Halaman

Rabu, April 15, 2009

Keputusan PRK Bukit Gantang mengikut Peti Undi - Melayu tolak penderhaka!

Saya ingin berkongsi maklumat dengan semua bloggers BPN khasnya atas permintaan Perak Bangkit pada 8 April 2009....  di bawah ini saya ada sertakan Score Sheet (Helaian Mata) keputusan Pilihanraya Bukit Gantang pada 2009 dan 2008 sebagai perbandingan peningkatan dapatan undi dari kaum Melayu terhadap calon BN walaupun di kubu kuat PAS.

Walaupun BN kalah tapi BN tak kalah semua ada peningkatan pada undi BN dan mereka yang mengundi kali ini berbeza dengan mereka yang mengundi pada 2008. Walaupun PAS menang, PAS tidak menang semua walaupun mereka menang tetapi mereka tidak gembira dan tidak boleh mendabik dada... kemenangan mereka bukanlah kemenangan mutlak!

BN hanya perlu mencari strategi untuk memenangi hati pengundi bukan Melayu... jika hendak cari jalan mudah  BN boleh menjadi macam PAS yang umpama pelacur semuanya mahu dijual termasuk maruah sendiri.... 

Antara data yang perlu dilihat sebagai perbandingan antara 2008 dan 2009 ialah:

1) Kawasan PAS menang 2008 dan 2009 -undi Melayu kekal atau bertambah tetapi undi kebanyakan kaum Cina berpindah kepada PAS. keseluruhannya majoriti PAS dapat dikurangkan dengan ketara dan BN menang di beberapa kawasan.
1- Simpang Halt (Cina - 36%/ India 16%)
2- Kuala Sepetang (Cina 95%)
3- Jalan Mengala (Cina 65%)
4- Bendang Siam (Melayu 99%)
5- Changkat Ibol (Melayu 99%)
6- Pengkalan Aor (Cina 35%/ India 145)
7- Simpang Lama (Cina 48%/ India 11%)
8- Simpang Baru (Cina 90%)
9- Jalan simpang (Cina 30%/ India 15%)
10- Kawasan JKR (Cina 40%/ India 17%)
11- larut Tin (Cina 25%/ India 16%)
12- Kg Cheh (Melayu 99%)
13- Kuala Trong (Cina 22%)
14- Trong (Cina 06%/ India 40%)
15- Trong Barat (Cina 33%/ India 21%)
16- Ayer Terjun (Cina 26%/ India 13%)
17- Sg Rotan (Cina 61%/ India 16%) 

2) Kawasan yang BN kalah pada 2008 dan menang pada 2009 (khasnya dikubu kuat PAS)
1- Ayer Putih (Melayu 71%)
2- Changkat Jering (Melayu 96%)
3- Bukit Gantang (Melayu 98%)
4- Kampung Tebok Trong (Melayu 99%)
5- Batu Hampar (Melayu 89%)

3) Kawasan yang BN menang pada 2008 dan 2009 -Undi sokongan Melayu kepada BN meningkat
1- Kemunting Station (Melayu 87%)
2- Jebong (Melayu 77%)
3- Kg Menteri (Melayu 80%)
4- Matang Gelugor (Melayu 96%)
5- Sg Limau (Melayu 80%)
6- Kg Jaha (Melayu 93%)
7- Sg Mati (Melayu 45%/ Cina 22%/ India 33%)
8- Ayer Kuning (Melayu 88%)
9- Jelutong (Melayu 98%)
10-Pasir Hitam Trong (Cina 99%)
11-Bkt Gantang Selatan (Melayu 60%/ Cina 10%/ India 30%)
12-Temerlok (Melayu 39%/ Cina 52%)
13- Sg Che rahmat (Melayu 98%)
14- Permatang Raja (Melayu 99%)
15-Sungai Tinggi (Melayu 71%/ Cina 29%)
16- Padang Gajah  (Melayu 76%/ Cina 10%/ India 14%)

Kesimpulannya ialah undi Melayu bertambah menyokong BN dan BN dapat menawan 5 Peti Undi yang PAS pernah menangi dahulu namun tidak cukup untuk menampung pengundi Cina yang dibeli oleh PAS.


Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang pada 7 April 2009 mengikut Daerah mengundi dan saluran.







Berikut adalah keputusan Pilihan Raya Umum Bukit Gantang pada 8 Mac 2008 mengikut Daerah mengundi dan saluran.








Penderhaka dan pengkhianat dicalonkan Naib Presiden PAS


Nizar si Penderhaka dan pengkhinat bangsa ni nampaknya semakin popular di kalangan ahli PAS. Terkini beliau dicalonkan untuk merebut jawatan Naib Presiden PAS.

Maknanya di sini ialah :
1. Penderhaka dan pengkhianat kini menjadi ikon PAS. 
2. Penderhaka dan pengkhianat juga diiktiraf oleh kepimpinan PAS dan ahli mereka.
3. Jika nak jadi calon Naib Presiden PAS tak payah susah-susah hanya perlu derhaka kepada Raja.
4. Pencacai DAP pun layak menjadi Naib Presiden PAS.
5. Penggadai Bangsa dan Agama pun layak menjadi Naib Presiden PAS.

Mungkin sesuai untuk katakan antara syarat menjadi Naib Presiden PAS ialah mesti berani menderhaka raja, mengkhianat bangsa dan menggadai agama.

Ini baru syarat kelayakan calon Naib Presiden PAS jika syarat untuk menjadi calon Timbalan Presiden dan Presiden bagaimana pulaknya?....  mungkin peliwat pun layak kot?

Maka di sini kita akan melihat penderhaka akan memimpin PAS pada masa akan datang.... ini bermakna PAS juga bersedia untuk menderhaka kepada DYMM Yang di Pertuan Agung..... serta mengkhianat Bangsa Melayu dan Agama Islam.....

Muhyiddin : 'Kenyataan saya tepat'

Semalam banyak laporan akhbar Cina memetik ulasan pemimpin-pemimpin Cina mengenai rasa tidak puas hati terhadap kenyataan TS Muhyiddin yang mengulas mengenai kekalahan BN di Bukit Gantang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dimaklumkan oleh Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat bahawa kenyataannya mengenai kemerosotan undi BN daripada kaum Cina pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang baru-baru ini adalah tepat dan tidak mengelirukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataannya itu bagaimanapun mungkin sengaja diputarbelitkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina.

Tegasnya, perbuatan itu adalah serius yang sekali gus menyebabkan imejnya dipandang buruk oleh masyarakat Cina.

''Saya bercakap dengan Tee Keat dan dia menyatakan tiada sebarang kesalahan dengan kenyataan itu.

''Saya telah nyatakan dengan jelas dan tepat tapi jika ada pihak yang memutarbelitkan, ia perbuatan serius," katanya pada sidang akhbar selepas majlis serah terima tugas Menteri Pelajaran di Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi beberapa pemimpin MCA, Gerakan serta DAP yang tidak berpuas hati dengan kenyataannya dalam ruangan Wawancara di Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Mereka mendakwa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan yang bermaksud kaum Cina di negara ini tidak menghargai segala sumbangan Barisan Nasional (BN) dengan mengundi parti pembangkang pada pilihan raya kecil baru-baru ini.

Menurut Muhyiddin, mereka sepatutnya melihat kenyataan berkenaan dalam konteks keseluruhan dan bukan sekadar memetik daripada beberapa ayat.

Jelasnya, dalam kenyataan itu, beliau hanya menganalisis keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan ia tidak mencerminkan sokongan pengundi Cina di seluruh negara.

Beliau menambah, analisis sedemikian dibuat oleh BN pada setiap pilihan raya dan kadang-kala hasil yang diperoleh terpaksa dinyatakan secara terbuka walaupun ia agak sensitif.

''Dalam analisis itu, ternyata sokongan pengundi Cina di Bukit Gantang merosot berbanding pilihan raya umum 2008.

''Itu sebab saya kata seolah-olah sumbangan BN tidak dihargai mereka dan kita perlu tahu kenapa pemikiran kaum Cina sebegitu," katanya.

Memang betul dan tepat ulasan TS Muhyidin, analisis beliau adaleh mengenai PRK Bukit Gantang bukan di tempat lain.... Kaum Cina kini lebih bersifat perkauman dan tidak boleh tersentuh pun mengenai mereka...

Wawancara saya diputarbelit, kata Muhyiddin
Jimadie Shah Othman | Apr 14, 09 3:22pm
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ada kemungkinan akhbar-akhbar berbahasa Cina telah memutarbelitkan wawancaranya dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu.

Sepatutnya, tegas beliau, mereka perlu membaca kandungan wawancaranya itu secara keseluruhan untuk memahami kontaks.

education minister handing over 140409 muhyiddin yassin and hishammuddin hussein"Jangan ambil satu bahagian begitu sahaja. Malangnya, ada orang yang tidak faham bahasa saya dan sengaja memutarbelitkannya untuk menaikkan kemarahan orang Cina," katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya, beliau telah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mengenai perkara itu.

"(Datuk Seri) Ong kata tidak ada apa-apa masalah berhubung kenyataan (wawancara) itu.

"Mungkin surat khabar Cina yang melaporkannya secara putarbelit. Tapi saya tidak tahu, saya tidak baca surat khabar Cina.

"Cuma ada orang beritahu saya (mengenai laporan tersebut)," katanya selepas majlis penyerahan tugas menteri pelajaran di Putrajaya pagi tadi.

Wawancara Muhyiddin itu - selepas dilantik pemimpin nombor dua negara - mendapat liputan meluas akhbar-akhbar utama berbahasa Cina hari ini yang semuanya menonjolkan wawancara tersebut dianggap negatif kepada pengundi bukan Melayu.

Sin Chew Daily melaporkan "Muhyiddin - Cina tidak bersyukur kepada BN", Nanyang Siang Pau "Cina kenakan BN. Muhyiddin - Dapat manfaat tetapi tidak beri undi" dan China Press pula "BN rasa tertipu. Muhyiddin - Penuhi tuntutan Cina tapi masih tiada sokongan".

Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. 

Semalam, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat dilaporkan berkatla pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN.

Mengulas lanjut mengenainya, Muhyiddin berkata: "Kalau tak faham bahasa, kita boleh hantar (mereka) ke sekolah untuk membahasa bahasa (Melayu).

"Bahasa saya jelas, bila ada orang mula putarlbelit, ia akan menjadi perkara negatif terhadap saya," katanya sambil menegaskan bahawa mereka perlu membaca kandungan wawancaranya itu secara keseluruhan untuk memahami kontaks.

Muhyiddin juga berkata, analisisnya dalam wawancara tersebut hanya dibuat dalam kontaks pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan mungkin DUN Bukit Selambau.

"Tapi tempat-temnpat lain berbeza...," tambahnya.

Bangkitlah Melayu

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka.

Katanya, jumlah kerusi terbanyak di Parlimen adalah milik Melayu dan ia cukup untuk membentuk sebuah kerajaan berasaskan wakil rakyat Melayu semata-mata di negara ini.

Katanya, justeru, dari segi politiknya kerajaan itu sepatutnya memenuhi apa sahaja yang menjadi kehendak Melayu kerana mereka adalah majoriti dan bukan asyik bertolak ansur dengan bukan Melayu.

‘‘Parti Melayu akan kuat bila Melayu dijaga. Jadi UMNO kena fokus orang Melayu. Jadi UMNO tak perlu takut kerana saya lihat bila UMNO itu kuat orang bukan Melayu automatik akan sokong juga Barisan Nasional (BN) macam dulu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan mengenai situasi politik semasa yang menyaksikan kedudukan politik Melayu seakan terancam dengan tuntutan bukan Melayu pada masa kini.

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berkata, parti pemerintah ketika ini tidak boleh merasa bimbang untuk membuat apa sahaja keputusan yang dilihat perlu untuk membantu orang Melayu.

“UMNO kalau kita tengok Fasal 3 perlembagaannya ialah memperjuangkan hak Melayu.

“Pada masa sama orang Melayu pun kenalah sedar, asyik bercakaran sesama sendiri, tak untung Melayu sedangkan kita main politik untuk apa kalau tidak untuk membela Melayu.

“Jadi UMNO dan Pas kena duduk, tak kan dalam berbeza tak ada persamaan. Atas persamaan ini kita duduklah semeja dulu,” jelasnya.

Pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, dalam soal wakil Kabinet misalnya, semua pihak harus menerima pilihan Perdana Menteri kerana ia bidang kuasa beliau.

“Saya fikir kalau dilayan, Najib tak akan ada kerja lain.

“Apa pun ini akan mengajar UMNO supaya terus kuat. Bila kuat, orang segan, kalau lemah orang kucar kacirkan,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, hak orang Melayu tidak harus dilepaskan dalam usaha kerajaan memenuhi kehendak masyarakat pelbagai kaum.

“Biar wujud situasi menang-menang. Kita tidak boleh biar sebelah pihak sahaja menang. Kalau kita nak penuhi apa yang mereka nak, jangan pula kita lepaskan apa yang jadi hak kita,’’ katanya.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, walaupun kerajaan mahu menekankan konsep Satu Malaysia yang menyatukan rakyat pelbagai kaum, langkah juga perlu dilakukan bagi mengembalikan keharmonian di kalangan orang Melayu sendiri.

“Dalam keadaan sekarang ini, orang Melayu berhadapan banyak cabaran semasa dan kita perlu mencari cara untuk memastikan kaum itu tidak berpecah-belah,” katanya.

Katanya, UMNO dan Pas tidak boleh melengah-lengahkan masa lagi untuk bekerjasama dalam memajukan orang Melayu.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar yang sependapat dengan GPMS berkata, cadangan yang baik seperti itu perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Katanya, kerjasama antara dua parti politik itu bukan sahaja akan memberi faedah kepada orang Melayu sahaja tetapi juga kaum lain.

Tambahnya, penyatuan UMNO dan Pas perlu menjadi batu loncatan untuk mengeratkan semua rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Sememangnya usaha ke arah itu akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya kita tidak hanya bercakap atau mencadangkan sahaja,’’ tambahnya.

Utusan Malaysia