Halaman

Ahad, Januari 17, 2010

Husam 'cah keting' Nik Aziz?

Selepas mengakui kerugian kerajaan Negeri RM 50 juta kerana kroni, hari ini Pok Nik secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Namun macam biasa, Pok Nik ni bila PAS kena ada sahaja alasan, kali ini dia kaitkan zaman nabi Adam pulak untuk mewajarkan cah keting yang berlaku dalam PAS. Katanya 'Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah.

Semalam, selepas kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap 'cah keting'.

Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, Pas dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persoalannya siapa yang Cah Keting siapa? Husam Nak Cah keting Pok Nik ke lagu mana? Kita mengakui bahawa apa yang berlaku dalam negeri sekarang banyak kaitannya dengan Husam sebagai master mind dan orang suruhan ANwar..

Biarlah Pok Nik berterus terang kerana akan menimbulkan lebih banyak spekulasi... siapa dia pok nik?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan