Halaman

Khamis, Julai 02, 2009

Isu babi - DAP dianggap tiada otak oleh PKR dan PAS Kedah!


Pakatan Retak...... PR semakin goyah...

Selsema Babi berjangkit Pakatan Rakyat!


Beza antara DAP, PAS dan PKR... DAP dianggap tiada otak oleh PKR!

Gooi Hsiao Leung Kedah PKR State Committee Member/ Kedah PKR Deputy Youth Chief berkata:

"Namun demikian, seruan DAP untuk meninggalkan Pakatan adalah dibuat secara tidak rasional dan terburu-buru tanpa mengambil kira pertimbangan kebangsaan perjuangan politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat."

Manakala albanjari online berkata :

"..rasanya pemimpin-pemimpin kita ni kadang-kadang dan sesetengahnya lebih cetek akalnya dari budak sekolah. Kalau tak faham erti perbincangan, musyawarah, diskusi, baik tak payah berpakat, lagi baik tak payah jadi pemimpin"
kata MB kedah yang berlagak pula:

"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

Memang patutpun DAP keluar dari Pakatan pembangkang...cuma di Kedah PAS ni berlagak la... depa banyak kerusi DUN..

Berita Hangit - Tidak puas hati dengan PAS, DAP keluar Pakatan


-Thomas Su,Pengerusi DAP Kedah/Perlis -Azizan Abdul Razak,Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin Pusat parti itu.

“Kami kesal kerana kerajaan PAS negeri gagal dalam memberi keadilan kepada semua masyarakat di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Pas untuk semua, namun mereka gagal menunjukkannya apabila banyak isu tidak diselesaikan dengan baik,”
Su memberitahu, antara perkara yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri adalah isu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya yang dirobohkan hari ini oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Memang pusat ini didirikan di tanah milik MBAS namun kerajaan negeri ada kuasa untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan tempat ini.

“Tempoh sebulan yang diberikan kepada pengusaha di pusat ini untuk mencari kawasan lain tidak mencukupi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, DAP berpendapat janji kerajaan negeri untuk berlaku adil kepada semua pihak tidak dilaksanakan.

“Banyak isu yang mengguris perasaan rakyat di negeri ini dan isu pusat penyembelihan babi membawa unsur negatif kepada rakyat di sini.

“Kami juga tidak puas hati apabila kerajaan negeri tetap berkeras menaikkan kuota 50 peratus kepada pembeli rumah bumiputera di negeri ini,” katanya.

Kali ni memang sesuai Nik Aziz berdebat dengan DAP... katanya nak selesaikan masalah rakyat! Adakah PAS akan minta maaf kepada DAP dan tauke babi ini?