"Dakwaan penulis blog adalah palsu, liar dan berniat jahat, yang sangat dikesali ada penulis-penulis blog dari PAS juga turut memuatkan cerita palsu dalam blog-blog mereka. Mereka jadi penyambung kepada penabur-penabur fitnah ini."
Kita melihat bahawa memang tradisi pemimpin PAS ini adalah tertutup iaitu tidak mendengar pandangan ahli mereka. Oleh sebab yang demikian apa sahaja pandangan oleh ahli mereka termasuk blogger mereka yang jika tidak bersifat memuji mereka pasti akan di tolak.
Karekter yang lain adalah pemimpin PAS tidak suka di kritik, mereka mengkritik tak pe,... tapi jangan mereka dikritik... memang memang tidak suka mendengar kritikan tersebut... Jadi peringatan kepada blogger PAS... walaupun apa masalah sekalipun dalam PAS, walaupun ahli mereka nampak kapal nak karam, jangan tegur.... lantaklah sahajalah kapal ni.... pemimpin mereka pandai-pandai belaka.
"Ada penulis blog yang mensifatkan wakil-wakil PAS yang menyertai seminar tidak ada teluq kalau tidak berani bertanya kenyataan tersebut. Lebih baik tidak ada teluq daripada bertanya soalan bodoh seumpama itu, kalau ada teluq sekalipun nak buat apa, kalau teluqnya dibiarkan dipicit orang lain untuk mengikut sahaja apa yang orang lain kata terhadap pimpinan PAS, lalu dimasukkan dalam blognya."
Selain tu, kenyataan Misbahul Munir ini kita melihat cara PAS Perak yang dianggap tak de teloq... beliau mengesahkan perkara tersebut. Sebab itu mereka memilih lebih baik tak de teloq dan duduk di bawah telunjuk DAP.
Semangat ini sangat berbeza dengan Rasulullah SAW dahulu, suatu masa dahulu orang Quraish pernah menawarkan kepada rasulullah SAW segununf emas, dengan itu orang kafir akan memeluk Islam dan Rasulullah akan memeluk agama Orang Quraish.. sebab itu diturunkan sula Al Kafirun..
Tetapi PAS Perak memilih kuasa, wang dan bukan agama.. ini sangat bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW sebagaimana dalam kisah tersebut.
Islam semakin jauh dalam PAS... sebab itu kita melihat parti itu semakin lama semakin retak dan ditolak oleh rakyat dan orang Islam khasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan