Halaman

Sabtu, Jun 06, 2009

Ulama dituduh menipu?

Macam tak ikhlas sahaja muka Husam ni!


Apa sudah jadi?.. ada pihak tidak berpuas hati atas kemenangan us Nasha sehingga ada yang berkata keputusan ini telah diatur? dengan kata lain... menipu? inilah antara tuduhan berbahaya kumpulan erdogan terhadap golongan Ulama... perkara ini sedang panas didebatkan dilaman blog PAS.. 

Sila baca blog Manjung Mari" :
"Bukan niat memperkecilkan kemampuan ulama, tetapi persoalan besar yang berlegar adalah sejak bila ulama pandai menuntut kuasa? Bukankah juga ada sabda Nabi s.a.w seperti yang diriwayatkan Muslim, yang bermaksud, daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."

Dan baca Blog PinkTurtle :
Mustafa…

Ana selaku ahli PAS mohon penjelasan apakah benar seperti yang diberitakan Di SINISelain dari itu ana mendapat berbagaic maklumat yang mengatakan ada unsur penipuan.

Alangkah sedih hati ana bila membaca berita… kami dari blogger boleh menerima kekalahan Dato Husam jika benar pihak perwakilan yang membuat keputusan semalam.. Tetapi berlainan dari keputusan perwakilan yang berlaku sebaliknya….

MOHON PENJELASAN… INGAT KITA BUAT KERJA ISLAM…. PARTI PAS TAK SAMA DENGAN PARTI UMNO…. JANGAN CUBA NAK BAWA IMEJ PARTI PAS JATUH KE LEMBAH NAJIS TAIK BERSAMA-SAMA UMNO
Manakala dalam blog Perakexpres pula menuduh :

"Keputusan siapa Timbalan Presiden Pas sudah keluar dan Ustaz Nasha terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut. Terkejut?

Memang terkejut. Ada banyak yang berlaku dibelakang tabir sehingga mengejutkan orang ramai.

Dan kalau mengikut laporan Malaysiakini..Mustafa Ali mengatakan pengiraan undi berlaku sehingga jam 2.30 pagi!! Apakah Jawatankuasa Pemilihan memerlukan ENAM jam setengah untuk mengira seribu undi?

Ada sesuatu yang tak kena dalam pemilihan Pas kali ini"


Inilah antara kekecewaan sehingga secara tidak langsung menuduh Ulama menipu?  Apa sudah jadi dalam PAS? 

Rakyat perlu hayati konsep 1Malaysia: Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu segenap lapisan rakyat menghayati konsep 1Malaysia yang telah diketengahkan sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan nasional yang telah disemai sejak lebih 50 tahun kemerdekaan negara.

"Semua rakyat juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hal ini kerana mereka yang akan menentukan jatuh bangun, maju mundur dan jaya gagalnya sesebuah negara itu," titah baginda.

Baginda juga berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu mengekalkan perpaduan, berkongsi rahmat dan tanggungjawab terhadap tanahair yang berdaulat, kerana ia merupakan keunikan dan sumber kekuatan negara.

“Beta amat sukacita kerana rakyat telah membuktikan bahawa kepelbagaian bangsa dan etnik yang menganuti agama yang berbeza, serta mengamalkan budaya dan gaya hidup yang berbagai juga dapat hidup bersama dalam keadaan aman harmoni dan saling menghormati,” titah Baginda sempena ulang tahun Hari Keputeraan Baginda di Istana Negara di sini, hari ini.

Tuanku Mizan turut melahirkan sukacita terhadap konsep 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berprinsipkan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Bagaimanapun, titah Baginda kerajaan perlu terus memperkemas dan mempertingkat jentera pentadbiran dan pelaksanan negara, yang menjadi nadi penting pembangunan negara, agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Baginda juga mahu generasi muda negara ini supaya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.

“Sesungguhnya Malaysia satu-satunya negara kita, harta yang paling berharga, lambang maruah dan kehormatan bersama dan apa yang telah kerajaan lakukan hari ini akan diwariskan kepada anda semua untuk meneruskan perjuangannya,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda dan Raja Pemaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah mengucapkan terima kasih kepada Najib, yang mewakili kerajaan, anggota perkhidmatan awam dan anggota keselamatan serta rakyat dalam menyembahkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia kepada baginda.

Tuanku Mizan turut melahirkan rasa syukur kerana proses peralihan teraju kepimpinan negara pada April lalu telah berjalan dengan lancar dan sempurna.

"Kepada Datuk Seri Najib Razak, syabas Beta ucapkan kerana telah dilantik menjadi Perdana Menteri serta telah menunjukkan kepimpinan dan komitmen yang dinamik sepanjang pentadbiran beliau, sejak April yang lalu," titah baginda.

Baginda turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi atas jasa dan kepimpinan yang telah beliau sumbangkan kepada negara ini.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong berharap agar pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah dilancarkan dapat disampaikan kepada kumpulan sasar.

Baginda bertitah ini amat penting khasnya dalam keadaan dunia hari ini yang berhadapan dengan tekanan ekonomi yang mencabar dan hampir tidak terduga dan oleh itu pelaksanaan pembangunan perlu disegerakan bagi kepentingan seluruh rakyat.

Baginda juga melahirkan rasa gembira kerana kerajaan akan mengubal satu model baru ekonomi yang baginda yakin dapat mencipta kapasiti baru kepada pertumbuhan ekonomi mampan.

Baginda juga percaya bahawa kerajaan dapat menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan bagi meningkatkan lagi usaha untuk mengimbangi pembangunan ekonomi dengan mengambil kira keperluan sosial masyarakat bagi menghasilkan ketenteraman dan kesejahteraan kepada rakyat agar tiada kaum atau golongan termasuk wanita, belia, orang tua dan yang kurang upaya daripada tercicir.

"Sesungguhnya, dasar kerajaan yang sedia ada telah berjaya mewujudkaan keseimbangan sosial di kalangan rakyat pelbagai kaum dengan strategi pembangunan ekonomi yang bijak.

"Beta berpuashati kerana golongan rakyat yang ketinggalan dalam arus kemajuan negara semakin kecil jumlahnya," titah baginda.

Kerajaan telah melancarkan dua pakej rangsangan ekonomi tahun lalu yang keseluruhannya bernilai RM67 bilion. - Bernama

Daulat Tuanku ! Dirgahayu Tuanku!


MERAFAK SEMBAH DAN MENJUNJUNG KASIH

SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA

SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI

AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL MUKTAFI BILLAH SHAH


SEMPENA


SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN BAGINDA

PADA 6 JUN 2009 BERSAMAAN 12 JAMADILAKHIR 1330H

Penyokong Husam kusam!..

Kusam....

itulah antara emosi dan reaksi kekalahan Husam tadi... contohnya blog pro Husam seperti orang gila talak. Kalau dah kalaj tu kalah la kan.. Blog Perisik Rakyat menulis: 

"Kesimpulan, Erdogan Menjadi Pilihan

Dengan keputusan Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, ini bukannya bermakna golongan Pro Muqabalah telah mendapat sokongan majoriti dalam PAS.

Dengan undi yang diperolehi oleh Nasharuddin berjumlah 480 undi. 2 lagi calon iaitu Husam mendapat 281 undi manakala Abang Mat Sabu mendapat 261 undi. Sebelum ini telah digembar-gemburkan Nasharuddin mewakili golongan Ulama' (pro-muqabalah) manakala Husam dan Abang Mat Sabu pula mewakili golongan erdogan ataupun profesional.

Jadi, sekiranya Abang Mat ataupun Husam dapat menjalinkan 'pakatan' iaitu hanya seorang diantara mereka yang akan berentap dalam merebut jawatan ini, sudah pasti golongan yang dikatakan erdogan ataupun profesional ini akan mencapai kemenangan.

Walauapapun, saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan Nasharuddin mengekalkan jawatan beliau.


Tapi aku tertarik dengan komen-komen tentang artikel di atas ada yang menulis khasnya dari  'afyan' dari blog http://www.pemudagombak.com

"Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me'liberal'kan PAS.

Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata."


Dia punya komen tentang PKR.. maksudnya inilah antara persepsi PAS kepada PKR dan Anwar. Mereka ini sebenarnya bukanlah sangat mempercayai antara satu sama lain tetapi ada juga sikap berhati-hati antara mereka. sebagaimana PKR hanyalah menumpang kekuatan jentera dan penyokong PAS.. tanpa PAS PKR ni tiada siapa yang mengundi mereka.

Terkini - Akhirnya 'musuh dalam selimut PAS' tewas

kemaskini jam 10.00 pg - Akhirnya musuh dalam selimut PAS tewas.. segala spekulsi kemenangan Husam.. terus terkubur bersama penyokong mereka. Ulama dalam PAS bernafas kembali....

Nasharuddin kekal timbalan presiden
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Jun 6, 09 9:31am
Rasmi Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS - menewaskan dua pencabarnya, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - Husam dikatakan menang jawatan tersebut.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

nasharuddin mat isa husam musa mat sabu 050607Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi manakala Nik Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi

Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS. 

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin  - 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448
 
Mustapa juga turut mengumumkankeputusan jawatan timbalan pengerusi tetap yang dimenangi oleh Husin Ismail yang mendapat 609 undi.

Dua lagi calon - Ishak Surin mendapat 200 undi manakala Tengku Puji Tengku Abdul Hamid memperolehi 199 undi.

Jawatan pengerusi tetap dimenangi Abu Kassim Abdullah tanpa bertanding.

Mustapa memberitahu pemberita kemudiannya bahawa seramai 1,040 perwakilan layak mengundi tetapi hanya 1,026 yang berbuat demikian. Terdapat empat undi rosak.

Proses pengundian diadakan petang semalam dan pengiraan undi dilaporkan berjalan sehingga sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam.

Ulama disingkirkan - Husam menang

Jam 8.00 pg - Akhirnya golongan ulama' tersingkir dalam PAS. Urusan dakwah Islamiah tidak sepenting politik Husam. Mesej sebenarnya memang jelas, sebab itu kalau Hudud di ketepikan dan Negara Islam tidak menjadi keutamaan kerana memang ada golongan yang membelakang syariat Islam di dalam PAS.

Haji Hadi nampaknya akan menjadi Tun Mahathir suatu hari nanti. Husam akan melawan Hj Hadi, dengan kumpulannya sebagaimana yang  berlaku ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Tun Mahathir. Setentunya sasaran seterusnya bagi Husam adalah kerusi Presiden PAS, kita akan melihat bagaimana Hj Hadi akan disingkirkan. Ulama hanya menjadi muzium dalam PAS.

Keputusan terkini (bukan rasmi) pemilihan PAS adalah Datuk Husam Musa memenangi jawatan timbalan presiden PAS dengan menewaskan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa.Menurut keputusan tidak rasmi, Husam mendapat 453 votes undi manakala Nasharuddin memperolehi 388. Seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapatkan 188 undi. Tugas Mat Sabu pecahkan undi Us Nasha telah berjaya.

Adakah akan berlaku perpecahan dalam PAS. Antara orang tua dan orang muda... antara Ulama dan Profesional.... masa akan memberitahu kita..

Kerajaan Perpaduan- Hadi terima Husam tolak

Aku dulu mugkin membenci Hadi tapi aku akui mungkin tentang kerajaan perpaduan ini ada pengecualiannya. Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan ideanya mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang disifatkan mampu menyelesaikan masalah negara.

Bagaimanapun katanya, gagasan itu perlu melalui proses perbincangan secara terperinci oleh pelbagai pihak dan tidak perlu dilaksanakan secara tergopoh gapah kerana ia suatu yang baru di kalangan rakyat.

‘‘Ia perlu difahami secara terperinci supaya kita dapat melaksanakannya dengan baik, gagasan tersebut adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan.

‘‘Terpulang kepada maklum balas parti-parti politik tetapi ia mesti diteliti dengan perbincangan yang mendalam kerana saya percaya ia dapat menyelesaikan masalah negara,” katanya.

Manakala Calon Timbalan Presiden Pas, Datuk Husam Musa berpendirian cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan parti itu.

Beliau berkata, cadangan itu dilihat tidak sesuai kerana tidak mahu Pas menjadi 'kuda tunggangan' UMNO sekiranya ia dilaksanakan.

Ini kerana, beliau khuatir pembahagian kerusi di antara Pas dan UMNO kemungkinan tidak adil.

''Kita mahu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi (sama taraf dengan UMNO)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati, di sini hari ini.

Tambah Husam, sekiranya kedudukan kerusi Pas dengan UMNO tidak setaraf, Pas mungkin tidak ada sebarang peranan terhadap cadangan kerajaan perpaduan itu.

Sebaliknya, beliau lebih sedia untuk mengadakan kerjasama dengan parti di bawah pakatan pembangkang kerana ia dilihat taraf semua parti adalah sama.

Kenyataan Husam yang juga Naib Presiden Pas itu dilihat bertentangan dengan pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai cadangan itu.

Ini kerana, Abdul Hadi ketika sidang media sebelum itu masih menaruh keyakinan terhadap cadangan kerajaan perpaduan termasuklah mengadakan rundingan dengan semua pihak termasuk UMNO.

Menurut Abdul Hadi, usaha itu menunjukkan Pas mengamalkan dasar yang terbuka selaras dengan prinsip demokrasi.

Bagaimana seorang Presiden hendak membuat kerja dan keputusan sekiranya Timbalan beliau tidak sependapat dengan beliau. Jadi jika  Husam menang akan ada 2 ketua dalam satu nakhoda. Hadi membuat lain dan Husam membuat lain....