Halaman

Rabu, Oktober 28, 2009

Cerita Sebenar Dalam DUN Perak Hari Ini


Gambar sidang haram Hotel. Kenangan beruk jer ni,

Hajat Sivakumar a.k.a manusia yang tidak dapat menerima hakikat ini untuk merampas tempat duduk Speaker yang sah, Ganesan, gagal sama sekali walaupun berkali-kali ADUN-ADUN Pakatan menjerit, menyalak dalam dewan agar Ganesan turun dari kerusi speaker kerana pelantikan Ganesan adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang. Mahu tidak mahu, Ganesan terpaksa duduk di kerusi sebaris dengan Nizar dan Ngeh.

Ucap kata pertamanya, Siva menuduh pihak polis mengasari beliau sewaktu beliau dan ADUN-ADUN Pakatan yang lain memasuki dewan sehingga jubah yang dipakai oleh dia terkoyak. Dah dia melawan mestilah terkoyak, bukan? Lainlah kalau Siva tidak berperangai seperti beruk/kera/monyet, memang tak akan terkoyak jubah dia dan Siva berkata dia hampir terbunuh di dalam insiden itu. Kenyataan beliau itu hanya disambut dengan gelak ketawa yang tidak terhingga. Sian ko Siva, tak ada siapa nak percaya cerita palsu kau itu.

(Gambar kiri: Nga menunjukan gambar dalam kameranya beliau dikasari oleh polis. Sian, raih simpati rakyat ka? Lapok sungguh cara ko ni Nga!) Kekecohan tidak berhenti ekoran dari provokasi yang ditonjolkan oleh ADUN Thomas yang mengatakan Ganesan Speaker Haram berulang-ulang kali. Pakatan Rakyat berdegil dan tidak mahu memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengejek-ejek musuh dengan dengan kata-kata yang kurang mengenakkan. Pemilik blogger Cina Islam juga turut tidak melepaskan peluang untuk meraihkan lagi sorak suara Pakatan dalam Dewan. Namun ucapan blogger Cina Islam ini langsung tidak diperdulikan oleh ADUN Barisan Nasional.

"Buat apa nak layan dorang ni? Badut sarkas! Baik aku pergi merokok kat luar" kata mereka yang menghadiri sidang tersebut.

Menteri Besar Perak, Dr. Zambry tidak dapat mengusulkan dengan jelas perkara-perkara penting ekoran daripada kekecohan yang ditimbulkan oleh ADUN Pakatan. Nizar dalam sepanjang persidangan lebih banyak mendiamkan diri daripada mengikuti kroni-kroninya menghina Dewan. Apakah Nizar sudah mula menerima kenyataan yang ADUN Pakatan Perak ini sememangnya beruk Sarkas?


ADUN Pakatan berambus dari dewan setelah speaker haram
mereka menangguhkan sidang DUN.



Press Conference Semasa Sidang sedang berlangsung,
beruk-beruk ini menghina Dewan. Teruk betul perangai.
Siva macam nak telan aku jer... kahkahkah!

Tidak beberapa lama kemudian, Sivakumar menangguhkan sidang itu dan ADUN-ADUN Pakatan beredar dari dewan. Tidak habis lagi, Nizar, Ngeh dan Siva terus menuju ke bilik press conference. Mereka memberitahu bahawa mereka akan membuat laporan polis terhadap kekasaran yang dilakukan pada Sivakumar. Buatlah repot, tak kisah pun. Rakyat sudah tahu Pakatan Rakyat Perak ini bengap dan membazir segala undi rakyat kepada mereka.

Sampai bila nak jadi seperti ini? Bila lagi nasib penduduk di kawasan tawanan Pakatan Rakyat ini akan terbela kalau ADUN-ADUN Pakatan ni bertindak secara profeSIALnal??


Solat hajat. Mereka mendoakan bala dijatuhkan kepada musuh, Islam
apa yang mengajar umatnya berdengki ni kalau tak bukan Islam sesat dan
arah kiblat pun salah? Kesian.....

Apa yang berlaku di luar pula, sekumpulan penyokong Pakatan Sialan ini mengadakan solat hajat tetapi kiblatnya menghadap ke Dewan, bukannya menghadap ke arah kiblat yang betul! Aik? Sesat ke apa depa-depa ni? Cantik sangat latar belakangnya, berlatar belakangkan gambar Roket. Lepas ni semua ahli & penyokong DAP pergi ke syurga naik roket kah?! Ahli PAS & PKR nak tumpang sekali woiiii!!!

Sememangnya tidak berbaloi mengundi kera-kera jahanam ini.. hanya membazir undi saja. Datang ke dewan hanya sekadar untuk menghangitkan suasana dan meraih simpati rakyat melalui media dengan menggatakan mereka dikasari dan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Sidang kali ini tidaklah seteruk mana, agaknya mereka sudah tidak berdaya nak berdiri atas meja.

Sumber: (Media Cyber)

Memang resam orang membuat salah tidak mengaku

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai propakatan pembangkang hari ini menafikan segala desas-desus bahawa beliau adalah kalangan dalang di sebalik cadangan supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.

Beliau yang kini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat selepas tewas ketika merebut jawatan Timbalan Presiden pada muktamar lepas menegaskan bahawa ia adalah keputusan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

''Orang kata saya di belakang tok guru (Nik Abdul Aziz) tetapi sebenarnya 100 peratus keputusan itu dibuat oleh tok guru sendiri.

Nama Husam dikaitkan oleh sesetengah pihak bahawa dalang di sebalik cadangan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu mempunyai hubungan rapat dan diberi kepercayaan dalam banyak perkara penting membabitkan pentadbiran negeri ini.

Husam juga dikatakan amat mementingkan hubungan dengan sekutu pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sebagai teras untuk menguasai kerajaan kelak.
Jumaat lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan nekad mencadangkan supaya EGM diadakan bagi membersihkan parti tersebut daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.

AB: Memang lah resam orang membuat salah biasanya tidak mengaku, begitulah juga dengan Husam selaku anak Emas Anuwar dalam PAS... Takkanlah dalang hendak mengaku dalang... kan bodoh namanya tu... Dalam ramai pemimpin PKR meninggalkan PKR... ramai pulak Pemimpin PAS yang tergila-gilakan Anuwar.... Apa nak jadi kepada PAS ini

Sumber : Baca disini

Pembangkang Perak ‘Meroyan’ Lagi…



perak meroyan

IPOH, 28 Okt. – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang mula bermesyuarat hari ini bertukar kecoh apabila pakatan pembangkang memasuki Dewan persidangan biarpun sebelumnya ia dibuka dengan aman dan lancar.

Sejak awal persidangan berlaku, pakatan campuran cuba menarik perhatian dan menimbulkan kekacauan dengan harapan persidangan DUN kali ini akan gagal dijalankan apatah lagi usul yang dibentangkan melibatkan kepentingan Negeri iaitu Rang Undang-undang Bajet.

Tindakan tidak waras pembangkang semakin terserlah apabila mereka memasuki Dewan ketika persidangan ditangguhkan selama satu jam, iaitu melakukan persidangan haram dengan bacaan doa.

Apa yang jelas, tindakan mereka bukan sahaja tidak bermoral dan beretika malahan tidak memahami aturan Dewan Negeri yang mahu melakukan persidangan.

Berhubung hal ini, Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun menyatakan apa yang berlaku antara 10.20 hingga 11.20 pagi (masa persidangan ditangguhkan) adalah sesuatu yang tidak masuk akal apatah lagi ADUN pembangkang terang-terangan melanggar peraturan yang termaktub.

“Dari segi perundangan dan amalan dalam mana-mana persidangan sama ada di Dewan Negeri, Dewan Rakyat dan Parlimen sekalipun, persidangan hanya sah berlangsung apabila cokmar di bawa masuk dan diletakkan di hadapan Speaker dengan adanya rakaman untuk hansard dibuat,” katanya.

Menurut beliau apa yang dilakukan oleh para ADUN pembangkang yang bersidang ketika waktu persidangan ditangguhkan adalah sama seperti menyumbat gol ketika waktu rehat perlawanan bola sepak.

“Dewan hanya boleh disambung semula oleh Speakernya, Datuk R. Ganesan yang telah menangguhkan persidangan mengikut pertauran mesyuarat.”

Sememangnya, pakatan pembangkang masih tak duduk diam, sejak dari sebelum Pilihan Raya Umum lebih setahun lalu hinggalah ke hari ini, ada sahaja tingkah dan kelakuan mereka yang ditimbulkan.

Kegilaan pakatan campuran terhadap apa yang diidamkan sanggup menolak apa sahaja, termasuk mengenepikan kewarasan akal fikiran.

Sebenarnya kemelut politik di Perak adalah sesuatu yang amat serius apatah lagi ia bukan sahaja melibatkan perundangan negara malahan ia turut membabitkan sama kuasa Sultan sebagai pemerintah dalam negeri jajahannya.

Kegagalan untuk menerima hakikat bagi pakatan campuran yang ternyata telah hilang kuasa majoriti dan terlucutnya jawatan Menteri Besar menyebabkan kemelut yang berlaku selaku pakatan pembangkang di negeri tersebut ada sahaja tingkah mereka untuk merosakkan kesejahteraan dan keamanan.

Semua aspek perlu difikirkan. Lantaran itu, janganlah jadikan pentadbiran negeri sebagai mangsa dan landasan untuk terus berada di mercu kekuasaan demi pangkat dan jawatan yang sememangnya menjadi idaman.

ukankah sudah nyata ada cara yang lebih mudah bagi menyelesaikan permasalahan, malah dari segi perundangan telah terbukti pentadbiran pakatan capuran di Perak telah berakhir.

Bukan sahaja bekas Speakernya, Sivakumar malahan, jawatan Nizar selaku Menteri Besar sudah terlucut dengan sendirinya berdasarkan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Perak, dan bukankah juga sudah jelas bahawa Datuk Dr. Zamri telah dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar?

Oleh itu, terimalah kenyataan agar pentadbiran yang licin dan terancang dapat dilaksanakan demi untuk kesejahteraan masyarakat termasuklah ahli-ahli dalam pakatan campuran sendiri!

Sumber : Klik Disini

Matlamat PKR juga untuk 3A - Ezam

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan setakat mempunyai kekuatan seperti 'bateri 3A' tetapi perjuangan dan matlamatnya juga berkisar kepada 3A iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Presiden), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat) serta Azmin Ali (Naib Presiden).

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor berkata, sebab itu dilihat ramai pemimpin PKR terdahulu keluar atau meminggirkan diri daripada parti itu apabila menyedari perjuangannya bukan untuk kepentingan rakyat.

Katanya, oleh itu tidak menghairankan apabila beberapa pemimpin yang baru menyertai PKR sudah mula bercakap tentang dominasi individu tertentu dalam parti itu sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesama mereka.

''Seperti mana Datuk S. Nallakarupan, saya juga tidak hairan atau pelik tentang apa yang dikatakan bahawa PKR adalah parti 3A. Saya percaya ramai lagi pemimpin terdahulu turut merasakan hal yang sama.

''Kita berpolitik kerana mahu berjuang untuk rakyat tetapi yang berlaku ialah perjuangan peribadi untuk menyelesaikan masalah peribadi.

''Sebab itu saya percaya masa akan membuktikan. Sekarang pun perlahan-lahan ramai mula sedar akan hal tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, menjadi tanda tanya mengapa Azmin yang boleh dikira gagal melaksanakan tugasnya mengetuai PKR Sabah sehingga mencetuskan kontroversi telah diberi pula tanggungjawab baru menerajui PKR Wilayah Persekutuan.

''Bukankah dari segi politik, itu pelik namanya? Apabila Azmin jadi Pengerusi PKR Sabah, ramai yang tidak puas hati, jadi bukankah itu bermakna dia gagal di situ?" jelasnya.

Ezam berkata, walaupun demikian beliau secara peribadi tidak terkejut dengan pelantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber : Utusan Malaysia

Seorang lagi pemimpin PKR letwak jawatan Sebagai Anggota Majlis Tertinggi PKR

KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.

Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui. Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.

Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR dan sebagai anggota majlis tertinggi dan biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.

Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.

Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.

"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.

Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.

"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya. Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya.

Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti.

--BERNAMA

Biadap - Kematian ibu MB Perlis dipersenda dalam Facebook


AZALI menunjukkan salinan laporan polis mengenai fitnah dalam Facebook terhadap arwah ibu Menteri Besar Perlis di Kangar semalam. Gambar kecil, Dr. Md. Isa Sabu.




KANGAR - Laman sembang terkenal, Facebook yang mempunyai puluhan jutaan ahli di seluruh dunia menjadi platform kepada pihak tertentu mempersendakan kematian ibu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dengan dakwaan ia akibat virus HIV dan AIDS.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Benny Mice dipercayai dari Indonesia telah memutarbelitkan laporan media mengenai kematian Mahasa Jusoh (gambar kecil), 86, pada 21 September lalu.

Laporan itu mengundang pelbagai komen lucah dan mengaibkan daripada peminat laman sembang itu sejak 20 Oktober lalu.

Md. Isa ketika ditemui semalam terkejut dan kecewa dengan laporan itu memandangkan ibunya meninggal dunia akibat sakit tua.

"Saya begitu terkejut dan sedih apabila arwah ibu menjadi mangsa fitnah mereka yang berniat mahu memburukkan saya,'' katanya.

Jika ada pihak yang tidak berpuas hati, beliau meminta mereka merujuk sendiri kepada Jabatan Kesihatan Perlis.

Sumber: kosmo

Jeffrey letak semua jawatan dalam PKR


KOTA KINABALU 27 Okt. - Kemelut kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Beliau membuat keputusan drastik tersebut atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

"Perkara ini (melayan Sabah secara tidak adil) bukan baru tetapi sejak 2007 lagi contohnya dalam hal menentukan Ketua Perhubungan PKR Sabah sebelum pelantikan Azmin Ali lagi.

"Walaupun 90 peratus PKR Sabah tidak bersetuju dengan pelantikan itu tetapi mereka lantik juga, ini mewujudkan ketidakstabilan (di Sabah) sampai sekarang.

"Saya tidak kesal dengan tindakan ini (melepas jawatan), ia berkait dengan prinsip saya. Bagaimanapun saya masih ahli PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jeffrey mengulas peletakan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Sebelum Azmin, PKR Sabah diterajui penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggantikan, Ansari Abdullah.

Ahad lalu, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pelantikan bekas Setiausaha PKR negeri, Thamrin Zaini sebagai Ketua Perhubungan PKR negeri yang baru.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, peletakan semua jawatannya tidak ada kena-mengena dengan pelantikan Thamrin yang diberi kepercayaan menerajui kepimpinan PKR di negeri ini.

"Ini tidak ada kena mengena dengan pelantikan Thamrin, kononnya saya kecewa tidak dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah, ini hanya satu spekulasi," tegasnya.

Menurutnya, PKR Sabah memerlukan pemimpin yang berkebolehan dan mampu membawa perubahan sekali gus menang pada pilihan raya umum akan datang.


Sumber : Utusan Malaysia

Pas Terjerat Dalam Krisis, Kenapa Tuduh UMNO?

KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Mampukan PAS keluar dari kepompong permasalahan yang membelenggu mereka ekoran daripada pertelingkahan dan pergeseran pendapat di kalangan pemimpin atasannya?

Bukan menjadi rahsia lagi apabila Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat menyuarakan ketidakpuasan hasil daripada kepimpinan Presiden, Abdul Hadi Awang bersama dengan barisan ahli jawatankuasanya.

Lantaran itu, Nik Aziz mahukan agar Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan kononnya untuk membersihkan pemimpin-pemimpin yang dikatakan prokerajaan dan UMNO; namun ia ditolak dan kepimpinan PAS hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS yang dijadualkan berlangsung esok.

Dalam menjawab persoalan tersebut, biarpun ada antara para pemimpin dalam PAS yang mengatakan bahawa ia bukan sesuatu yang serius sebaliknya hanya masalah dalaman parti sahaja, tetapi perlu diingat bahawa antara nama-nama pemimpin yang disebut oleh Nik Aziz sebagai individu yang perlu dibersihkan mempunyai pengaruhnya sendiri.

Begitu juga dengan Nik Aziz yang selama ini dianggap sentiasa ‘benar’ oleh ahli-ahlinya malah bergelar Tok Guru hinggakan apa sahaja fatwa dan kenyataan yang dikeluarkan beliau akan mampu diakui oleh pengikutnya yang taksub tanpa memikirkan benar atau tidak.

Sebelum ini para pemimpin PAS, termasuklah Nik Aziz sendiri sering sahaja mewujudkan pelbagai propaganda dan provokasi terhadap UMNO hinggakan mengaitkan agama dengan sesutu pandangan taksub khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Namun UMNO tidak pernah melatah dengan sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan bukan sahaja kepada parti dan para pemimpinnya malahan ahli-ahli yang menyokong UMNO juga turut ‘dikafirkan’ lantaran idealogi politik yang berbeza.

Lantas, kini apabila PAS berdepan dengan kemelut yang sememangnya cukup rumit untuk dirungkai, seperti biasa maka alasan yang diberikan kononnya ia adalah perancangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sengaja mahu memporak-perandakan mereka.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad membuat tuduhan secara terbuka wujudnya cyber trooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif untuk tujuan memecahbelahkan mereka.

Sedangkan realitinya, perlu diingat bahawa Nik Aziz sendiri pernah mengatakan bahawa tiada sesiapa yang mempengaruhinya atau menjadi dalang dalam lontaran idea beliau berkaitan masalah kepimpinan dan pembersihan dalam PAS.

Tidak cukup dengan itu media massa juga turut dipersalahkan dan dituduh menangguk di air keruh ekoran mensensasikan ketidaksehaluan bahtera PAS dalam arus politik lantas ada pemimpinnya yang lantang menuduh.

Bukan itu saja, pemimpin-pemimpj kanan dalam UMNO turut dikatakan antara punca perseteruan dalam PAS sedangkan jika dilihat dan dinilai semula ahli-ahli PAS dan pemimpin tertingginya yang gemar ke ‘depan’ dan memberikan ulasan terbuka yang menonjolkan lagi pekung di dada.

Sesungguhnya ini bukanlah kali pertama perkara sedemikian berlaku, iaitu sikap menunding jari kepada pihak lain lantaran menutup malu yang selama ini disembunyikan.


Sumber: (baca Di Sini)

Blogger-blogger Umno tu tak salah la!


Ramai yang marah, menghentam dan mengutuk blogger-blogger Umno yang hadir ke pertemuan di rumah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali (biasanya saya tidak mahu menggunakan gelaran yang diberikan puak bangsawan kepada para pemimpin PAS - sebab saya tak suka begitu. Tetapi selepas ini, saya akan menggunakannya apabila menyebut nama beberapa pemimpin PAS). Watak utama dalam pertemuan itu ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Hassan sendiri.

Saya tak fikir blogger-blogger tersebut yang salah. Dah orang jemput nak bagi cerita baik punya, depa datang la.

Kalau aku sekalipun, katakan tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin Yassin panggil ke rumah dia nak cerita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat Melayu, berlari aku pergi. Kalau selipar aku putuih masa tu, kaki ayam pun aku pi.

Itu natural. Dan tentulah amat natural juga kalau blogger-blogger Umno itu memenuhi jemputan pertemuan tersebut.

Kerja aku ialah nak pelingkup Umno. Kalau ada orang Umno panggil aku nak bagi bahan mentah untuk nak pelingkup Umno, bodoh sunnguh la aku ni kalau aku tak sambut panggilan itu. Begitu juga dengan blogger-blogger Umno itu, kerja depa ialah nak pelingkup Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan kesedapan kuasa Umno - guna pi gelembong perpaduan Melayu ka, perpaduan Islam ka, apa ka; dah gelembong, gelembong pi la apa pun.

Dah kerja depa nak pelingkup PR, bodoh terlampau la depa tu kalau depa tak sambar peluang yang dihidang kepada mereka.

Blogger-blogger Umno yang memenuhi jemputan pertemuan di rumah Hassan itu tak salah. Malah, depa cerdik.

Apa, hampa ingat Nasharudin dan Hassan bodoh dan tidak cerdik? Jangan dok bodo la. Depa pun cerdik oi! They were serving their purpose, macam mana nak kata depa bodoh?!!

Sumber : (baca di sini)

Sidang DUN Perak - ADUN PR Dari Zoo ke Dewan Negeri

DUN Perak 10 -Hehehe Cerita Libur
Hehehe..masa polis minta serah jubah, Speaker haram Sivakumar dakwa "saya hampir dibunuh. Saya kena cekik beramai2 oleh polis" katanya pada media.

Cerita yang sebenarnya Siva cuba menghalang tugas polis yang minta dia serahkan barang bukti Jubah Speaker yang dicurinya dalam Sidang Dun lalu.


DUN Perak 9 - Taktik Biasa
Sudah agak, selesai sudah urusan lulusan bajet negeri jam 11.40 pagi.

Kini semua ADUN pakatan keluar dewan.

Urusan2 lain sidang dewan kini diteruskan dengan simple majoriti.

Keluar dewan ni taktik biasa.


DUN Perak 8-Bajet Lulus dah
Urusan paling penting sidang DUN Perak kali ini selesai. Bajet negeri telah lulus sekalipun berdepan provokasi dan aksi sarkas ADUN pakatan.


DUN Perak 7
Suasana dalam dewan kini riuh, ADUN pakatan terus cuba ganggu sidang.

Speaker Ganesan tak peduli terus sidang termasuk undian untuk lulus bajet.


DUN Perak 6-Sidang merapu
Betul-betul merapu, ADUN2 pakatan buat sidang haram dalam DUN tapi tadi ada antaranya relaks ikut ADUN2 BN rehat di luar.

Sidang kini rasmi disambung.


DUN Perak 5
Mula kecoh dalam Dewan. Walau sidang ditangguh 1jam, Nizar dan ADUN pembangkang cuba buat kecoh.

Speaker Ganesan masih duduk di tempatnya.

Lucu. Pembangkang yang masuk Dewan mahu mulakan sidang dengan bacaan doa. Speaker Ganesan bagi tau Dewan telah ditangguh.

Mereka terus buat kecoh.


DUN Perak 4- Kecoh Dah
ADUN pembangkang buat kecoh bantah polis yang hendak periksa mereka sebelum memasuki Dewan. Semua ADUN termasuk BN diperiksa.

Dewan ditangguh.

Masih kecoh.

ADUN pembangkang kini di pintu masuk Dewan pertikai larangan bawa kamera. Mereka desak Sivakumar dibenar masuk pakai jubah Speaker.


DUN Perak 3
ADUN pembangkang enggan memasuki Dewan sebagai bantahan Sivakumar disuruh membuka jubah Speaker sebelum masuk ke dalam Dewan.

Sidang diteruskan.


DUN Perak 2
Sidang sudah bermula. MB Perak DS Dr Zambry telah membentangkan usul Rang Undang2 Perbelanjaan(Bajet 2010).

Tiada pembangkang memasuki DUN.


DUN Perak 1
Tak seperti digembar gembur suasana luar & dalam bangunan DUN Perak tenang. Polis tingkat kawalan. Tiada perhimpunan haram. Sidang dijadual 10pagi.


Kemaskini oleh : warisan2057

Konspirasi memburukkan Us Nasa dan Hassan Ali

Kalau benarlah apa yang dikata.. nescaya akan punahlah segala usaha....

dari al-banjari
"Malam kelmarin telah dilangsungkan satu majlis pertemuan tertutup di kediaman Dato' Dr. Hassan Ali di kediaman beliau di TTDI. Satu pertemuan sulung beliau bersama bloggers. albanjari Online [ABO] diwakili oleh Ustaz MRK albanjari, penolong editor blog ABO. Wak tak dapat untuk hadir. Ada program lain.



Diantara bloggers yg turut hadir ialah saudara MSO, Azizi Abdullah, Ahmad Lutfi, Mohd Hanif, Kamarul Hisham, Yamin Yahya, Roslan SMS, alBrangi dan beberapa lagi blogger dari BPN (pro-Umno) ??

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dari apa yg dilaporkan hasil pertemuan itu ke meja editor pagi ini, terdapat beberapa KEJUTAN maklumat yang sebelum ini tidak disebut-sebut dan diwar-warkan di media telah disebutkan oleh Ustaz Nasha dan Dato' Hassan sendiri"

Al-banjari tidak menyatakan kejutan tersebut, tapi blog gomo (pro UMNO) telah menyatakan apa yang dikatakan kejutan oleh al-banjari itu dan tidak dinafikan kebenarannya oleh Al-Banjari.

maklumat yang mengejutkan itu :


~ Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.

~ Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.

~ Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.


dan menurut ali baganutama anda perlu tahu fakta-fakta ini..

1] Kenapa blogger Umno dijemput sama. Kenapa beb?

2] Anda kenal Akram Shah Sanusi ?? Dia pun dijemput sama. Kurang ajar !!! Hasan Ali dan Nasarudin Mat bukan tidak kenal dia ni. Dialah blogger Umno yang paling kuat menghina TG Nik Aziz dalam blog.

3] Kenapa Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sanggup langgar perintah TG Haji Hadi supaya jangan guna media baru iaitu internet dan blog ??

4] Tahukah anda bahawa Nasarudin Mat Isa telah tipu kita semua tentang pertemuannya dengan Umno untuk rundingan 'Unity Government' dan 'Task force 2010'. Siapa yang dedahkan bahawa anak Mat Isa ini berbohong ?? Siapa lagi kalau bukan Pak Lah bekas PM kita. Sudah tentulah semalam anak Mat Isa ini akan mempertahankan pembohongannya pada blogger.

5] Tahukah anda bahawa Pemuda PAS Selayang menggelar Hasan Ali sebagai 'Raja Peluk' dan 'Raja Merajuk'. Gelaran itu terjadi kerana Hasan Ali selalu sangat jadi kacang hantu dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Hari ini jika 'Raja Peluk' kita bergaduh dengan pemimpin PR atau merajuk, esok lusa beliau akan peluk pemimpin terbabit apabila media mula mensensasikan isu tersebut. Contoh, isu arak beliau peluk Ronnie Liew dekat majlis mesyuarat PR dan isu selcat peluk Tony Pua 3-4 hari sebelum mengundi di Bagan Pinang. Wayang kulit beliau sudah tidak laku lagi.

6] Untuk analisis penulis, Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa sudah terdesak lalu terpaksa menggunakan blogger juga untuk menyelamatkan tengkuk mereka berdua dari dilucutkan jawatan mereka pada malam rabu nanti. Walhal, Nasarudin Mat Isa lah yang beria-ia nak menyaman seorang blogger yang pro-PAS sebelum tembelangnya dipecahkan oleh Pak Lah.

