Halaman

Rabu, Januari 20, 2010

Bakar gereja : 8 lelaki Melayu ditahan

Hari ini polis menjawab tuduhan pembangkang yang mendakwa tiada penahanan dan pendakwaan terhadap kes bakar gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dekat Kuala Lumpur 8 Januari baru ini dengan menahan lapan orang ditahan selama 7 hari bagi membantu siasatan.(baca di sini)

Berdasarkan kenyataan polis kesemua mereka lelaki Melayu berusia antara 21 dan 26 tahun dari kawasan Ampang.Dua antaranya adik abang dan seorang bapa saudara mereka.Mereka ditahan sekitar Kuala Lumpur semalam dan pagi ini. Polis percaya hasil tangkapan ini kes berkenaan selesai.

Namun percayalah bahawa perkara penangkapan walau dah selesai tapi mulut pembangkang masih akan berbunyi. Sebabnya adalah tujuan mereka memang nak manipulasi isu.. kaki putar..

Memang mulut sampah mereka dah menuduh UMNO, inilah yang mereka mencacai di blog dan ceramah mereka tetapi adakah mereka mempunyai bukti.. jawapannya tiada?

Hakikatnya siasatan masih peringkat awal.. keputusan belum diketahui... Namun ini memang cara mereka cari makan untuk meraih simpati sokongan rakyat walaupun menipu dan bukan mengatakan hal sebenar. Adakah cara ini sebagaimana mereka laungkan mengikut hukum Islam iaitu menipu dan berbohong. Adakah mereka amalaan hukum Islam separuh-separuh.. Menuduh tanpa bukti merupakan cara pembangkang.... dimanakah amalan agama pembangkang yang mereka laungkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan