu berkata ini kerana pindaan perlembagaan semata-mata tidak menjamin penyelesaian masalah.

"Saya (semasa menjawat presiden parti) buat dua pindaan. Tiap kali saya buat, saya yakin penuh bahawa pindaan itu akan menyelesaikan masalah. "Tetapi (jika) kita buat pindaan tapi kalau sikap ahli-ahli tak sesuai dengan pindaan itu, dia tak berjayalah," katanya.

UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada Khamis ini. Antara lain pindaan yang bakal dibuat ialah pemansuhan sistem kuota bagi pencalonan dan membenarkan lebih ramai perwakilan akar umbi terlibat dalam pemilihan parti.

Ditanya sama ada perwakilan akar umbi Umno mempunyai kriteria yang perlu dalam memilih pemimpin berkebolehan, Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri berkata ia terpulang kepada kaedah perwakilan itu dipilih.

"Apakah mereka dipilih kerana jawatan, atau kerana intelek atau kerana mereka semua sudah dewasa. Ini semua kena ambil kira," katanya.

Ulasan AB

-----> Bersediakah ahli UMNO untuk berubah dan menerima perubahan, inilah persoalan yang mendasari matlamat perubahan UMNO keseluruhannya. Jika perubahan fizikal sahaja tidak diikuti dengan perubahan mental maka perubahan ini hanya akan bertahan sementara sahaja. Tetapi jika perubahan ini diikuti dengan azam dan kesedaran terhadap hala tuju masa depan UMNO dan bangsa Melayu, maka perubahan ini pasti akan merubah mentaliti ahli UMNO.

Rakyat mahu melihat UMNO berubah... siapa? iaitu ahlinya.. siapa? pemimpinnya di semua peringkat begitu juga ahlinya yang dituntut dalam apa jua keadaan sentiasa berpegang kepada asal perjuangan UMNO tidak lain dan tidak bukan demi agama bangsa dan negara.

4 ulasan:

  1. UMNO MESTI BERUBAH, SAYA HARAP MEREKA TAK LUPA DIRI DISEBABKAN KEMENANGAN DI BAGAN PINANG!

    UBAH ATAU REBAH, PILIHAN DI TANGAN ANDA!

    BalasPadam
  2. Betul tu Bro... ubah atau rebah... jangan asyik diulik mimpi sahaja..

    BalasPadam
  3. BIAR MAHADEY BERUBAHLER. DIA MANYAK KUAT BERLETER KALAU PENTING SANGAT TANDING JE KERUSI HE HE HE

    BalasPadam
  4. Salam Bro:
    DS Najib mesti tegas dan berfikiran jauh. UMNO mesti berubah jika tidak rakyat akan membuat perubahan. Penyakit dalam UMNO banyak, yg berpenyakit dan ulat2, atau yg masih duk cium ketiak Aljuburi harus dberi lempang 10jari, dihalau jauh2, keparat2 ini yg masih berkeliaran di dlam UMNO harus dgn segera di sisih jauh2, kerana mereka2 adalah Kanker yg merebak cepat dan merosak kan UMNO. Saya heran kenapa Menteri Dalam Negeri tidak dapat kesan wang haram kejadah di bawa masuk ke dalam negeri, sumber wang ini dari luar negeri Yahudi yg matlamat hanya satu untuk menghancurkan Kerajaan BN, banyak laporan dan pengakuan oleh bekas2 Konco2 PKR dan Aljuburi tetapi sampai sekarang belum ada lagi penangkapan dan terjah wang haram kejadah ini. Dan kenapa kulat2 Aljuburi dalam UMNO masih belum di dedahkan. DS Najib mesti tegas dan amanah untuk menjalankan tanggungjawab yg telah diberikan, tanpa kira bulu. Kita rakyat jelata tak rela di buat macam era Pak Lahap, lemah longlai, tak bermaya, bengap, kuat tidor dan tak mau dngar resah gelisah rakyat. Akibat nanti, terima padah.

    BalasPadam