7] Maklumat yang sampai kepada penulis, pertemuan dengan blogger semalam dirancang oleh 'Think Tank' dari Task Force 2010. Itu sebab Hasan Ali dan Nasarudin sanggup membelakangi arahan Presiden PAS. Sebab itu juga blogger Umno dijemput sekali. Umno sudah memberi kata dua atau Ultimatum bahawa mereka wajib kekal di dalam Parti PAS dan Umno tidak sama sekali akan menerima mereka.

8] Den paling tak puas hati macam mana anak Sanusi Junid boleh ada dalam pertemuan malam tadi. Ini blog si Akram Shah. Sila klik.

9] Wahai Ayahandaku Wak Al-Banjari, jika boleh kami semua nak dengar audio video pertemuan semalam. Jangan tunggu pagi khamis. Bahaya.

10] Baru tadi PA atau Personal Assistant Nasarudin Mat Isa menafikan pertemuan boss beliau dengan bloggers pada malam tadi. What ??!! Terkejut den. Hang nak menipu apa lagi anak Mat Isa. Isa Samad lah kau ni !!!

11] MSO. Den maleh nak komen pasal dia. Menghabihkan boreh yo.

12] Perisik-Rakyat telah meminta PA Nasarudin Mat Isa iaitu Meor Isfahandy untuk mengadakan/mengaturkan satu lagi pertemuan sesi soal jawab (Q&A) dengan bloggers. Tetapi Meor bersikap defensif. Barang diingat blogger yang menghadiri pertemuan dengan Hasan Ali dan Nasarudin Mat Isa pada malam tadi telah dipilih oleh Roslan SMS. Semua blogger terbabit yang dipilih adalah blogger yang lunak dengan "Unity Government".

13] Pada pukul 12 tengah hari esok semua wartawan Harakah,Harakahdaily, Siasah dan yang berkaitan dengan Parti PAS akan dipanggil berkumpul dan diberikan taklimat oleh pimpinan tertentu. Mereka akan diajar cara-cara menulis berita mengikut versi pimpinan pro "Unity Government". Inilah agaknya demokrasi terpimpin ala PAS.

14] YB Salehudin Ayub kata TG Nik Aziz tidak dapat hadir untuk mesyuarat malam rabu nanti. Tetapi maklumat terkini mengesahkan Setiausaha TG iaitu Annual Bakri mengesahkan TG Nik Aziz akan hadir. Meeting dijangka bermula pada pukul 8.30 malam.

15] Dalam mesyuarat malam rabu nanti dijangkakan Nasarudin Mat Isa akan menjatuhkan kredibiliti TG Nik Aziz dengan mengekploitasikan isu menantu TG. Menantu TG Nik Aziz diberi amanah mengemudi salah sebuah yayasan atau syarikat Negeri Kelantan. Menantu TG berada di situ berdasarkan 'on merit'. Nasarudin Mat Isa akan memainkan isu nepotisma ini sebagai usaha beliau untuk menjatuhkan TG Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS. Idea ini sudah tentu datangnya dari 'Think Tank' TF 2010.


Sumber : (baca di sini)

Bajet defisit RM 29 juta tetapi Elaun YB Kelantan meningkat

Sesuai dengan bajet yang bertemakan Bajet Memacu Dalam Hemat itu, perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM416.88 juta manakala perolehan hasil berjumlah RM387.38 juta. Iaitu lebih kurang RM 29 juta defisit (baca di sini)...

Anggaran hasil tahun 2010 menunjukkan peningkatan 12.24 peratus berbanding anggaran hasil 2009 yang berjumlah RM339.98 juta, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.

Dalam Memacu dengan Hemat, YB kelantan telah berjaya mendapat kenaikan elaun (baca di sini). Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Exco, dinaikkan selepas kali terakhir dinaikkan pada 2004.

Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (RM3,600 kepada RM4,600).

Ketika membentangkan rang undang-undang itu, Husam berkata kadar elaun wakil rakyat itu sememangnya wajar dinaikkan kerana ia sudah lama tidak dipinda.

Nampaknya hanya rakyat kelantan sahaja memacu dengan hemat... tetapi YB mereka hanya membesarkan perut mereka semata-mata... elaun mereka tetap dapat kenaikan.. Bila menang pilihanraya sahaja Elaun mereka akan meningkat.

AB : sekali lagi rakyat kelantan di tipu PAS...

Liow Dan Penyokong Mahu Ong Hormati Keputusan EGM

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- MCA nampaknya akan berdepan dengan perbalahan dalaman sekali lagi bila timbalan presiden yang baru dipilih Datuk Seri Liow Tiong Lai dan 15 anggota jawatankuasa pusat (CC) parti itu yang cukup berkuasa Selasa secara terbuka meminta pucuk pimpinan menghormati keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 10 Okt.

