Halaman

Jumaat, April 03, 2009

Dewan Ulama PAS membisu isu pembohongan penubuhan negara Islam?



Memang sah penubuhan negara Islam hanyalah satu pembohongan..
Dewan Ulama Pas membisu!

Najib : bebas 13 tahanan ISA, benarkan akhbar PAS, PKR serta merta

Arahan pertama dan serta merta.... Aspirasi 1 malaysia - satu malaysia mula diterapkan!

Penggantungan dua akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik serta-merta malam ini dan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) turut dibebaskan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar, membebaskan 13 tahanan ISA, berkuatkuasa serta-merta," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapannya selama lapan minit bersempena jawatan barunya itu, beliau juga berjanji untuk menyemak semula ISA dalam masa terdekat.

"Proses kajian semula terhadap ISA juga dimulakan," tambahnya.

"Sudah tepat masanya, kita mengambil langkah-langkah sedemikian untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak berwajib atas soal keselamatan dan mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman yang dianggap berbahaya dan munasabah.

Pengumuman mengejut penarikan semula penggantungan akhbar PAS dan PKR itu dijangka memberi kesan besar ke atas tiga pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Perak, Kedah dan Sarawak.

"Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia. Dengan ini, saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat 'satu Malaysia'

PM Najib's maiden speech: 'One Malaysia. People First. Performance Now.'

1.On behalf of all Malaysians, I would like to thank YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi for his 31 years of exemplary public service to our country, his commitment to strengthening the institutions and fabric of our democracy and for his graceful example as our leader.

2.I am grateful to YABhg. Tun for his confidence in proposing my name as Prime Minister to Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, and I am honoured that His Majesty has consented to my appointment with this morning’s swearing-in ceremony. I feel a deep sense of humility at the opportunity to serve as your Prime Minister at an important time in our nation’s history. My life has been dedicated to public service. Growing up, I was inspired by the positive impact of public service in the example of my late father. Four decades on, I remain committed to the goals of tackling poverty; of restructuring our society; of expanding access to quality education for all; and of inspiring a new generation of young Malaysians to work on behalf of this great country. My own service in government has always been about getting results: to ensure a better deal for teachers, to improve conditions for our brave soldiers, and to strengthen our economy in defence of the people of Malaysia, as we deal with the outbreak of a global recession.

3.In the coming weeks, I will be consulting with people around our country, as I begin to reshape the leadership and priorities of the Government. I am mindful that we should build on the successes and lessons of the past. It must be a government with new approaches for new times – a government that places a priority on performance, because the people must come first.

4. We must reach out to all parts of Malaysia - to all our diverse communities. In our national discourse and in pursuing our national agenda, we must never leave anyone behind. We must reach out to the many who may have been disaffected and left confused by political games, deceit and showmanship.

We must draw on talented people across our nation, regardless of their position or background, to re-energize a passion for public service. We must sow the seeds of goodwill and understanding in every corner of this land, so that we continue to harvest the fruits of progress and prosperity for all Malaysians.

We must seek to include and unlock the potential of our young people who will be the next generation of leaders, businesspeople, engineers, scientists, teachers and doctors. We must give them wings to fly.

5.And so today, I pledge that I will work tirelessly to serve all of you.

6.In this spirit, I would like to announce that the government has decided with immediate effect, to remove the temporary ban on TWO news publications, release 13 detainees from ISA detention, and conduct a comprehensive review of the Internal Security Act. Additional details will be announced by the Ministry of Home Affairs shortly.

7.These decisions are timely as we move to enhance the confidence of our citizens in those entrusted with maintaining peace, law and order, while recognizing the need to remain vigilant of the very real security threats we continue to face as a young nation.

8.I know that for every citizen, these are hard times and I remain focused in providing strong leadership to lead us out of this economic crisis and unleash our full potential as a nation. I will be steadfast in my commitment to meet the needs, aspirations and concerns of all Malaysians.

