Seorang ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Andalas mempertahankan tindakan menjemput exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap di satu majlis berbuka puasa di situ, Ogos lalu.
Mohamad Tarmizi Ismail berkata, setakat ini tidak ada arahan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga ADUN PKR bagi Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu.
Menurut laporan GAP yang mengulas kehadiran Yb PKR di masjid tersebut.
"xavier kata dia tak berceramah dalam masjid ? aku nak tanya dia, habis tu di kupas surah al baqarah ayat 112 ke atau mengulas maksud hadis sampai separuh daripada audience ternganga mulutnya ?
xavier kata dia tak berceramah dalam masjid ? aku nak tanya dia, habis tu dia nyanyi lagu ahmad jais ke atau memberikan berita terkini keputusan champions league ?
xavier, adalah adun sri andalas juga bertindak sebagai exco kerajaan negeri selangor. jadi samada xavier memberikan sumbangan walaupun hanya sebatang pen sekalipun, ia tetap punyai motif politik. menggunakan dewan suci dalam masjid sebagai lokasi propaganda politik."
Siapa agaknya Mohamad Tarmizi Ismail ni agaknya ya.... mesti dia ni 'somebody' dalam PAS yang menggerakkan aktiviti politik pembangkang di masjid berkenaan.
Jadi arahan Sultan Selangor meminta supaya masjis tidak menjadi gelanggang politik adalah tepat... kerana ada pihak yang telah menyalahgunakan masjid.
Pembangkang kini semakin kalut di Selangor... kita tunggulah apa yang akan berlaku nanti...
Itulah wajah Pas sekarang. menggadaikan islam.
BalasPadam