Tanpa menyebut dengan jelas sama ada presiden Datuk Seri Ong Tee Keat harus kekal atau berundur, Liow berkata Ong dan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek perlu menghormati keputusan perwakilan yang telah meluluskan usul tidak percaya terhadap Ong dan menolak pelantikan semula Dr Chua sebagai timbalan presiden.

"Kami semua di CC menghormati keputusan EGM pada 10 Okt. Namun, pelaksanaannya tidak dijalankan sepenuhnya dan presiden tidak menyatakan pendiriannya dengan jelas," katanya pada sidang media bersama 15 anggota CC di Wisma MCA di sini hari ini.

"Ini menimbulkan beberapa kekeliruan," katanya.

Antara mereka yang hadir ialah Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, Ketua Wanita Datuk Paduka Chew Mei Fun, Setiausaha Pengelola Kebangsaan Yoo Wei How dan beberapa anggota lain CC termasuk yang dilantik oleh Ong.

Liow dan yang lain tidak memberikan jawapan jelas bila ditanya sama ada mereka mahukan Ong meletak jawatan yang memerlukan kelulusan dua-pertiga perwakilan.

Mereka menggesa Ong membincangkan "rancangan perpaduan lebih luas" dengan CC, sambil menyatakan mereka tidak dirundingi bila rancangan itu dikemukakan.

Liow berkata beliau hanya diberitahu mengenai rancangan itu oleh Ong sejurus sebelum presiden mengadakan sidang akhbar Khamis lepas untuk mengumumkan rancangan damai dengan Dr Chua, penentang Ong dalam parti itu.

"Saya diberitahu mengenai rancangan itu sejurus sebelum sidang akhbar. Ya, saya menyetujuinya demi perpaduan parti. Namun, saya tidak diberitahu mengenai butir-butirnya. Hanya bila sidang akhbar hendak bermula saya tahu yang Dr Chua ada di sana," kata beliau.

Chew berkata Liow hanya menyambut baik "rancangan perpaduan lebih luas" pada prinsipnya demi perpaduan parti tetapi CC masih perlu membincangkannya kerana mereka tidak langsung diberi penerangan mengenai perkara itu.

"Rancangan perpaduan tidak melibatkan seorang dua tetapi semua," kata beliau.

Wee menyatakan bahawa Ong yang berjanji akan berundur sekalipun beliau menang dengan majoriti mudah.

"Tidak timbul soal kami memaksa beliau. EGM ialah kuasa tertinggi, semua dalam parti mesti menyokong keputusan anggota," kata beliau.

Liow mendakwa antara EGM 10 Okt dan mesyuarat CC pada 15 Okt, Ong menyatakan beliau akan berundur.

"Presiden sendiri memberitahu kami yang beliau akan meletak jawatan dan memberitahu saya dan Datuk Wong Foon Meng (setiausaha agung) supaya meneruskan kerja yang perlu diselesaikan.

"Bagaimanapun, kami kesal kerana kini kami dituduh memaksa presiden meletak jawatan," katanya.

Mengenai cadangan supaya parti itu mengadakan pemilihan baru, Liow berkata: "Siapa saja boleh memberikan pandangannya, termasuk wartawan".



-- BERNAMA

SU Agung PKR letak jawatan kemudian menafikan..

Kemaskini 11.42 malam :

Krisis PKR semakin kritikal apabila Setiausaha Agung PKR, Salehudin Hashim meletakkan jawatannya serta merta (baca di sini)apabila namanya terkeluar dari senarai kepimpinan baru yang diumumkan Ahad lalu..

Nampaknya penstrukturan semula PKR ini mambawa lagi banyak masalah kepada PKR.. rakyat melihat di sini bahawa Anwar Aljuburi sebenarnya memang gagal mengurus dan mentadbir PKR.. kita melihat beberapa tahun kebelakangan ini ramai pemimpin PKR yang keluar parti tersebur ataupun meletak jawatan.

Jadi memang betullah apabila PKR dilabel sebagai parti 'bateri 3A' iaitu Anwar, Azizah dan Azmin sahaja...

Namun hanya beberapa jam kemudian... cerita letak Jawatan SU Agung PKR di nafikan pula (baca di sini)agaknya berapa juta ringgit yang Anuwar tawarkan kepada Salehudin Hashim sehingga beliau menafikan...

AB: Meroyan dah PKR ni... semua jadi dah tak betul... masukkan mereka ke hospital mental lagi bagus...