9.So, today I ask you to join me in this task of renewing Malaysia. I urge us to rise to the challenge of building a One Malaysia. People First. Performance Now.

10.Let us begin this great journey together.

PM untuk semua dengan konsep 'Satu Malaysia'

Parti-parti komponen BN - MCA dan MIC - melahirkan keyakinan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memuji konsepnya mengenai 'Satu Malaysia - 1Malaysia '.

Najib, 55, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam di Istana Negara pagi ini.

Sambil mengucap tahniah kepada Najib, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat berkata, konsep 'Satu Malaysia' bertemakan perpaduan rakyat dan mengiktirafkan sumbangan semua kaum.

Menurutnya, Najib membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalin persahabatan berasaskan rasa hormat menghormati dan percaya mempercayai yang dianggap semakin pudar kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan, Lee percayai konsep 'Satu Malaysia' mencerminkan satu model transformasi dan perubahan yang akan mengukuhkan lagi perpaduan nasional dan pembangunan.

Menurutnya lagi, adalah amat penting konsep tersebut menjamin tidak ada masyarakat yang terpinggir daripada apa jua bentuk pembangunan yang harus dinikmati oleh semua kaum.

Untuk perkembangan dan kestabilan negara, Lee berkata, rakyat Malaysia mesti akur kepada perintah undang-undang, kesaksamaan dan menolak diskriminasi dan rasuah.

THE NEW PRIME MINISTER

Alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar, hari ini Dato' Seri Najib sah menjadi Perdana Menteri ke-6. Tahniah dan syabas kepada DS Najib dan terima kasih kepada Pak Lah khasnya kerana menjadikan peralihan kuasa ini sebagai tradisi BN dan seluruh rakyat Malaysia umumnya kerana sentiasa mendoakan kemananan dan kesejahteraan negara ini.

Terima kasih juga kepada DS Najib kerana bersabar dan tidak terburu-buru ketika negara dilanda krisis kepercayaan dahulu. Tidak seperti Anwar Ibrahim!

Terima kasih juga kepada Tun Mahathir kerana menunaikan janji dan kembali semula bersama UMNO.

Namun apa yang penting kini semua rakyat Malaysia mesti kembali bersatu padu, UMNO dan BN pula mesti bekerja keras dan mendengar rintihan rakyat supaya BN dan UMNO dapat dikembalikan kepercayaan rakyat.

Di Bukit Gantang angin perpaduan dalaman UMNO dan komponen telah dirasai, angin perubahan sokongan rakyat juga semakin baik. Terkini di program BN dihadiri lebih 6 ribu orang yang terdiri dari kaum Cina walaupun dalam keadaan hujan lebat yang menunjukkan sokongan mereka semakin baik kepada BN.

Moga angin perubahan dan perpaduan ini terus bertiup dan menjadikan BN semakin kukuh, dihormati dan diseganai kawan mahupun lawan!

Hidup BN, Hidup UMNO, Hidup Bangsa Malaysia bersatu!

YB Pakatan rakyat tidak berkualiti !

Seorang Ahli Parlimen dan 6 orang ADUN PKR bermasalah sepanjang 2008-2009 bermula dengan Anwar penyagak gila kuasa di Permatang Pauh kemudian diikuti lompat parti ADUN Changkat Jering, Behrang, kemudian perletakan jawatan Arumugam di Bukit Selambau seterusnya isu ADUN bogel di Bukit Lanjan dan terkini TKM1 Pulau Pinang diarahkan untuk letak jawatan

Semua ini mengambarkan sejauh mana kualiti Yang Berhormat dari Pakatan rakyat khasnya PKR! timbulnya perkara ini pasti menimbulkan banyak persoalan kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam parti PKR!

Terbaru pula Ketua Bahagian PKR Bahagian Jerai bersama semua ahlinya meletakkan jawatan kerana tidak mempercayai lagi kepimpinan PKR khasnya Anwar Ibrahim!

itulah akibatnya memilih calon tak berkualiti dan tiada integriti, maka hari ini PKR dan pengundinya telah melihat 'muka sebenar' kebolehan yb mereka.

Ada yang yb india yang bodoh dan tak bermoral, yang cina pula tidak bermoral dan yang melayu pulak suka melompat..

Rakyat kini boleh merumuskan kualiti YB segera PKR yang dikutip di tepi2 jalan.

Kita melihat Speaker Perak yang bodoh, dahlah buat keputusan di luar dewan, tapi malangnya tak boleh dikuat kuasakan selagi tak disahkan di sidang dewan DUN. Itu yang Karpal Singh katakan, arahan yang tidak boleh dikuatkuasakan. Walaupun telah dinasihatkan namun kerana bodoh sombong dan angkuh. Tetap mengeluarkan arahan tersebut.

Kan terserlah kebodohan YB speaker ni, jadi siapa yang pilih? Kemudian ada pula Speaker Negeri lain yang satu tim yang tak kurang bodohnya kerana menyokong kawan speaker. Maklum lah Pas kan pak turut, orang suruh masuk longkang dia pun masuk longkang.

Dua orang YB pulak ada masalah moral, yang sorang dikatakan ada perempuan simpanan dan belasah bini orang, dan yang sorang lagi, tak pasal gambar bogel disebarkan di internet. Katanya pak we dia yang ambil gambar. Kan pelik mangsa berada dalam bilik, maksud nya yang pemangsa pun mestilah berada dalam bilik. Tengok gambar tu, si YB ni pun nyenyak semacam je.. Baik punya nyenyak.. He he he.... Sendiri mau ingat la..

Dan sorang lagi ialah YB TKM alahai Fairus, kata orang rasuah dan salah guna kuasa, dia pulak yang buat macam tu. Kata orang tua " paku dulang paku serpih, kata orang dia pula yang lebih" Ingatkan nak lari tap ditahan di Imegresen Johor.

Sorang lagi YB kata terima peluru buat kali kedua katanya, tapi sampai sekarang tak mati-mati lagi pun. Malah makin celupar mulut. Ini biasalah nak popular je?

Tapi siapa yang lebih bangang? Mestilah yang pilih dan undi mereka.

Ini akibat pilih calon segera tanpa melihat latar belakang, main belasah je pilih calon, ini lah akibatnya. Yang undi pun sama main pangkah je semacam, kira dua kali lima lah... Suka sangat main sentimen, ingat jenama PKR tu bagus sangatlah. Rupanya hancur,

Kita terlupa PKR berjuang untuk Anwar Ibrahim je.. Bukanlah institusi untuk melahirkan pemimpin, cuba namakan tokoh yang dilahirkan PKR.

Jadi kesimpulannya lepas ini, janganlah ditipu lagi oleh pemimpin Pakatan Rakyat dan PKR apatah lagi calon mereka yang entah apa-apa entah tak tahu dari mana?

Dan lepas ni tak payahlah undi mereka langsung. Kan senang hidup....

Angin sokongan kepada BN semakin terasa

artikel Asal : http://pi5au.blogspot.com/

4/02/2009 10:25:00 PM |


Ucapan TS Muhyidin

Pemimpin Komponen BN

Majlis berlangsung didalam hujan lebat


Pengunjung tidak berginjak walaupun padang becak tidak menghalang mereka menyertai sambutan majlis BN




Pengunjung kusyuk mendengar ucapan & amanat TS Muhyiddin


Apabila mendapat panggilan telefon tentang majlis ceramah BN,katanya kehadiran ramai,sangka penulis kehadiran cuma 300-400 ,tetapi ternyata meleset apabila penulis melihat akan sambutan diluar dugaan,dan ternyata kaum cina telah memberi sokongan kepada BN.Dan ini menandakan sokongan & menaruh harapan tinggi kaun cina kepada kepimpinan baru DS Najib yang akan memegang tampuk pemerintahan negara esok.Anjuran majlis ini di biayai sepenuhnya oleh persatuan Cina Kuan Tee Simpang.

