Halaman

Jumaat, Januari 29, 2010

Edisi PKR boneka DAP : PKR Pulau Pinang bergolak

Belum lagi tenang mengenai masalah dalaman PKR di Selangor dan Pahang, kini timbul pula isu pergolakan PKR di Pulau Pinang. Menurut jangkaan, mungkin akan ada sesuatu yang berlaku sebelum Hari Raya Cina.

Sangat menarik, PKR memang diketahui sebagai parti betrmasalah yang berasakan perjuangan kroni dan bukan untuk membela rakyat. Sebab itu semenjak parti itu ditubuhkan ramai pemimpin dan ahli perti tersebut telah keluar termasuk AJK di Kawasan Menteri Besar Selangor, selaku Pengerusi PKR Selangor.

Krisis yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin rumit apabila beberapa pemimpinnya di negeri ini dihebohkan dikatakan akan meninggalkan parti itu.

Tanpa memberi alasan khusus mengenai punca khabar angin itu, beberapa sumber yang ditemui mengakui mendengar desas desus berkenaan sejak beberapa minggu lalu. Mereka mendakwa, pemimpin yang terlibat termasuk beberapa wakil rakyat. (baca di sini)

Walaupun di nafikan oleh Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Law Choo Kiang, itupun
jawapan Choo Kiang yang juga Exco Kerajaan Negeri menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) setelah beberapa kali panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab.

Ianya diakatakan, ada dalam kalangan pemimpin PKR negeri terasa kecewa kerana dipinggirkan daripada arus perdana parti walaupun banyak berkorban dan mencurahkan keringat untuk kemajuan dan kekukuhan parti selama ini. Mengikut sumber, Dengar-dengar semuanya boleh dilihat menjelang Tahun Baru Cina iaitu kira-kira dua minggu lagi.

Menurut Sinar, usaha menghubungi beberapa pemimpin PKR yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu melalui telefon tidak berjaya. Ada yang mematikan ter:us telefon bimbit meskipun mereka sebelum ini amat mudah dan pantas menjawab panggilan telefon. Tidak kurang juga yang membiark:an telefon berdering tanpa dijawab.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, antara yang mematikan telefon bimbitnya menyebabkan usaha untuk mendapatkan komen beliau sejak pagi semalam, gagal.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof pula membiarkan telefonnya berdering tanpa berjawab.

Turut tidak menjawab panggilan, Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.

3 ulasan:

  1. parti kurang ajar ke Parti Khinzir Raksasa? hik! hik! Hik!

    BalasPadam
  2. SAMA JE TU... HEHEHE.. BAPAK hINZIRNYA aNUWAR... MAU SONDOL SEMACAM JE...

    BalasPadam
  3. Kalaulah aku sebagai salah seorang drp mereka, bukan lepas dah aku cabut lari dari PKR. Selain drp masalah liwat yang DSAI hadapai ketika ini, parti ini juga terbukti bukan sebuah parti perjuangan bangsa dan agama. Ianya sebuah parti bacul yang tidak memiliki asas kuat dalam sebarang perjuangan. Hanya semata-mata bergantung kepada kredibiliti DSAI masa lalu. Kini kredibiliti itu telah hilang dibawa kes liwatnya yang sangat berat itu. Tidak ada cara lain melainkan cabut lari dari parti tersebut. Dan berjuang bersama rakan-rakan dalam UMNO adalah lebih baik dan lebih ikhlas. Jika ada salah sama-sama kita perbaiki melalui dalaman.

    BalasPadam