Halaman

Ahad, November 01, 2009

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Seminar Politik PAS - Kekecohan dijangka tercetus

Adakah kekecohan akan tercetus pada Seminar Politik PAS nanti.... Lihat gayanya dari kata-kata Mahfuz, kekecohan mungkin akan tercetus akibat tidak puas hati oleh kedua pihak iaitu Erdogan mahupun Ulama..

Menurut laporan the star, 7 November nanti PAS akan mengadakan seminar politik yang diharapkan menjadi suatu platform untuk ahli parti utarakan kekecewaan mereka pada pimpinan parti.

Acara ini mungkin akan lebih kecoh dan berapi-api daripada yang diharapkan, katanya, tetapi parti itu bersedia untuk mengambil kesempatan bahkan jika itu berarti mencuci pakaian kotor di depan umum.

Inti dari seminar politik adalah untuk membenarkan ahli parti untuk melepaskan ketegangan dan melampiaskan kekecewaan mendalam terhadap parti dan kepimpinan.

"Menurut pendapat saya, itu baik bagi parti untuk mendapatkan reaksi atas pelbagai isu yang untuk mencari penyelesaian dalam upaya meperkuat hubungan baik dengan Pakatan Rakyat.

"Ini juga akan membolehkan kita mendapatkan pandangan daripada pihak luar untuk membolehkan kita untuk meningkatkan prestasi secara keseluruhan.

"Saya yakin bahawa keputusan daripada seminar politik tidak akan mengarah kepada kekacauan politik yang boleh memecahbelahkan parti," kata Mahfuz kepada wartawan selepas menyertai dalam sebuah ceramah yang dipimpin oleh presiden parti Datuk Seri Hadi Awang di depan Sultan Mohamad IV Stadium Selasa larut malam.

Mahfuz berkata itu adalah dasar parti untuk menggalakkan ahli untuk bercakap dan mengkritik kepimpinan.

 Kata AB : Kata Mahfuz, PAS menggalakkan ahli bercakap untuk kritik pemimpin... tetapi tidak mahu media tahu, apatah lagi dalam blog. Di dalam media mereka mahu cerita-cerita baik untuk mereka.


Ini semua cakap bohong dari pemimpin PAS... cakap tak serupa bikin... kata mereka berjuang untuk kebebasan bersuara.. tetapi blog melaporkan tentang sesuatu isu dengan benar dan telus mereka menuduh blogger macam-macam...

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Krisis Dalaman PAS - bukan kocakan dalam cawan

SEORANG pemimpin muda Pas memberitahu penulis bahawa segala kekalutan yang berlaku dalam parti itu pada masa ini hanyalah ‘kocakan di dalam cawan.’

Maksud beliau ialah ia tidak akan sampai memudaratkan parti atau lebih tepat lagi boleh memecah belahkan parti.

Dari satu segi penulis tidak menafikan andaian berkenaan, namun begitu perlu juga diperingatkan bahawa ‘kocakan di dalam cawan’ tersebut telah meleleh keluar sehingga memaksa pucuk pimpinan Pas mengadakan mesyuarat khas bagi ‘membersihkannya.’’

Akhirnya seperti diduga, mesyuarat khas itu berlangsung dan berakhir dengan satu ‘resolusi’ yang dianggap untuk menyenangkan hati semua pihak yang terlibat.

Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM), sebaliknya bersetuju diadakan satu seminar bagi membincangkan pelbagai isu yang dihadapi oleh parti itu.

Ia bermakna Pas mengamalkan pendekatan menyelesaikan masalah dan pertikaian melalui kaedah menarik benang di dalam tepung, benang tak putus, tepung tidak berselerakan.

Semua pemimpin yang menjadi tumpuan dalam ‘perbalahan’ hadir dalam mesyuarat itu yang diadakan pada Rabu lalu. Selain Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencetuskan isu EGM tersebut, tiga pemimpin yang menjadi sasaran beliau turut hadir mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas, Selangor, Datuk Dr.Hassan Ali.

Seperti diduga juga apabila mesyuarat itu selesai dengan baik (walaupun kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku ketika mesyuarat berlangsung), pihak-pihak yang dianggap ‘musuh’ oleh sesetengah kelompok dalam Pas mula menjadi sasaran.

Tuduhan bahawa ‘musuh’ tersebut kecewa kerana perbalahan di dalam Pas sudah berakhir pun bergema. Malah ada penulis-penulis blog yang menyokong Pas secara terbuka menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO kecewa dengan penyelesaian damai yang dicapai oleh Pas.

Sebenarnya mereka berhak menulis apa sahaja dan membuat sebarang tafsiran yang mereka suka tetapi persoalannya sejauh manakah keputusan mesyuarat khas berkenaan akan meredakan situasi di dalam Pas?

Apa yang perlu difahami oleh semua pihak, kekalutan yang berlaku di dalam Pas bukan didorong atau dihasut oleh mana-mana pihak di luar parti itu. Segalanya bermula dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mahu EGM diadakan bagi ‘membersihkan’ beberapa pemimpin Pas yang dilihat bermasalah.

Dari situ bermulalah kekalutan, biarpun cadangan EGM tersebut kemudiannya ditukarkan kepada mesyuarat khas. Ertinya, tidak ada campur tangan pihak luar sehingga memungkinkan Pas dilihat berhadapan dengan perbalahan.

Oleh itu, apabila pemimpin-pemimpin Pas mencapai kesepakatan untuk mengadakan sekadar satu seminar politik pada 7 November ini dan bukannya EGM, maka keputusan itu harus dihormati.

Tetapi persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuklah di kalangan ahli- ahli Pas sendiri, sejauh manakah seminar itu mampu menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Ada yang sudah bertanya seandainya Nik Abdul Aziz tidak membuat kenyataan mengenai EGM atau mesyuarat khas Pas, apakah Pas akan mengadakan seminar politik bagi memperkasakan parti seperti mana yang hendak diadakan?

Malah ahli-ahli Pas juga bertanya, kalaulah tiada artikel yang disiarkan oleh mana-mana media mendedahkan mengenai kepincangan dalam Pas apakah perhimpunan di Taman Melewar itu akan berlangsung?

Cabaran

Semua ini menjadi cabaran kepada kepimpinan Pas untuk memastikan seminar tersebut bukan sekadar seminar biasa. Ia adalah seminar yang bakal menentukan hala tuju Pas selepas ini.

Hakikatnya terlalu banyak yang perlu Pas bincang atau tentukan dalam seminar berkenaan dan paling utama bagaimanakah Pas hendak memastikan parti itu benar-benar menjadi peserta utama dalam pakatan pembangkang dan bukannya sekadar ‘pak turut’.

Ia kerana walaupun Pas sudah secara rasminya menutup pintu rundingan dengan BN dan UMNO mengenai kerajaan perpaduan, tetapi itu bukanlah bermakna ia membuka laluan selesa kepada Pas untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Penyokong dan ahli Pas boleh mentafsirkan apa sahaja mengenai kenyataan ini termasuklah tuduhan jahil bahawa ia bertujuan memecahkan pakatan pembangkang yang didakwa kini semakin mendapat sokongan rakyat.

Tetapi realitinya, semua orang tahu bahawa Pas sebenarnya berhadapan dengan masalah untuk meyakinkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka berhak menjadi parti dominan dalam pakatan tersebut.

Buat masa ini, Pas dilihat tidak mempunyai suara dan banyak tindakan atau cadangan parti itu ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP. Kedua-dua parti berkenaan hanya melihat Pas sebagai ‘anggota pelengkap’ sahaja bagi mengelakkan pertembungan sesama pembangkang menentang BN.

Oleh itu perwakilan yang hadir di dalam seminar nanti perlu memberikan penegasan mereka bahawa mereka mahu melihat Pas dominan.

Penegasan ini bukanlah bertujuan untuk mencetuskan ketegangan sesama pakatan pembangkang tetapi ingin memastikan kedudukan Pas yang sewajarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : PAS tidak nafi gadai Islam?

Se Malaysia sudah tahu PAS menggadaikan Islam... Apatah lagi sekarang PAS sudah bertoleransi dengan si DAP kafir komunis yang sentiasa mengikut kata-kata parti sekular tersebut.

Hadi Awang tiba-tiba sekali lagi menafikan PAS gadai perjuangan (klik di sini).. memanglah perjuangan parti politik untuk berkuasa yang itu PAS tidak gadaikan...

Yang Pas hanya gadaikan ialah Islam.... dan ini Hadi tidak nafi dalam ucapannya... dijadikan barangan murahan yang boleh dijual beli.... jadi dasar kata PAS akan tubuh negara Islam, Hudud dan sebagainya... itulah yang digadai oleh PAS..

"Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat," kata Abdul Hadi.

Bila pula dasar PAS bertukar apabila berkawan dengan DAP... bukankah sepatutnya ucapan hj Hadi seperti ini "kita berkwan dengan DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, kita akan melaksanakan hukum Islam.. dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat,"

Tapi bunyi perjuangan PAS telah berubah... bukan ini sahaja, kita teringat dengan amanat haji Hadi...

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Sekarang siapa berkawan dengan orang kafir... bukan setakat kafir biasa kafir harbi lagi... kafir yang jelas menolak Islam sebagaimana kata karpal Singh "langkah mayat, jika mahu tubuhkan negara Islam".. dan menyuruh PAS "gugurkan Negara Islam"

Selain itu Lim Guan Eng jelas mengatakan dasar DAP ialah negara Sekular... Jadi dari sudut manakah PAS berhujah bahawa mereka tidak gadai perjuangan.. sedangkan mereka jelas mempermainkan dan menjual agama Islam.

Dan kesesatan PAS ini dikukuhkan dengan kenyataan Nizar dalam sidang Dewan Negeri Perak..



Tidak cukupkah hujah ini... yang mengatakan PAS semakin sesat dan jauh terlajak dari landasan Islam... ini akibat PAS dipimpin oleh ulama Us-Su'... atau ulama mee segera...

Jui Meng Anti-Melayu

BEKAS Menteri kesihatan, Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu menolak konsep ketuanan Melayu. Beliau juga menganggap ketuanan Melayu yang dikaitkan dengan UMNO menjadikan kaum-kaum lain sebagai hamba.

Jui Meng menyatakan demikian ketika berucap pada majlis makan malam PKR Sabah, yang kini menghadapi perpecahan ekoran peletakan jawatan Naib Presiden, Jeffrey Kitingan dan Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

Dalam Awang cuba mendidik diri untuk berpegang kepada gagasan 1 Malaysia, ia tidak bermakna Awang tidak boleh menyanggah pandangan beliau.

Awang tidak faham mengapa ketuanan Melayu yang tidak lagi dilaung-laungkan oleh orang Melayu kebelakangan ini, mahu dijadikan isu oleh Jui Meng.

Sudah banyak kali diperjelaskan bahawa ketuanan Melayu bukan mahu menjadikan Melayu tuan dan bukan Melayu sebagai hamba. Sebaliknya ketuanan Melayu adalah simbol dan bermaksud kedudukan Sultan-sultan Melayu sebagai tonggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, istiadat Melayu dan bahasa Melayu. Ketuanan Melayu adalah berpaksikan kepada perlembagaan negara.

Awang tidak percaya Jui Meng yang pernah menjadi menteri begitu dangkal dan buta sejarah. Nampaknya beliau yang bersikap rasis dan menjadi oportunis kaum. Apakah itu juga bermakna beliau menolak kedudukan raja-raja dan menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia negara republik?

Selama ini pun, ketuanan Melayu tidak pernah menindas kaum lain apatah lagi menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah rasanya tiada dalam dunia, kaum majoriti atau teras menjadi pelindung terbaik kepada kaum minoriti sejak sebelum merdeka lagi, melainkan kaum Melayu. Sehingga hari ini kaum Cina terus menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Kaum itu yang sudah lama mewarisi budaya perniagaan dan mendapat kelebihan daripada strategi penjajah menempatkan mereka di bandar-bandar, mempunyai paling banyak aset dan wang simpanan di bank-bank. Bandar-bandar dan pekan di seluruh negara dikuasai oleh kaum Cina sementara kaum Melayu dan parti Melayu seperti UMNO tidak pernah bertindak merampas kekayaan sebagaimana berlaku di Zimbabwe. Senarai teratas orang terkaya di Malaysia yang sebahagiannya mendapat bisnes monopoli daripada pemimpin Melayu, juga adalah usahawan bukan Melayu. Peniaga kedai Cina di kampung-kampung Melayu misalnya sejak dulu bebas berniaga dengan mendapat sokongan Melayu tanpa diganggu. Itulah kemurahan hati Melayu yang diakui ramai pengkaji budaya antarabangsa sebagai kaum paling baik hati.

Akibat kemurahan hati itulah, yang sebenarnya menjadi tuan di negara ini adalah bukan Melayu. Pelancong, diplomat dan buruh asing pun tahu hakikat itu cuma Jui Meng yang mahu menafikannya. Kalau begitu, apa makna menjadi warganegara?

Sumber : Utusan Malaysia

Bodoh Punya Husam

Tak kena timing sungguh. Orang tengah panas hati dengan UG, dia boleh buat cadangan UG dengan UMNO Kelantan. Memang tak salah. Memang tak salah PAS gabung dengan UMNO pun oleh puak2 Hadi. Tapi dalam politik perlu bijak. Tahu yang mana sasaran pertama, tangga pertama yang perlu dicapai dulu.

Memang ada beza dengan apa yang dilakukan team Task Force dengan Husam. Husam seperti Hadi, yakni cadang secara depan. Tanpa selindung menipu rakyat. Tapi :

1. Husam perlu ada homework dan jangan lari macam Hadi lepas lontar UG.
2. Timing tak kena langsung. Ada homework pun tak berguna.

Weih.. Tuan Ibrahim Tuan Man... lu seret la mangkuk stupid ni sekali. Menyusahkan orang.

Sumber : Baca di sini

ADUN DAP Johor mengumpul dana haram

Selepas mendengar masalah PAS dan PKR... kini berjangkit kepada DAP pula. Seorang ADUN DAP jOHOR dikatakan aakan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Parti kerana mengumpul dana secara hara demi kepentingan peribadinya.

Ianya berkaitan dengan usul yang akan dibincangkan dalam Konvensyen DAP Johor hari ini. Pegawai parti berkata resolusi yang diajukan oleh cawangan-cawangan dan kepimpinan negara.

Pada resolusi, juga mengetahui bahawa dua cawangan usulkan untuk menyokong sebarang tindakan oleh jawatankuasa DAP negeri terhadap ahli parlimen kerana dituduh menggunakan nama parlimen Bakri untuk mengumpul dana untuk tujuan-tujuan sosial tetapi tidak pernah membahagikan mereka.

Sumber : The Star

Akibat kepimpinan mengamalkan kroni - PKR Papar pula ancam bubar

Rakyat perlu keluar beramai-ramai dari menyertai PKR ataupun di kenali sebagai PARTI KRONI DAN RASUAH itu.... Pendekatan kepimpinan secara kroni dan rasuah olleh kepimpinan Anwar Ibrahim patut di tolak atas dasar moral dan keadilan.. 

Terbaru, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah terus dilanda krisis apabila Bahagian Papar mengancam akan membubarkan bahagian itu sekiranya pucuk pimpinan parti mengekalkan Pengerusi Perhubungan negeri, Ahmad Thamrin Jaini.

Bahagian itu memberi tempoh dua minggu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Ahmad Thamrin dengan bekas Naib Presiden parti, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Ketua Bahagian PKR Papar, Sylvestor Balon Mujin mendakwa Ahmad Thamrin tidak layak memegang jawatan itu dan ditentang oleh lebih separuh daripada 25 bahagian di negeri ini.“Kami memberi tempoh dua minggu dan jika tiada perubahan, PKR Bahagian Papar akan dibubarkan dan kami akan keluar parti secara beramai-ramai,” katanya kepada media, di sini semalam.

Sylvester berkata, bahagian itu akan mengemukakan memorandum kepada pucuk kepemimpinan parti sebagai tanda menentang pelantikan Ahmad Thamrin.

Katanya, keputusan itu diambil selepas mesyuarat tergempar bahagian itu di sini, semalam dan dipersetujui oleh semua Ahli Jawatan-kuasa (AJK) bahagian.

“Mesyuarat ini bukan untuk meninggalkan parti, sebaliknya memutuskan untuk membuat perubahan (pelantikan Pengerusi Perhubungan negeri) dan jika permintaan kami ditolak kami akan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR,”

Sebelum itu tindakan Adun Pelabuhan Klang dan beberapa pemimpin kanan PKR yang lain meletakkan jawatan adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan PKR yang mengamalkan Kroni dan Rasuah...

Sebelum peletakan ADUN Pelabuhan Klang meletakkan jawatan ini, Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan. Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.

Pada 27 Oktober Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.

Dan diikuti Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR. pada 28 Oktober.


Manakala Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut..

Tragedi Oktober yang berlaku dalam PKR ini menunjukkan parti ini  bermasalah... Dalam PKR menghadaoi masalah ANUwar Aljuburi pula keluar negara untuk makan angin...

 AB : tiba masanya untuk rakyat keluar dari parti Kroni dan Rasuah ini.... katakan Tidak pada ANUwar Aljuburi...


Sumber : Berita Harian

Jawapan Dr Asri menolak khabar angin sertai PAS

Dr Asri sekali menegaskan dalam sidang media baru-baru ini bahawa beliau lebih selesa untuk jadi pihak ketiga bagi bebas menyatakan pendirian beliau.... dengan kata lain beliau menolak pelawaan PAS...

Beberapa hari yang lalu hampir majoriti media pembangkang khasnya PAS menunjukkan pertemuan pemimpin tersebut yang berkunjung untuk melawat Dr Asri... daru situ timbul khabar angin yang menyatakan bahawa Dr Asri akan sertai PAS.

Beiau berkata "Ketua Dewan Ulama PAS menjemput saya untuk sertai PAS. "Sebenarnya saya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan para pemimpin PAS dan Umno tetapi saya rasa lebih baik menjadi suara ketiga buat masa ini," katanya yang selalu menerima dan memenuhi jemputan ceramah daripada kedua-dua parti.

Beberapa hari lalu Dr Asri telah menanyakan 7 soalan maut yang tidak pun di jawab oleh PAS..

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?

2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?

3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?

4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?

5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?

6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?

7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?


Nampaknya usaha PAS gagal untuk menjadikan Dr Asri sebagai ahlinya.... sebagai pendakwah bebas sikap Dr Asri ini wajar dipuji... banyak tulisannya bersifat 'Islam yang sebenar' iaiti tidak berpihak... jika benar dikatakan benar.. dan salah di katakan salah... jika PAS... Apa yang benar boleh di tuduh salah... dan apa yang salah boleh dijadikan benar... memang PAS merosakkan agama Islam ini.... membawa Islam yang sesat..

Itu beza kefahaman Dr Asri dan para pemimpin PAS terhadap Islam ini... tetapi sebelum itu beliau pun pernah meminta pandangan Tun Mahathir mengenai jemputan mana-mana parti politik atau agensi kerajaan agar beliau sertai..

Beliau berkata, keputusan itu juga selepas mendapatkan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat lebih baik beliau menjadi suara ketiga daripada memegang jawatan dalam mana-mana agensi kerajaan."

Beliau memang patut menjadi suara yang natural...dan membangkitkan perkara sebenar mengikut hukum Islam yang sebenar..

Cuma satu persoalan sahaja yang akan timbul terhadap akidah Dr Asri oleh ahli PAS.... kerana PAS ini hanya menganggap orang yang masuk PAS macam masuk Islam... agaknya macamana status akidah dr Asri di kalangan ahli dan pemimpin PAS...

ULAMA- US SU' - MANUSIA PALING BAHAYA

Ulama-us su' ertinya ulama yang buruk. Namun demikian, pada umumnya masyarakat mengertikan ulama-us su' sebagai ulama yang keji atau ulama yang jahat. Ulama yang tidak mengikuti jejak nabi SAW ini, mempunyai bermacam-macam model. Ada yang menjadi tukang fitnah, ada yang menjual agama dan ada pula yang rosak akhlaknya. Golongan ulama jenis ini, sentiasa wujud pada setiap masa dan zaman untuk merosakkan masyarakat.

Dalam sejarah Islam, hampir setiap zaman dapat ditemui ulama semacam ini. Namun begitu, agama suci ini tetap dapat dibersihkan dengan kemunculan ulama-ulama yang ikhlas mempertahankan dan membersihkan agama Allah. Dalam kalangan masyarakat awam di negara kita, gelaran ulama yang diberikan kepada seseorang itu amat disanjungi lagi dihormati. Gelaran seperti tok guru, ustaz dan sebagainya merupakan simbol penghormatan masyarakat terhadap golongan ini, yang mempunyai kelulusan tinggi dalam pengetahuan Islam. Oleh kerana kedudukan ulama dalam ajaran Islam adalah tinggi seperti mana sabda Rasulullah SAW "Ulama itu adalah pewaris para nabi'' (Riwayat Tirmizi), maka masyarakat awam amat mempercayai golongan yang dilabelkan sebagai ulama tersebut. Sedangkan tidak semua ulama boleh dilabel dan dikatakan sebagai pewaris para nabi, apatah lagi untuk mengikutinya, jika terbukti mereka tidak menurut jejak serta akhlak baginda Rasulullah s.a.w.

Hal ini pernah diisyaratkan oleh sabda baginda: "Celakalah bagi umatku (akibat) daripada (perbuatan) ulama-us su'.'' (Riwayat al-Hakim). Sabdanya lagi "Seburuk-buruk sesuatu daripada yang paling buruk ialah ulama yang buruk dan sebaik-baik sesuatu daripada yang paling baik ialah ulama yang baik.'' (Riwayat Ad-Darimi). Masyarakat akan musnah dan rosak apabila ulama-us su' dijadikan imam untuk diikuti serta dipercayai. Oleh itu, masyarakat awam harus mengetahui perbezaan antara ulama-us su' dengan ulama yang mewarisi ilmu para nabi.

Dua ciri ulama us-su' yang paling berbahaya dalam masyarakat kita pada hari ini, ialah: Ulama us-su' yang menyesatkan orang ramai dan kedua, ulama-us su' yang menjadi tukang fitnah. Golongan pertama menyesatkan orang ramai dengan fatwa-fatwa mereka yang salah. Oleh kerana mereka orang-orang yang dipercayai, maka apa-apa sahaja yang mereka katakan, akan dianggap sebagai pedoman serta menjadi pegangan dalam masyarakat. Namun demikian , sebenarnya mereka mengeluarkan pendapat atau fatwa yang mengelirukan. Apa-apa yang sebenarnya "haram" menurut Allah dikatakan "halal", dan sebaliknya apa-apa yang halal menurut Allah di "haram" kan pula.

Ulama-ulama demikian suka mentafsir ayat al-Quran serta hadisnabi mengikut nafsu serta selera mereka sahaja. Mereka gemar mengeluarkan fatwa tanpa banyak berfikir serta membuat rujukan. Bagi masyarakat awam yang jahil pula akan mudah percaya dan terpesona dengan gelagat ulama-ulama-us su' ini. Kesannya, masyarakat akan hidup dalam kesesatan dan kehancuran. Ulama-us su' tidak hanya terdapat dalam agama Islam, bahkan ulama seperti ini pernah merosakkan masyarakat Yahudi serta Nasrani seperti yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat nabi bernama Ady bin Hatim.

"Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW, dan pada leherku tergantung sebuah salib yang diperbuat daripada emas, Rasulullah SAW bersabda kepadaku "Wahai `Ady lemparkanlah berhala ini (salib).'' Kemudian baginda membaca ayat ini: "Mereka menjadikan orang-orang alim (ulama-ulama atau ketua-ketua agama) dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." (At-Taubah: 31). Maka saya bertanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah ulama-ulama dan pendeta-pendeta mereka itu."Nabi pun bertanya: "Bukankah para ketua agama dan para pendeta itu menghalalkan bagi mereka terhadap barang yang diharamkan oleh Allah? Maka kemudian mereka (pengikut) ikut menganggap halal, dan para ketua agama dan para pendeta itu mengharamkan bagi mereka terhadap barang yang dihalalkan oleh Allah, maka kemudian mereka ikut menganggap haram?'' Saya menjawab "Betul ya Rasulullah.'' Maka baginda pun menjawab: "Demikian itulah yang di namakan ibadah (menyembah ) kepada mereka.''

Ulama-us su' kedua, ialah ulama yang menjadi penyebar fitnah. Rasulullah pernah bersabda: "Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.'' (Riwayat Baihaqi ).

Ulama jenis ini merupakan golongan ulama yang paling berbahaya sekali. Hal ini kerana, ia bukan hanya memporak perandakan masyarakat semata-mata, tetapi turut sama mencemarkan nama serta imej institusi ulama itu sendiri. Kesannya, Masyarakat akan hilang hormat serta memandang rendah kepada ulama-ulama lain yang ikhlas dalam perjuangan mereka.
Bagaimanakah seorang ulama boleh menjadi penyebar fitnah? Jawapannya mudah . Sama ada disengaja atau tidak, apabila seseorang ulama itu mula membenci terhadap sesuatu fahaman atau golongan lain, maka sudah tentu golongan atau fahaman yang tidak sealiran dengannya itu bakal dicerca, dikutuk atau dituduh dengan pelbagai cara, agar masyarakat menjauhi serta menolak fahaman atau golongan yang tidak sealiran dengannya itu. Maka, tanpa disedari oleh ulama tersebut, ketika dia mengeluarkan penilaiannya terhadap fahaman atau golongan tertentu itu, penilaiannya sudah mula bercampur baur dengan rasa marah, iri hati, benci serta berprasangka. Dan fitnah pun terjadi tanpa disedarinya.

Ulama tukang pembawa fitnah ini, tidak hanya menabur fitnah semata-mata tetapi lebih daripada itu, kadang kala dia sanggup membuka aib serta keburukan orang lain di hadapan khalayak ramai. Sedangkan Allah telah mengingatkan kita dengan firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19). Inilah janji Allah kepada mereka yang suka menabur fitnah.

Fitnah yang dilakukan oleh ulama-us su' ini adalah lebih bahaya daripada fitnah yang dilakukan oleh masyarakat awam. Hal ini kerana golongan ulama lebih mudah dipercayai orang ramai, kerana mereka berselindung di sebalik pakaian ala-ulama serta ucapan mereka juga dicampur-adukkan dengan ayat al-Quran serta hadis nabi. Dan ini akan lebih meyakinkan masyarakat yang kurang pengetahuannya mengenai agama Islam. Kesannya, tingkah laku ulama-us su' yang gemar memfitnah ini sedikit demi sedikit akan diikuti oleh masyarakat tanpa kita sedari.

Islam sebenarnya telah memberi garis panduan menghadapi golongan semacam ini antaranya: Pesanan serta ingatan daripada firman Allah "Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.'' (Al-Hujurat: 6 ). Dan "Maka bertanyalah kamu semua kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.'' (An-Nahl: 43).

Kesimpulannya, ulama-us su' yang suka mencetuskan fitnah serta gemar memberi fatwa-fatwa yang sesat adalah amat berbahaya kepada masyarakat. Maka tidak hairanlah mengapa Rasulullah mendakwa bahawa ulama-us su' merupakan sejahat-jahat manusia sebagaimana kisah ini. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling buruk atau jahat?'' Rasulullah menjawab, "Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami. Bertanyalah kamu daripada hal-hal kebaikan dan janganlah bertanya daripada hal kejahatan. (Ketahuilah) Sejahat-jahat manusia itu, ialah seburuk-buruk ulama di tengah-tengah manusia.''(Riwayat al-Bazzar).

Dan benarlah juga pesanan yang diutarakan oleh Mu'az bin Jabal "Hendaklah kamu berhati-hati dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim kerana kedudukannya yang agung di sisi orang ramai. Kemudian orang ramai itu ikut sama tergelincir dengannya.''

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri di www.Azlishukri.blogspot.com