1.Kehadiran pemimpin tempatan dan pemimpin kompenen BN,Naib Presiden DS Muhyidin Yassin, MB Perak Dr Zambry,DS Koh Tsu Koon,Naib Presiden MCA Ng Yen Yen,Tim.Menteri Penerangan Tan Lian Ho,Tengku Adnan .

2.Ini terbukti menyangah Laporan PR kaum cina tidak memberi sambutan dalam majlis Anjuran BN.

3.Walau pun keadaan hujan lebat dan padang becak tidak mengendurkan semangat silaturahim antara kaum di sana .Jika keadaan cuaca baik kehadiran mungkin melebihi 7 ribu orang.

4.Sambutan diluar dugaan menandakan kebangkitan dan sokongan kuat kaum cina kepada BN di Parlimen Bukit Gantang.Ini mengambarkan sokongan kaum cina kepada DAP & PAS ternyata menurun.

Angin sokongan kepada BN nampaknya semakin baik... BN bagai dapat semangat baru khasnya selepas angin perpaduan pemimpin dan negarawan negara selepas Perhimpunan Agung UMNO .... BN kini juga terkena tempiiasnya... perbezaan diketepikan dan persamaan menjadi tumpuan antara pemimpin ahli komponen!...

Gambaran kehadiran peserta program BN seumpama ini memang sukar untuk dilihat setelah sekian lama.. apapun ini hanyalah permulaan.... tetapi ia adalah langkah pertama untuk melangkah ketapak yang seterusnya! 

Sah! Mahathir akan sertai UMNO semula

Berita gembira demi berita gembira diterima dipihak BN dan UMNO, terkini Datuk Mukhriz mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyertai semula UMNO dalam tempoh sehari dua ini dan akan turut berkempen untuk calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Paling penting kepada saya, Tun Dr. Mahathir pulang ke pangkuan UMNO dan itu akan menjadi kenyataan dalam sehari dua ini," katanya kepada pemberita ketika melawat homestay Taman Joget di sini hari ini.

Dr. Mahathir, yang keluar UMNO pada Mei tahun lepas kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti, telah pun mengesahkan hasratnya untuk kembali menyertai UMNO minggu lepas semasa beliau hadir pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO.

Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata beliau tidak rasa kecewa atau sedih dengan kekalahannya merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu.

Katanya, beliau sedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan ataupun dalam parti jika diminta oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru esok.

"Sekiranya Datuk Seri Najib melihat saya boleh menyumbang kepada kerajaan BN ini, maka saya tetap bersedia untuk menerima tanggungjawab itu," katanya.

Hidupm UMNO, Hidup Melayu Hidup Islam....

Takut kalah, pembangkang guna taktik kotor!

Angin perpaduan dalam UMNO dan BN kini mula menjadi ribut bagi pihak pembangkang. Pembangkang mula risau dan takut kalah. Maka mulalah pakatan pembangkang menggunakan pelbagai cara keji untuk memenangi pilihanraya kecil Bukit Gantang ini.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan tindakan parti pembangkang yang menggunakan taktik kotor termasuk menyebarkan fitnah semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang. Perbuatan jahat parti pembangkang itu menunjukkan mereka semakin terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja.

Beliau berkata 'Saya agak dukacita kerana parti lawan telah main kotor menabur fitnah dengan membuat pelbagai surat layang serta risalah yang kononnya datang daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Namun ianya bukan sesuatu yang perlu dikejutkan kerana tindakan menabur fitnah dan adu domba memanglah kepakaran pihak pembangkang.

Modus operandi mereka ialah menaburkan surat-surat layang yang kononya di tandatangani oleh S/U Bahagian UMNO kepada semua ketua cawangan UMNO untuk menimbulkan rasa tidak puas hati antara cawangan.

Nampaknya taktik keji pembangkang kini tidak lagi berhasil, UMNO kini lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama berbanding untk berbalah sesama sendiri!

Masa sudah tiba untuk pembangkang ditumbangkan!