Halaman

Ahad, November 01, 2009

Jawapan Dr Asri menolak khabar angin sertai PAS

Dr Asri sekali menegaskan dalam sidang media baru-baru ini bahawa beliau lebih selesa untuk jadi pihak ketiga bagi bebas menyatakan pendirian beliau.... dengan kata lain beliau menolak pelawaan PAS...

Beberapa hari yang lalu hampir majoriti media pembangkang khasnya PAS menunjukkan pertemuan pemimpin tersebut yang berkunjung untuk melawat Dr Asri... daru situ timbul khabar angin yang menyatakan bahawa Dr Asri akan sertai PAS.

Beiau berkata "Ketua Dewan Ulama PAS menjemput saya untuk sertai PAS. "Sebenarnya saya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan para pemimpin PAS dan Umno tetapi saya rasa lebih baik menjadi suara ketiga buat masa ini," katanya yang selalu menerima dan memenuhi jemputan ceramah daripada kedua-dua parti.

Beberapa hari lalu Dr Asri telah menanyakan 7 soalan maut yang tidak pun di jawab oleh PAS..

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?

2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?

3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?

4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?

5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?

6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?

7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?


Nampaknya usaha PAS gagal untuk menjadikan Dr Asri sebagai ahlinya.... sebagai pendakwah bebas sikap Dr Asri ini wajar dipuji... banyak tulisannya bersifat 'Islam yang sebenar' iaiti tidak berpihak... jika benar dikatakan benar.. dan salah di katakan salah... jika PAS... Apa yang benar boleh di tuduh salah... dan apa yang salah boleh dijadikan benar... memang PAS merosakkan agama Islam ini.... membawa Islam yang sesat..

Itu beza kefahaman Dr Asri dan para pemimpin PAS terhadap Islam ini... tetapi sebelum itu beliau pun pernah meminta pandangan Tun Mahathir mengenai jemputan mana-mana parti politik atau agensi kerajaan agar beliau sertai..

Beliau berkata, keputusan itu juga selepas mendapatkan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat lebih baik beliau menjadi suara ketiga daripada memegang jawatan dalam mana-mana agensi kerajaan."

Beliau memang patut menjadi suara yang natural...dan membangkitkan perkara sebenar mengikut hukum Islam yang sebenar..

Cuma satu persoalan sahaja yang akan timbul terhadap akidah Dr Asri oleh ahli PAS.... kerana PAS ini hanya menganggap orang yang masuk PAS macam masuk Islam... agaknya macamana status akidah dr Asri di kalangan ahli dan pemimpin PAS...

7 ulasan:

  1. Salam bro, mungkin ada yang teramat takut kalau MOhd Asri berada dalam YADIM, sekarang ini banyak musang-musang cari makan dengan kerajaan UMNO dalam YADIM..........

    BalasPadam
  2. ya, memang tepat tindakan beliau.

    BalasPadam
  3. Sekali lagi hamba nak menyampaikan pesan kepada Dr. Asri. Kalau nak tegor UMNO dengan hak dan kebenaran silakanlah dengan segala cara yang bijaksana itu. Tetapi kalau nak tegor Pas tu kena hati hati sikit. Baru baru ni pun dah kena kecam gak. Masa Dr. memegang peranan dan jawatan sebagai Mufti dulu pun selalu gak kena kecam.

    BalasPadam
  4. Syabas Dr Asri berani kerana benar dan semuga Allah swt sentiasa memberkati beliau. Sampaikan dakwah as sunnah dan Al Quran tanpa takut takut sebab Allah di pihak yang benar. Aminn.

    BalasPadam
  5. salam.

    Harap Dr tidak serapuh dan sereput pemimpin-pemimpin PAS...lebih baik menjadi daging dari menjadi bangkai..

    Hari ini kita dapat lihat dengan mata kepala sendiri...mana- suara2 bertaraf ulama yang berada dalam pas hari ini...suara mereka kian lupus...yang bersuara hanya ular-ular politik dalam semak..

    BalasPadam
  6. Mereka sekarang, sanggup gadai ayat-ayat quran untuk dibaca oleh yang bukan islam.

    BalasPadam
  7. dr asri tak takut ke pasal siapa sokong pas dia org syurga..

    BalasPadam