Halaman

Rabu, November 04, 2009

1Pas "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" :Selangor - Pakatan Rakyat panik!

Suara cemas dan panik kini telah timbul di kalangan penyokong Pakatan Rakyat... pelbagai isu kini yang timbul di Selangor sehingga pembangkang kini merasakan diri mereka tersembam di sudut dinding.

Perasaan bimbang ini dikongsikan oleh blogger pembangkang (klik di sini) Jika Masih Mahu Bertahan Tanpa Serang Balas, Pakatan Rakyat Selangor Akan Tumbang Akhirnya...

Berpandukan kepada scenario sekarang, jika Pakatan Rakyat masih lagi bertahan sedangkan sudah diserang bertubi, tidak hairan jika Selangor akan bungkus selepas Perak. BN telah memasang jenteranya bukan sahaja dalam BN malah juga dalam pakatan rakyat......

Dalam suasana komponen BN sedang dilambung kekeruhan, kenapa Pakatan Rakyat tidak bernafsu dan bijak menangguk di air keruh Putrajaya untuk berjaya? Sebaliknya Pakatan Rakyat turut sama mengeruhkan kolam sendiri. Pakatan Rakyat seolah-olah hilang pedoman dan tak tahu mana yang penting dan mana yang tidak?

Apa strateginya untuk menangkis dan membalas serangan? Atau masing-masing sudah kenyang dengan elaun dan CRV sehingga lupa yang mereka ini adalah pembangkang. Jika pakatan rakyat masih menyimpan cita-cita untuk tawan Malaysia, segeralah bagun dan bertindak. Kempen secara besaran dan komprehensif perlu dilakukan semalam dan bukan menunggu sebulan sebelum PRU nanti. Itu jam dah tak ada masa nak sebarkan propaganda, dan terangkan isu. Kalau masih nak “wait and see” lagi masa tu dah tak ada masa nak menangkis dan dalam masa yang sama nak mengukuhkan keadaan.

Ini adalah luahan panik dan kebimbangan penyokong PR.. tapi kita menilai bahwa pembangkang ini hanya akan membuat sesuatu jika menguntungkan mereka semata-mata... khidmat mereka kepada yang terpilih sahaja... bukan untuk semua rakyat Malaysia... lihat penulisan dibawah ini...

Penting sangat ke panangkapan bekas Mufti Perlis tu bagi pakatan berbanding kes Tian Chua? Dr Asri tu ahli parti mana? Kalau sebelum ini, sekiranya berlaku ketidakadilan penangkapan sebegini, satu Malaysia sudah dijajah dengan pelbagai road show. Tapi sekarang apa dah jadi? Kenapa nafsu dah tak naik ke atau faktor usia semuanya?

Maksudnya adalah, jika mereka itu dari puak pembangkang barulah mereka menolong... seperti dr Asri hanya patut dibiarkan kerana tidak menguntungkan politik pembangkang.

Apa yang penting bagi BN sekarang ialah berkhidmat untuk semua rakyat buken secara terpilih yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat... Isu dan permasalahan PR  di Selangor hanya disebabkan kelemahan pentadbiran Kerajaan negeri dan parti komponen pembangkang.

4 ulasan:

  1. Salam Perjuangan Aspirasi Bangsa,
    Nampak gaya PAKATAN RAKYAT dah menggelabah semacam sekarang.Ini menunjukkan bukti yang nyata bahawa PAKATAN RAKYAT bermasalah sebenarnya. Mereka sedar dengan masalah dan kelemahan mereka. PAKATAN RAKYAT harus terima hakikat ini. Biar mereka sedar diri, Elok la mereka pakat2 tengok ngan jaga 'anu' dalam kain sendiri, jgn keja dok nak selak kain org nak tengok 'anu' orang. Elok la tu, muhasabah diri, sedar diri tu sikit.

    BalasPadam
  2. Khalid Ibrahim dah gelabah biawak. Banyak kali dia buat Sultan murka dan banyak kali dia buat Sultan terpaksa campur tangan. Nampaknya lepas ini akan ada sorg lg yg terpaksa menyembah derhaka kat Sultan...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    BalasPadam
  3. Buat malu sultan selangor sahaja... Khalid patut letak jawatan..

    BalasPadam
  4. Tulah, suka nak hentam orang.

    BalasPadam