Halaman

Rabu, Jun 24, 2009

Eksklusif - Ketua Dewan Ulama Pas, Perlis Didakwa Mendera Isterinya.

10 Tahun Khawin Isteri Hanya Diberi Nafkah RM300 Dan Pernah Dipukul...



Macam-macam dah cerita tentang Pakatan Pembangkang kita dengar hari ini. Shahboy yang baru balik dari kampung ni pun dibuatnya tak senang duduk. Hari ini kalau rakan-rakan membaca Surat Khabar Berita Harian m/s 12 tentu akan jumpa artikel ni. Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap mengenai ISLAM cukup gah.. tetapi perangai macam orang yang tidak ada akal!!!

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

(Kelihatan Ustaz Abdul Rashid memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan. Ini Ikhlas ke atau tujuan politik semata-mata. Isteri kat umah tu tak nak bagi nakfah ke..???)

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.

Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.

Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan. Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.

Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.

Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

dipetik dari : blog brokenthecode.

Kerajaan Perpaduan: Dewan Ulamak PAS tidak puashati pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat?

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata:
Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat!.
“Seperti mana kita ketahui cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah membabitkan semua parti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Pas menutup polemik mengenai kerajaan perpaduan apabila Abdul Hadi yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menolak cadangan itu.

Harun berkata, Dewan Ulama Pas, menghormati keputusan dibuat Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan dan akan terus memberi sokongan kepada pemimpin nombor satu Pas itu.

Beliau berkata, Dewan Ulama Pas menganggap polemik mengenai kerajaan perpaduan sudah selesai dan tumpuan kini diberikan bagi berdepan dengan Umno pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Manek Urai. – Berita Harian 24 Jun 2009

***************

Adakah maksudnya jika PAS mendapat persetujuan maka PAS akan melanjutkan perbincangan Kerajaan Perpaduan.... adakah ini bermakna PAS memang yang berhasrat untuk bincang kerajaan perpaduan tetapi dilarang DAP dan PKR...

hmmmm

Pecahbelahkan PAS - Wahai PAS bertaubatlah!..

Apabila DS Najib ditanya tentang UMNO bertanggungjawab tentang perpecahan PAS, DS Najib hanya 'ketawa kecil' sahaja. Beliau berkata bagaimana UMNO boleh betranggungjawab dengan perpecahan akibat kerajaan Perpaduan yang dimulakan oleh PAS sedniri.

Najib berkata “Why should it be part of a ‘political game’ by Umno when the idea came from PAS,” he said. “There are some against the idea, while others are all for it,”

PAS ni semakin meroyan dan nyanyuk, dah 60 tahun umur PAS ni... PAS ni yang mulakan dahulu isu kerajaan perpaduan melalui ucapan HJ Hadi pada Muktamar PAS yang lalu.. kini di yang tuduh UMNO pula.... PAS kini sedaya upaya yakinkan rakyat yang UMNO mulakan isu kerajaan Perpaduan ini.

Sedangkan perpecahan berlaku dalam PAS ialah akibat idea yang dibawa oleh Haji Hadi.. dan akibat pemilihan antara Erdogan dan ulama yang lalu...... nampaknya isu erdogan ini semakin senyap.... inilah helah PAS... walaubagaimanapun hj hadi masih belum dimaafkan oleh PAS Kelantan kerana poster haji Hadi tetap tidak dinaikkan semasa kempen PRK Manek Urai!

PAS ni umpama orang tua banyak berbohong sangat hodoh perangainya... dahlah PAS.. cukup-cukuplah... bawalah bertaubat... kalau orang biasa berbohong mungkin tidak seburuk ulama PAS berbohong....


Hodoh sugguh rupa PAS ini!..

Pembelit Rakyat (PR) putar belit fakta

Oleh ZULKIFLEE BAKAR


Barisan Nasional perlu memberi tumpuan untuk membangunkan negara dan membantu rakyat termasuk mendirikan lebih banyak projek perumahan rakyat (PPR) untuk golongan miskin daripada membuang masa melayan kerenah pembangkang yang suka memutarbelitkan fakta.

BEBERAPA bulan lalu, berikutan kemelut politik yang berpanjangan biarpun pilihan raya umum sudah berakhir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil mengemukakan idea kerajaan perpaduan.

Melalui idea berkenaan, beliau mahu semua parti politik tanpa mengira ideologi, berada dalam satu pasukan bagi menangani segala krisis - politik mahupun ekonomi.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat tentangan termasuk di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas sendiri. Namun Abdul Hadi tetap mempertahankan idea tersebut termasuklah ketika di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-55 di Shah Alam baru-baru ini.

Malah idea Abdul Hadi dikatakan mendapat sokongan padu golongan ulama dalam Pas. Satu kumpulan pemikir parti itu dikatakan telah menghasilkan penjelasan panjang lebar mengenai idea itu. Ia disiarkan dalam blog-blog yang dikendalikan oleh pemimpin atau ahli Pas yang menyokong cadangan kerajaan perpaduan tersebut.

Jelaslah, fakta yang tidak boleh dinafikan atau diputarbelitkan ialah idea kerajaan perpaduan itu dicetuskan oleh Abdul Hadi sendiri. Beliau pula ialah Presiden Pas iaitu sebuah parti yang berada dalam gabungan pembangkang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Maka apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu, bermakna mereka menolak idea di kalangan mereka sendiri bukannya menolak idea Barisan Nasional (BN) atau UMNO.

Tetapi malangnya, pakatan pembangkang kini cuba menggambarkan seolah-olah idea tersebut datang daripada UMNO. Malah sehingga sanggup melemparkan tohmahan bahawa ia adalah fitnah daripada UMNO dan merupakan usaha untuk menggugat kekuatan pembangkang.

Ternyata sekali kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum lalu telah menyebabkan pakatan pembangkang menjadi angkuh sehingga fakta berhubung siapa sebenarnya yang mencetuskan idea kerajaan perpaduan berkenaan pun sanggup diputarbelitkan.

Bagi pembangkang, biarpun apa yang didakwa itu sebenarnya fitnah tetapi mereka yakin rakyat akan mempercayai apa yang mereka kata. Lanjutan itu, apabila mereka membuat kenyataan menolak idea itu, mereka tidak kata ia idea Pas tetapi datang daripada UMNO.

Kesudahannya Abdul Hadi sendiri turut menandatangani kenyataan bersama menolak cadangan kerajaan perpaduan - yang beliau sendiri cetuskan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menuduh idea penubuhan kerajaan perpaduan itu adalah tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan pembangkang.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang terdesak? Selama ini biarpun terpaksa memerintah tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan kuasa di Kedah, Perak (selama 11 bulan) dan Selangor serta terus gagal menawan kembali Kelantan, BN tidak pernah berperangai "hemoi" - loghat utara bermaksud tebal muka - untuk berpakat dengan pembangkang.

Malah BN terus tabah memperbaiki kelemahan sendiri dan berusaha melaksanakan amanat yang diberikan oleh rakyat sebaik mungkin dengan UMNO terus kekal sebagai parti terkuat di negara ini apabila mempunyai 78 kerusi di Parlimen.

Tetapi UMNO bersikap terbuka apabila Abdul Hadi melontar idea kerajaan perpaduan kerana seperti mana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak: "Kita tetap dengan pendirian bahawa apabila sesuatu yang baik itu untuk negara, ia mesti diusahakan bersama walaupun idea itu datang daripada pembangkang."

Oleh itu pembangkang termasuk Pas tidak harus mengamalkan sikap "membutakan mata dan hati" terhadap isu sebenar. Dalam hal ini, jangan secara tiba-tiba menuding jari mempersalahkan UMNO apabila idea Abdul Hadi itu ditolak oleh pakatan sendiri.

Kalau pun hendak bermain politik atau merasakan diri "sudah besar" berikutan kejayaan pada pilihan raya umum lalu, jangan sampai mengambil tindakan yang hanya memperbodohkan diri sendiri.

Budak sekolah rendah pun tahu bahawa idea kerajaan perpaduan adalah idea Abdul Hadi bukan idea UMNO dan bukan idea BN. Jadi tidak perlulah melakukan tohmahan kepada UMNO.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, penulis merasakan UMNO dan BN juga tidak perlu lagi melayan sebarang pelawaan atau hasrat pembangkang untuk membincangkan apa juga perkara berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kalau itu dilakukan juga, tidak mustahil sekali lagi pembangkang akan melemparkan tuduhan tidak berasas kepada UMNO.

