Halaman
▼
Jumaat, Februari 12, 2010
Berita Terkini : Zahrain keluar PKR!!
11.30 pg
Setelah menimbulkan rasa tidak puas hati dan kritikan pedas terhadap Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang, Zahrain dilaporkan umum keluar PKR dan letak semua jawatan dalam parti terbabit berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.
Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak mesra BN.
Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.
Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercyaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya.
Pada beberapa minggu yang lalu Zahrain telah mengkritik pentadbiran DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Zahrain melabelkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.
Senarai berikut adalah menunjukan rupa 'khinzir' Lim sebagai pemimpin parti biaDAP berasal dari Melaka yang dikritik oleh Zahrain:
1. gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.
2. Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP .
3. "Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,”.
4. Gagal melaksanakan janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka. Kerana pemimpin komunis ini keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.
5. Gagal melaksanakan janji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.
6. "Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.
7. Siapa yang menentang akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.
8. Projek-projek dianugerahklan kepada kroni,"
9. Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.
10. "Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi,"
11. Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin. Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.
salam ziarah..
BalasPadammari bersatu hancurkan pakatan rakus!
follow me at wwww.panggungopera.blogspot.com
mengejar hijau ungu
BalasPadammata kelabu..
Gerakan pun sama dengan DAP. Apa nak heran. Tak ada pemimping Melayu yang mahu martabatkan bangsa Melayu di Penang. Melayu dah tak boleh buat apa-apa di Penang. PKR Melayu tak mampu. UMNO Melayu lagiiiii tak mampu..jadi balaci Gerakan sekian lama.
BalasPadamKLIK DI SINI UNTUK => LAPORAN POLIS TERHADAP USTAZAH BAHYAH & USTAZ ZAWAWI
BalasPadam