Kerajaan Malaysia ditadbir oleh BN yang diterajui oleh UMNO. Biarlah BN memerintah walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Jika selama ini BN sudah berniat baik apabila sikap terbuka terhadap idea Abdul Hadi, masanya sudah tiba untuk BN menutup apa juga pintu rundingan dengan pembangkang termasuk Pas.

Tidak usah terpedaya dengan "madah berhelah" Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kesediaan bertemu dengan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Kalau pembangkang sudah merasakan mereka hebat, maka BN juga perlu mempunyai perasaan yang sama.

Memang benar sebagai orang Melayu, kita mahu melihat sekurang-kurangnya UMNO dan Pas duduk semeja tetapi ternyata dalam hal seumpama ini Pas tidak ikhlas. Pas lebih menitikberatkan soal hubungannya dengan pakatan pembangkang walaupun pertemuan dengan UMNO ialah untuk berbincang mengenai kepentingan Melayu dan umat Islam.

Maka biarlah Pas hanya menjadi anak kapal di atas bahtera pembangkang yang nakhodanya adalah PKR dan DAP. Tiada gunanya BN dan UMNO berniat baik kepada mereka, kalau akhirnya UMNO sendiri yang dipersalahkan.

Isu kerajaan perpaduan ini sudah jelas menampakkan bahawa pembangkang lebih mementingkan permainan politik daripada kesejahteraan rakyat. Segala-galanya mahu dipolitikkan dan akibat terlalu yakin bahawa mereka kini kuat, pembangkang tidak mahu berkompromi dalam apa juga perkara biarpun ia demi kebaikan negara apatah lagi untuk kepentingan bangsa Melayu.

Dalam soal ini, BN dan UMNO tidak rugi apa-apa. Kuasa pemerintahan tetap berada dalam genggaman. Penolakan pembangkang terhadap idea oleh rakan mereka sendiri sama sekali tidak menjejaskan kemampuan BN. Sebaliknya, ia menonjolkan wajah sebenar pakatan itu terutamanya Pas yang jelas hanyalah pengikut PKR dan DAP.

Pas seolah-olah tidak ada suara, hatta untuk mempertahankan idea Presiden sendiri.

Oleh itu, tidak perlulah UMNO hendak bekerjasama atau berbincang dengan manamana juga parti yang dilihat tidak mempunyai prinsip yang tegas.

BN seperti mana kata Perdana Menteri, tetap berupaya mentadbir negara ini dan ia sudah dibuktikan sejak selepas pilihan raya umum lalu. Pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan setiap krisis berjaya ditangani dengan bijaksana. Semua kejayaan itu tidak melibatkan pembangkang.

Apa yang pembangkang tahu sepanjang tempoh tersebut hanyalah merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang berdasarkan "Perancangan 16 September" yang gagal.

Pembangkang juga dengan sewenang-wenangnya menuduh apa sahaja masalah di negara ini sebagai kelemahan BN hatta dalam krisis ekonomi yang turut melanda dunia.

Malaysia bernasib malang kerana mempunyai pembangkang seumpama ini yang hanya tahu melihat segala-galanya dari sudut politik semata-mata.

Idea kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang baik dan setiap usaha yang baik itu sudah tentu akan diberkati Allah. Tetapi ia tidak akan sampai ke mana kalau manusia sendiri awal-awal lagi sudah "menjatuhkan hukuman" dengan menyifatkan ia sebagai niat jahat bagi menggugat kekuatan mana-mana kelompok.

Kini idea berkenaan hanya akan menjadi catatan dalam lipatan sejarah politik tanah air. Biarlah ia berlalu begitu sahaja kerana sejak awal lagi banyak pihak sudah menjangka ia tidak akan menjadi kenyataan. Ramai yang sudah memahami di mana kedudukan sebenar Pas dalam pakatan pembangkang dan betapa hebatnya kekuatan DAP dan PKR. Kita pasti Pas selama-lamanya akan menjadi pak turut jika tidak berani mempertahankan pendirian.

PENULIS ialah Pengarang Rencana Mingguan Malaysia.